Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

16 June, 2011

Jun 16, 2011 - Prosiding cerai pelakon dijalankan tertutup

NOR'AINI Muhammad dan Shaharuddin Tambi di Mahkamah Syariah Rendah Gombak Timur, dekat Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 15 Jun - Prosiding permohonan cerai secara baik yang dikemukakan oleh isteri pelakon Shaharuddin Tambi, Nor'aini Muhammad, dijalankan secara tertutup di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini hari ini.
Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Nor'aini, 51, selaku plaintif yang meminta agar prosiding cerai itu tidak disiarkan oleh pihak media.
Para wartawan yang menanti sejak awal pagi untuk membuat liputan berhubung kes cerai yang melibatkan pelakon tersebut, akhirnya beredar dari galeri awam mahkamah selepas diarahkan Shaiful Azli.
Namun sejam kemudian, Shaharuddin, 54, bersama isterinya dilihat keluar dari mahkamah selepas prosiding tersebut selesai.
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-10 menerusi filem Bintang Malam pada 1992 itu dengan segera menuju ke arah wartawan dan berkata:
''Kawan-kawan wartawan, tolong jangan ganggu emosi isteri saya. Kalau hendak tahu hal ini lebih lanjut, tuan-tuan boleh hubungi saya.''
Pasangan tersebut yang tidak diwakili peguam syarie hadir ke prosiding hari ini secara berasingan pada pukul 10 pagi.
Ketika kes disebut pada 25 April lalu, Shaharuddin memberitahu mahkamah bahawa isterinya yang pernah menghidap kanser rahim sering mengalami tekanan emosi.
Tambah defendan, Nor'aini memerlukan rawatan susulan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan bergantung sepenuhnya kepada ubat- ubatan, bagaimanapun enggan mematuhi nasihat dan arahan doktor.
Sewaktu disoal oleh hakim syarie sebab alasan Nor'aini memohon cerai, plaintif itu memberi alasan antaranya tiada persefahaman selain mendakwa tidak mendapat hak sewajarnya sebagai seorang isteri.
Pasangan tersebut pernah bercerai pada 7 Ogos 1984, namun rujuk kembali keesokan harinya dan dikurniakan tiga orang zuriat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...