SHAH ALAM: Seorang duda dan ibu tiga anak masing-masing dihukum denda maksimum RM3,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini, selepas mengaku berkhalwat di rumah kedai, lapan hari sebelum wanita itu diceraikan suaminya, Februari lalu.
Hakim Syarie Drs Atras Mohamad Zin menjatuhkan hukuman itu terhadap jurutera, Saharudin Mohd Yusof, 37, dan pegawai bank, Azilawati Jusoh, 37. Penjara 30 hari jika gagal membayar denda itu.
Mengikut kertas pertuduhan, mereka yang bukan mahram didakwa berada bersama-sama dalam keadaan yang menimbulkan syak di tingkat dua rumah kedai di No 61/2B, Jalan Pahat K15/K, Dataran Otomobil, Seksyen 15, di sini, jam 3.35 pagi, 2 Februari lalu. Saharudin didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 manakala Azilawati didakwa di bawah Seksyen 29(1)(b) enakmen sama.
Terdahulu, Saharudin dan Azilawati memohon mahkamah mengurangkan jumlah denda dan tidak mengenakan hukuman penjara.
Bagaimanapun, Pendakwa Syarie, Khafizah Ahmad Khairi membantah permohonan itu atas alasan Saharudin dan Azilawati berpendapatan kira-kira RM5,000 dan RM4,000 sebulan. Berdasarkan fakta kes, sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang datang ke tempat kejadian melakukan pemeriksaan mendapati pintu dan pagar tertutup serta berkunci.
“Pihak berkuasa kemudian mengetuk pintu dan memberi salam beberapa kali dan menunggu 15 minit di luar namun pintu masih juga tidak dibuka.
“Selepas itu, amaran dengan kiraan 10 kali dilakukan dan lima minit kemudian, barulah seorang lelaki (Saharudin) yang memakai kemeja T berwarna merah dan berseluar jean panjang membuka pintu,” katanya.
Menurut Khafizah, pemeriksaan menemui seorang wanita yang memakai kemeja T serta berseluar jean di dalam bilik di rumah berkenaan
Ketika ditahan, suasana di rumah itu suram dan hanya diterangi cahaya lampu dari luar.
Azilawati diceraikan suaminya, Norashid Jeran, 39, dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kajang, dekat sini pada 10 Februari lalu, selepas bersetuju dengan syarat untuk menyerahkan hak penjagaan anak perempuan bongsu, Dhia Delisha Hannan, 1, kepada suaminya. Difahamkan, hubungan pasangan itu retak gara-gara laman sosial popular, Facebook.
Selepas prosiding semalam, Saharudin menyerang dan mengasari seorang jurugambar sehingga memaksanya membongkokkan badannya sambil memeluk kamera bagi mengelakkannya daripada dirampas atau dirosakkan. Bagaimanapun, tindakan pantas rakan jurugambar media lain berjaya mengelak kejadian lebih buruk.
cun pompuan ni.....manager bank lagi...
ReplyDeletecek kat fb...tk boleh nk tunjuk kt sini