Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

30 June, 2011

Jun 30, 2011 - Liku2 Hidup !!!!

assalamualaikum w.b.t  dan salam sejahtera
semoga semuanya berada keadaan sihat walafiat ..macam daddy gak walaupun semalam tk berapa
nk cukup tidor...baby Haziq demam kuat . Dh 2 klinik dah pegi ni . Semalam daddy bawa pegi klinik Shan
kat padang serai...awalnya alhamdulillah tp menjelang kul 2 pg badannya kembali panas...berapi.
semalam masa check temperature nya dh 39.7C....apa pun mummy just called up ...dah ok sikit dh
tengahri ni...

hari ni , nk citer sikit kesinambungan dari coretan daddy semalam ...daddy nk imbau balik last 17 yrs
masa daddy mula2 keje kilang kat area prai ni.....1994 awal tahun...daddy dapat keje sebagai QA technician kat sebuah kilang injection moulding kat lorong perusahaan 10....alhamdulillah ok la...masa tu baru berdua ngan mummy ...belum ada sapa2 lagi...and daddy just came back from johor masa tu ....Gaji : RM 600

Daddy ingat lagi masa tu hidup daddy and mummy mmg susah juga la....tk ada financial back-up , tk der transpot ....so nk keje camner ....duit poket pun hari2 mak mertua tanya ada duit belanja tak ...ingat2 balik rasa macam budak2 sekolah .....ingat juga fisrt day keje , tumpang naik lori abang ipar yang lalu ikut situ and balik tumpang van kilang operator.....lama sikit bapa mertua bagi motor honda 70 , lampu bulat tu utk berulang alik ....macam tk percaya..motor honda 70 tu boleh sampai hingga Prai ...dkt 50km ...pegi balik dah dekat 100 km....ada lagi motor tu sekarang ni...plat no PY6830... Daddy selalu motivate anak2 daddy ngan motor tu ....kn tahan polis ....mud-guard luruh tengah jalan....dan macam2 lagi.....kngan mengusik jiwa.

tapi jodoh daddy ngan kilang tu tak lama pun ...dalam 5 bulan sahaja...mungkin rezeki anak sulong daddy - along (yg dok langkawi), daddy dapat tawaran jadi QA supervisor kat Tongkah Elektronik pun kat prai juga. Ingat lagi...sepatutnya kn lapor diri 17/10/1994 tapi mummy bersalin (cesarean) on 16/10/1994...so minta postphone la seminggu ....Gaji ???? naik 300....jadi RM 900.00...alhamdulillah.....
campur2 OT semua ok lah...untyuk survive 3 beranak ....sampai masa ni masih lagi menumpang kat umah
mertua.....harta yang ada masa tu cuma sebiji motor kapcai....dh dapat beli dah ....and sebiji TV singer 16 inci .....yang masa tu berharga dekat RM2000.....kalau nak tau , TV tu lah yang daddy dok tengok ari ni ,,,,sebab TV besar dah rosak...dh 17 thn dh TV tu .....masih elok dan tak pernah rosak.

1 tahun setengah ...tu lah jodoh daddy nagn kilang ni....hingga 1/2/1996....
Kilang pindah tapak baru ....lagi jauh ...daddy ambik keputusan utk resign...
punya pendek akal masa tu ....resign dengan keje tak da.....ingat tarikh tu bukan apa
nak di jadikan cerita , bapa kesayangan daddy kembali ke rahmatullah pada tarikh tu
11 hari puasa.....daddy keje pagi...dalam kul 2 ptg mummy call kata bapa dh tk ada...
tk ckp banyak...tak bagi tau sapa2...capai jaket , terus daddy pecut ngan kapcai daddy
30 min dari prai ke pdg serai...yang sampai sekarang pun daddy tk boleh ulangi.....

Pas dh resigned, tu cuba berniaga sikit2....leh la bertahan sebulan dua....pastu dh goyah sikit...
start cari keje balik...dapat lah keje Site Supervisor nagn sebuah company ni....ok juga keje dia...
specialized dalam coring / concrete sawing and juga jual power tools....kiranya da juga lah sikit
pengalaman keje kontrak....antara kontrak yg kita dapat adalah Central Square Sungai Petani dan juga
extension stadium darulaman ......sempat juga dihantar training kat subang jaya , selangor....

