Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

21 June, 2011

Jun 21, 2011 - Di belasah sebab tolak hajat suami.

Dibelasah tolak hajat suami
Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my
HULU SELANGOR: Akibat menolak hajat suami untuk mengadakan hubungan seks, seorang suri rumah berusia 29 tahun cedera dibelasah di kediaman mereka di Jalan Bakawali, Bukit Sentosa, di sini Rabu lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa cedera di dahi, belakang badan, tangan kanan dan punggung akibat dipukul dengan tangan oleh suaminya itu.
Menurut sumber, kejadian berlaku apabila mangsa yang kepenatan selepas melakukan kerja rumah menolak secara baik niat suaminya, namun alasan itu tidak diterima menyebabkan suaminya naik berang dan memarahi mangsa.

“Sebelum kejadian, mangsa pada mulanya tidur di dalam bilik sebelum terjaga apabila mendapati suaminya tiada di sisi.

“Wanita itu kemudian pergi ke ruang tamu sebelum terkejut apabila melihat suaminya leka melihat video lucah di televisyen,” katanya

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...