Gadis kuat berkhayal
SAYA berusia 21 tahun, bertudung dan gemar berpakaian sopan. Saya juga seorang yang sangat pemalu, lebih-lebih lagi apabila berdepan dengan kaum lelaki.
Masalahnya, saya mempunyai nafsu berahi yang agak kuat dan sering berkhayal mengenai seks malah kadang kala melakukan onani apabila nafsu membuak-buak terutamanya selepas menonton cerita lucah.
Adakah perbuatan saya beronani itu berdosa kerana jika tidak melakukannya saya bimbang akan terjadinya zina.
NUR
Kemaman, Terengganu
Kemaman, Terengganu
Memang ada sebahagian wanita mempunyai nafsu berahi yang luar biasa.
Nasihat bagi wanita mengalami masalah ini ialah segera kahwin, apalagi dalam usia saudari yang sudah dewasa.
Melakukan onani dan menonton filem berahi tidak akan menyelesaikan masalah anda dalam jangka waktu panjang, sebaliknya boleh memudaratkan rahim yang masih dara kerana tangan yang digunakan agak kasar pada bahagian tersebut.
Beronani dan berzina adalah ditegah dalam agama walaupun ada pandangan mengatakan dosa onani lebih ringan berbanding berzina.
No comments:
Post a Comment