Rasa bosan keje kontrak...( bukan bosan sebenarnya ...gaduh ngan branch manager) .cari keje lain pula....
dapat lah jadi sales representative untuk sebuah sykt buku kat island glade, penang ....Feringi Distributor...
enjoy keje ni ....keje bawa buku masuk sekolah2 ja....seminggu sekali present sales kat ofis di png...hari lain
ikut suka sendiri ...nak kuar kul bapa nk balik kul bapa...ok juga la masa tu sebab daddy nya sales everyweek tertinggi dikalangan all the sales rep. daddy sorang jer rep melayu masa tu ...yang lain semua chinese .....sekolah pula...byk sekolah kebangsaan ...senang buat sales...pegi 3-4 sekolah easily can get 1-2K  sales. Lama juga lah dalam bidang ni ....sebenarnya ni pngalaman ke-2 daddy jual buku ...dulu masa kat johor , run same bisness juga ....masa tu big boss ngan whole family ada kat uk ...further study . so dia tinggalkan bisness dia kt daddy untuk run.....masa tu act as sales / marketing manager la.....enjoy keje ni
round satu malaysia......

mak oi....dh panjang sgt dah ni...nanti boring...
esok daddy sambung k
salam

JUn 30, 2011 - Risau hamil dengan kekasih Internet


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
SAYA Lena dan berumur 25 tahun. Baru-baru ini saya berkenalan dengan seorang lelaki dikenali sebagai W. Kami berkenalan melalui laman sosial. Kami jarang berhubung dan akhirnya kami bertemu. Hubungan saya dan W menjadi serius sebaik dia mengatakan dia ingin serius dengan saya. Saya tidak dapat menolak kerana saya mula jatuh cinta padanya.
Satu hari saya mendapat tahu W sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Isteri W meminta agar saya mengakhiri hubungan saya dengan W. Saya bertanya kepada W perkara sebenar dan dia memang mengakuinya. Dia meminta maaf dan menceritakan hubungan mereka suami isteri. Saya simpati dan meminta agar dia bersabar supaya berusaha mencari penyelesaian yang terbaik.
Saya reda andai W meninggalkan saya kerana saya tidak mahu rumah tangga W retak kerana saya. Kini hubungan saya dan W berakhir kerana W masih menyayangi keluarganya. Saya menerima dengan hati terbuka.

Sebenarnya Dang Setia saya dan W sebenarnya pernah terlanjur dan W pernah mengatakan ingin bertanggungjawab. Tetapi kini W tinggalkan saya, saya sering termenung dan menangis. Saya sudah kembali ke pangkal jalan dan memohon taubat daripada Allah. Tetapi yang saya takut seandainya keterlanjuran saya dengan W membuahkan hasil (mengandung). Saya takut menjalani ujian kehamilan.


Sementara itu, seorang kenalan lelaki, A sanggup menjadikan saya isteri. Saya ingin meminta nasihat Dang Setia apa yang perlu dilakukan? Pertama haruskah saya menerima A sebagai teman hidup saya? Kedua, apa perlu saya lakukan seandainya saya mengandung? Tolonglah saya Dang Setia.


Eina
Kluang, Johor.


Menurut pandangan Dang Setia, cinta Eina dan W ialah percintaan penuh khayalan. Bersosial di Internet, bertemu janji di luar dan akhirnya hanyut dalam gelombang asmara yang membawa penyesalan tiada kesudahan kepada adik.

Malah Dang Setia terbaca satu madah cinta mengungkap realiti cinta. Cinta seorang lelaki seumpama gunung, ia besar tapi penuh kejutan dan (sayangnya) waktu ia memuntahkan lahar, menghanguskan apa saja yang ditemuinya.

Oleh itu apabila menjalinkan hubungan cinta jangan terlalu obses hingga korbankan benda paling berharga dalam diri. Jika Eina perhatikan madah cinta, lelaki tidak mendapat kesan sebaliknya dia memberi kesan kepada pasangan terutama kesan buruk andai Eina gagal mengawal diri. Buktinya Lena terlanjur dan Lena bimbang mengandung.

Dang Setia nasihatkan buatlah pemeriksaan kesihatan untuk memastikan sama ada Eina mengandung. Jika mengandung, cuba berbincang dengan W sama ada dia ingin bertanggungjawab. Jika dia menolak janganlah pula tertekan. Tetapi muhasabah diri dan menerimanya sebagai balasan terhadap keterlanjuran adik.

