Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

24 June, 2011

Jun 24, 2011 - Hamba Seks 3 Tahun

Akibat perceraian, hanya mangsa yang tinggal bersama ibu kandung dan suspek manakala adik-beradiknya yang lain tinggal bersama bapa kandungnya.

“Kesempatan itu digunakan suspek merogol mangsa berulang-kali tanpa ada rasa bimbang perbuatannya itu diketahui isterinya,” katanya.

Bimbang perbuatan kejinya itu diketahui isteri, suspek bertindak mengugut memukul mangsa jika perbuatannya itu dimaklumkan kepada isterinya.


Oleh kerana bimbang dipukul, mangsa berdiam diri terhadap perbuatan yang dilakukan terhadapnya.

Bagaimanapun, selepas sekian lama berdiam diri dan memendam perasaan, mangsa nekad menceritakan kejadian itu kepada ibunya sebelum mereka membuat laporan polis
Rashid berkata, bertindak atas maklumat yang diterima daripada mangsa, sepasukan polis dari IPD Kajang pergi ke rumah mangsa sebelum menahan suspek.

“Suspek ditahan reman selama enam hari bermula hari ini membantu siasatan.

“Pemeriksaan kesihatan terhadap mangsa mendapati terdapat kesan mangsa dirogol,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang lapan tahun dan sebatan. Sementara itu, dalam kejadian berasingan, seorang bapa ditahan kerana disyaki mencabul anak gadisnya yang berusia 15 tahun sejak dua tahun lalu di Taman Bukit Mutiara.

Bapa berusia 42 tahun itu dikatakan sering mengarahkan mangsa berbogel sebelum bertindak meraba kemaluannya berulang kali.

Dalam kejadian terbaru, suspek bertindak berani a mengajak anak gadisnya itu untuk tidur sekatil dengan niat mencabul mangsa.

Mangsa nekad membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab berkata, berdasarkan maklumat diterima, polis menahan suspek kira-kira jam 10 malam

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...