Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

24 June, 2011

Jun 24, 2011 - Tak Serik Serik

SHAH ALAM: Seorang banduan yang sedang menjalani hukuman penjara 30 tahun dan 10 sebatan kerana merogol, sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan merogol dan meliwat seorang pelajar berusia 19 tahun di Hulu Selangor, tiga tahun lalu.
Tertuduh, G Thiyagan, 35, yang sedang menjalani hukuman di Penjara Taiping, sejak 24 September 2010 bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar.

Lelaki hadir berpakaian baju lokap hijau sering keluar masuk penjara disebabkan pelbagai kesalahan termasuk merogol, mencabul, mengurung orang dan mencuri motosikal itu kelihatan tenang sepanjang prosiding semalam. Mengikut pertuduhan, Thiyagan yang berasal dari Kuala Kubu Baru didakwa melakukan perbuatan itu di Tanah Perkuburan Cina Kerling di Hulu Selangor, kira-kira setahun sebelum dipenjarakan, pada jam 7 pagi, 8 Oktober 2009.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 untuk tuduhan rogol dan Seksyen 377C kanun sama untuk tuduhan liwat.

Kedua-duanya memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Che Rohana Ismail tidak menawarkan jaminan atas alasan pertuduhan terhadap lelaki itu membabitkan dakwaan amat serius

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...