Lebih baik Lena berterus terang dengan A dan mahukah dia menerima Eina. Diharap dia sudi menerima Lena dan gunakan sebagai peluang kedua adik beroleh kehidupan lebih baik.

Jangan diulangi kesilapan lalu dan berpeganglah kepada ajaran agama. Jika Lena tidak mendapat pertolongan A, W dan keluarga, rujuklah kepada pusat perlindungan wanita terdekat supaya adik mendapat sokongan sewajarnya.

Jun 30, 2011 - Pelajar Malu Gambar Bogel Tersebar !!!!

KAJANG: Seorang pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di sini, menanggung malu apabila gambar bogelnya disebarkan individu tidak dikenali di kawasan sekolahnya, kelmarin.
Difahamkan, puluhan gambar bogel pelajar berusia 19 tahun itu dicetak di atas kertas A4 sebelum diedarkan kepada pelajar lain dan kakitangan sekolah.

Sumber berkata, mangsa menyedari penyebaran gambarnya kira-kira jam 7.30 pagi selepas dimaklumkan rakan sekelasnya yang melihat gambar lucah yang diubah suai.
Katanya, mangsa melihat gambar lucah itu dan terkejut apabila mendapati ia diubah suai. Gambar itu memaparkan mangsa berbogel bersama seorang lelaki tidak dikenali.

“Dalam gambar itu turut terpapar nombor telefon bimbit dan nama mangsa selain diselitkan kata-kata lucah,” katanya di sini, semalam.

Mangsa membuat laporan di Balai Polis Kajang.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wah mengesahkan menerima laporan kes itu dan siasatan lanjut dijalankan.

Jun 30, 2011 - Driver Teksi Gatal!!!!

KUALA LUMPUR: Bagaikan tidak serik, seorang pemandu teksi yang sudah empat kali dihadapkan ke muka pengadilan sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas pertuduhan mencabul kehormatan dan menyamun dengan parang terhadap seorang pembantu pengurus di dalam teksinya, Mac lalu.
M Saravanan, 28, bagaimanapun tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid.

Mengikut pertuduhan, Saravanan didakwa memaksa mangsa yang berusia 29 tahun melakukan seks oral terhadapnya di dalam teksinya di Jalan P Ramlee, Jalan Sung Peng pada jam 3.30 pagi, 6 Mac 2011.
Dia turut didakwa meraba mangsa di lokasi dan masa sama.

Bagi pertuduhan itu, Saravanan didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu.

Pada masa dan lokasi sama, dia didakwa turut merompak telefon bimbit dan wang tunai RM500 dengan menggunakan parang.
Bagi perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, S Malini Anne tidak mencadangkan sebarang jaminan dengan alasan tertuduh mempunyai dua lagi kes yang masih dibicarakan dan tertuduh mengulangi kesalahan sama ketika dalam tempoh jaminan.
Mahkamah tidak membenarkan tertuduh dijamin dan menetapkan 3 Ogos depan untuk sebutan semula kes.

Jun 30, 2011 - Cuba Cabul Anak Sendiri !!!

KUALA LUMPUR: Seorang tentera dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas tiga tuduhan masing-masing cuba merogol dan mencabul anak perempuannya, tahun lalu.
Bapa kepada empat anak yang berusia 38 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan berkenaan yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa cuba merogol anak kandungnya yang berusia 15 tahun di sebuah rumah di Desa Tun Hussein Onn, dekat sini jam 3 pagi, pada 21 Jun 2011.
Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376/511 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. Bagi pertuduhan kedua, pada masa dan tarikh sama, tertuduh didakwa mencabul mangsa sama manakala bagi pertuduhan ketiga tertuduh didakwa mencabul mangsa, di tempat sama, jam 3 pagi pada pertengahan tahun 2010. Bagi kedua-dua pertuduhan itu dia di dakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum 10 tahun penjara atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Pendakwaan yang dijalankan Timbalan Pendakwa Raya S Malini Anne tidak menawarkan jaminan kerana ia akan membahayakan mangsa sekiranya tertuduh masih mendekati mangsa. Tertuduh yang tidak diwakili peguam pula memohon mahkamah memberikan jaminan kepadanya kerana isterinya bersedia untuk menjamin tertuduh.

