JASIN: Seorang ibu tunggal ditemui mati selepas melahirkan anak di dalam tandas sebuah kilang di Taman Perindustrian Merlimau, dekat sini, pagi semalam.
Difahamkan mangsa berusia 30 tahun berasal dari Kemendor, Jasin dekat sini, ditemui mati bersama-sama bayi perempuan yang baru dilahirkan oleh seorang tukang cuci ketika mahu membersihkan tandas wanita di situ, kira-kira jam 8 pagi.
Jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan masih menunggu laporan bedah siasat mangsa yang akan dijalankan pagi ini di Hospital Jasin. Sumber berkata, wanita terbabit dikatakan memasuki tandas berkenaan kira-kira jam 3 pagi dan dipercayai tiba-tiba melahirkan bayinya.
Katanya, mangsa dipercayai mati akibat mengalami terlalu banyak pendarahan.
“Mangsa dikatakan menumpang di rumah abangnya di Kampung Kilang Berapi, di sini, sebelum kejadian itu,” katanya
No comments:
Post a Comment