Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

16 June, 2011

Jun 16, 2011 - Bekas jururawat mengaku tak bersalah dagang bayi


KUALA LUMPUR 16 Jun - Seorang bekas jururawat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memperdagangkan seorang bayi perempuan berusia 8 bulan, tahun lalu.
Gulab Jan Abdul Jabir, 49, didakwa melakukan tersebut dengan memperdagangan bayi terbabit di Hospital Taj, No.462, Batu 3, Jalan Ipoh di sini pada pukul 2.10 petang, 1 November lalu.
Timbalan Pendakwa Raya, Nor Amalina Ismail mengemukakan pendakwaan mengikut Seksyen 14 Akta Pemerdagangan Orang 2007 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda.
Hakim Zamzani Mohd. Zain membenarkan wanita tersebut yang diwakili peguam Gerald Lazarus diikat jamin RM10,000 dengan dua penjamin, selain memerintahkan tertuduh menyerahkan pasport kepada mahkamah sebagai syarat jaminan.
Beliau menetapkan 18 Julai ini untuk sebutan semula kes. - Utusan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...