Emelia Kaswati kemudian memanggil isteri tertuduh yang juga anggota tentera untuk memastikan mangsa tidak mendekati tertuduh selepas dia diikat jamin.
“Jika dibenarkan ikat jamin, saya akan pastikan suami berada di tempat lain. Saya bertanggungjawab atas apa yang saya katakan,” katanya.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 bagi ketiga-tiga pertuduhan dengan seorang penjamin serta dua syarat tambahan iaitu tertuduh tidak boleh mendekati mangsa dan tertuduh mesti melapor diri di balai polis terdekat sebulan sekali.
Mahkamah menetapkan 2 Ogos ini untuk sebutan lantik peguam.

Jun 30, 2011 - Dituduh Gigit Kemaluan Isteri!!!!

KUANTAN: Seorang penoreh getah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan di sini, semalam, atas tuduhan mencederakan isterinya dengan menggigit kemaluan wanita itu selepas enggan mengadakan hubungan seks pada 21 April lalu.
Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh berusia 28 tahun didakwa mencederakan isterinya yang berusia 23 tahun antara jam 12 tengah malam hingga jam 3.30 pagi, 21 April lalu di sebuah rumah di Felda Bukit Goh, di sini.
Bagaimanapun, tertuduh hanya berdiam diri sebelum mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Noradidah Ahmad atas tuduhan berkenaan apabila pertuduhan itu dibacakan kepadanya oleh jurubahasa mahkamah.

Sebelum kejadian, wanita itu dikatakan sedang tidur dan dikejutkan tertuduh yang mahu mengadakan hubungan seks tetapi ditolak isterinya dengan alasan tidak sihat.

Tertuduh bagaimanapun tetap memujuk isterinya tetapi sekali lagi ditolak menyebabkan dia naik darah dan menggigit kemaluan isterinya hingga meninggalkan kesan.

Jun 30, 2011 - Duda Terjun Hotel , lari dari dicekup khalwat dengan isteri orang

Terjun hotel elak dicekup

MELAKA: Bagaikan aksi pelakon lagak ngeri apabila seorang lelaki sanggup terjun dari tingkat satu sebuah hotel bajet di Bachang, di sini, selepas menyedari diserbu penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) kerana disyaki berkhalwat.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi semalam, lelaki berusia 40 tahun cuba melarikan diri dengan keluar mengikut tingkap dari bilik di tingkat dua yang disewa bersama pasangannya berusia 39 tahun.

Lelaki itu turun ke tingkat satu melalui kotak alat pemampat pendingin hawa.
Apabila tiba di tingkat satu, dia terjun ke atas sebuah lori, namun cubaannya selepas dicekup anggota penguat kuasa Jaim yang sedia menunggunya di bawah. Lelaki itu bernasib baik kerana terjunannya tepat jatuh di atas lori berkenaan dan dia tidak cedera.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani berkata, lelaki antara antara tiga pasangan yang dicekup dalam pemeriksaan di tiga hotel bajet di kawasan Bachang.

Katanya, ketika pemeriksaan dilakukan anggotanya terpaksa menunggu beberapa minit sebelum pintu dibuka seorang wanita manakala lelaki berkenaan lari keluar melalui tingkap.
“Soal siasat mendapati wanita berkenaan bukan mahram dengan lelaki yang dicekup itu.

“Lelaki terbabit seorang duda, manakala wanita berkenaan masih berstatus isteri orang yang mendakwa mempunyai krisis dengan suaminya,” katanya

Jun 30, 2011 - Mati Dalam Stor !!!!

KUANTAN: Hanya kerana perselisihan faham sepasang suami isteri bergaduh besar, kelmarin dan semalam, lelaki berkenaan semakin tidak keruan apabila pasangannya ditemui mati di dalam bilik stor rumah mereka di Taman Setali, di sini.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa, Yap Kwee Yin, 56, dipercayai bergaduh dengan suaminya berhubung kes saman sebelum lelaki itu meninggalkan isterinya berseorangan di dalam rumah.

Difahamkan, perkara buruk yang menimpa Kwee Yin mula disedari kakaknya selepas gagal menghubungi mangsa sebelum bergegas ke rumah suri rumah itu kerana berasa curiga dan mendapati pintu rumah berkunci.

Selepas pintu depan rumah mangsa diketuk beberapa kali dan usaha memanggil nama mangsa tidak berjaya, kakak mangsa terpaksa mengumpil pintu rumah untuk masuk.

