Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

28 June, 2011

Jun 28, 2011 - Curang : Pilih tindakan kurang memudaratkan


SAYA berusia 40-an dan mempunyai lima anak. Pada usia awal 30-an, saya menjalinkan hubungan dengan rakan sekerja tanpa pengetahuan suami, malah pernah menciumnya. Lama- kelamaan, saya sedar perbuatan itu salah dan berdosa.
Saya sudah bertaubat dan memohon keampunan Allah tatapi masih merahsiakan perbuatan itu daripada pengetahuan suami kerana bimbang dia sedih dan tidak dapat menerima perbuatan saya. Adakah saya perlu menceritakannya kepada suami dan memohon kemaafannya? Saya risau dia tidak memaafkan saya.
HALIMAH
Kota Tinggi

Manusia yang bersalah dan berdosa perlu bertaubat kepada Allah. Menangisi dosa lama adalah satu petanda baik seseorang menyesal akan perbuatan dan dosa yang pernah dilakukan.
Saidina Umar Al-Khatab sendiri pernah menangis bergenang apabila mengenangkan dosa yang pernah dilakukan. Jika puan merasakan menceritakan perkara itu lebih memudaratkan, pilihlah keputusan yang kurang memudaratkan.

Dalam membuat pilihan antara dua keputusan yang berat, pilihlah yang kurang mudaratnya. Semoga Allah mengampuni dosa kita

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...