Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

23 June, 2011

Jun 23, 2011 - Datuk T di dakwa ESOK !!!!!

Datuk T didakwa Jumaat ini
KUALA LUMPUR - Selepas dua kali dikhabarkan ’Datuk T’ akan dihadap ke muka pengadilan berhubung kes tayangan video seks yang didakwa mirip seorang pemimpin kanan pembangkang, akhirnya tiga individu berkenaan diminta hadir ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta esok untuk pendakwaan.

Seorang daripada mereka, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, memaklumkan mengenai perkara itu dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada beberapa pemberita semalam.

Dalam kiriman SMS itu, ahli perniagaan berkenaan memberitahu, beliau diminta hadir di mahkamah tersebut pada jam 8 pagi, Jumaat.

SMS itu menyebut: ‘Datuk ‘T’ akan dicharge di Mahkamah Jalan Duta pada jam 8 pagi, 24 Jun 2011. Harap maklum.’

Shazryl Eskay mengesahkan mengenai pemakluman berkaitan arahan itu secara lisan ketika dihubungi Sinar Harian pada kira-kira jam 2.30 petang, semalam.

“Yes confirmed (sah),” katanya yang ketika itu dalam perjalanan dari Kedah ke Kuala Lumpur.

Selain beliau, dua lagi ‘Datuk T’ ialah bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Agung Perkasa, Datuk Shuib Lazim.

Mereka individu yang bertanggungjawab menayangkan rakaman video seks berkenaan kepada beberapa wakil media di hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu.

Shazryl Eskay berkata, bagaimanapun, beliau masih belum mengetahui mengenai pendakwaan tersebut akan dibuat mengikut Seksyen Kanun Keseksaan yang mana kerana belum mendapat notis sebenar.

Mengenai SMS beliau itu katanya, itu hanya notis awal yang dimaklumkan kepada beliau.

“Kami disuruh ke mahkamah. Jadi kami akan ke mahkamah pada Jumaat ini,” katanya.

Sebelum ini terdapat dakwaan mengatakan trio ‘T’ berkenaan berkemungkinan didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan atas kesalahan mengedar bahan lucah.

Pada 21 Mac lalu, tindakan mereka mengejutkan negara setelah bertindak mempertontonkan rakaman aksi seks yang didakwa pelakunya seorang pemimpin tinggi PKR bersama seorang wanita muda, dikatakan seorang pelacur.

Video hitam putih mengandungi rakaman aksi seks individu berkenaan difahamkan dirakam di sebuah hotel.

Rakaman tersebut kemudian berlegar di Internet, termasuk di beberapa blog terkemuka setelah dimuat naik oleh pihak tertentu.

Malah beberapa individu, termasuk ahli politik, mendakwa menerima salinan rakaman video seks itu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...