2 beradik miang dicekup
LANGKAWI: Tindakan dua wanita bersaudara termasuk seorang yang dalam proses perceraian membawa pasangan masing-masing tinggal bersama di rumah sewa mereka di Kampung Yooi, Kuah di sini, sejak beberapa bulan lalu, terbongkar apabila dicekup berkhalwat, awal pagi kelmarin.
Adik-beradik berusia 20-an dan 30-an itu dicekup sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Langkawi (Padal) dengan pasangan masing-masing berusia 30-an dalam dua bilik berasingan di rumah itu, kira-kira jam 1 pagi.
Si kakak masih berstatus isteri orang, tetapi dalam proses perceraian dan mempunyai tiga anak dijaga suaminya, manakala adiknya memberi alasan bapa mereka enggan menjadi wali pernikahan dengan teman lelakinya.
Ketua Operasi Padal, Saiful Aswad Kasa berkata, berdasarkan maklumat orang awam, sepasukan anggota penguat kuasa ke lokasi dan mendapati rumah berkembar satu tingkat itu gelap serta berkunci dari dalam.
Menurutnya, selepas mengetuk pintu dan memberi salam berulang kali, seorang wanita berkemban dengan kain pelikat membuka pintu dan memberitahu hanya dia dan kakaknya berada di dalam rumah itu.
“Pemeriksaan lanjut menemui seorang lelaki yang hanya bertuala di dalam bilik pertama manakala seorang lelaki lagi juga bertuala, ditemui dalam bilik kedua bersama kakak gadis berkenaan yang hanya berkemban kain pelikat tanpa baju,” katanya
No comments:
Post a Comment