Ketika pemeriksaan di sekitar rumah, kakak mangsa kemudian tergamam sebelum menitiskan air mata selepas melihat adiknya itu terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri dipercayai sudah meninggal dunia di dalam bilik stor.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Kuantan, Deputi Superintendan Kamaruzzaman Jaafar, berkata sepasukan anggota polis bergegas ke tempat kejadian sebaik saja menerima laporan berhubung kejadian terbabit.


Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian suri rumah berkenaan.

Katanya, siasatan awal mendapati, beberapa jiran berhampiran mendakwa terdengar bunyi bising dalam rumah mangsa dipercayai pertengkaran antara wanita terbabit dengan suaminya sebelum mangsa ditinggalkan bersendirian.

“Bagaimanapun, polis akan memanggil suami mangsa untuk membantu siasatan lanjut berhubung kejadian terbabit.

“Bedah siasat terhadap mayat mangsa akan dijalankan esok (hari ini) di HTAA Kuantan,” katanya.

Jun 30,2011 - ANEH : BAJU TERBAKAR SENDIRI !!!!!!

Usikan aneh bakar baju

Oleh Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail dan Georgie Joseph
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: “Sejak tiga minggu lalu, pakaian, kain langsir dan perkakas rumah saya terbakar dengan sendirinya. Kejadian ini membuatkan saya dan suami panik,” kata suri rumah yang mahu dikenali sebagai Sofia, 26.
Beliau berkata, kejadian aneh itu bermula awal Jun dipercayai gangguan jin hingga membuatkan hidupnya sekeluarga tidak tenteram. Malah, Sofia mendakwa mengalami kerugian lebih RM20,000 sepanjang tempoh berkenaan.

Dalam kejadian terbaru kira-kira jam 10 malam, Ahad lalu, Sofia berkata dia yang menonton televisyen terkejut apabila tuala di ampaian dalam rumahnya terbakar.

Menurutnya, kejadian itu bukan pertama kali berlaku sebaliknya beberapa barangan lain seperti perabot, katil, sofa, almari dan rak buku terbakar satu persatu.

“Malah, barangan seperti langsir, pakaian dan wayar elektrik turut dijilat api,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Keramat, di sini.

Menceritakan semula kejadian aneh itu bermula, Sofia berkata, pada awal bulan ini ketika dia tinggal bersama anak perempuan berusia setahun, dia terdengar suara sayup-sayup memanggil namanya dari bilik simpanan barang.


“Saya mulanya tidak mengesyaki apa-apa masuk ke dalam bilik itu dan terkejut melihat seorang perempuan berbaju putih serta berambut panjang menampar pipi saya dengan kuat.

“Saya tidak ingat apa berlaku selepas itu kerana ketika tersedar, suami di sisi sambil memangku badan saya,” katanya.

Sofia berkata, sejak insiden itu, barangan seperti pinggan mangkuk, gelas kaca, botol dan cermin tingkap jatuh secara mengejut dan pecah seperti ada seseorang melakukannya.

“Antara kejadian pelik menimpanya seperti botol minyak wangi terjatuh di bahu kirinya ketika mandi di bilik air. Saya tidak tahu dari mana datang botol berkenaan. Akibatnya bahu kiri saya luka dan menerima lima jahitan,” katanya.

Katanya, dia dan suami nekad keluar rumah sebelum menumpang di rumah ibu bapanya.

“Keputusan itu sia-sia kerana ketika berada di rumah ibu, kejadian sama masih berlaku,” katanya.

Selepas dipujuk ahli keluarga, Sofia dan suami mendapatkan khidmat pakar perubatan alternatif dan guru agama.

Bagaimanapun, usaha berkenaan menemui jalan buntu.

Sementara itu, Pengamal Perubatan Islam dan Mantan Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr Amran Kasimin ketika dihubungi, berkata berdasarkan pengalamannya mengendalikan kes seumpama itu, dia yakin mangsa disihir.

Katanya, dia menyarankan mangsa mengubati penyakit misteri itu dengan orang yang berkebolehan dan bukan mereka yang mendampingi jin.

“Malah, mangsa juga boleh mengubati dirinya sendiri dengan mendekatkan diri kepada Allah, berzikir serta solat,” katanya.

29 June, 2011

Jun 29, 2011 - Quote of the Day !!!!

Jun 29, 2011 - Jabatan Islam siasat KAJOL !!!!!

KOTA BHARU: Kontroversi membabitkan penyanyi mak nyah tersohor Kelantan, Kajol, 25, kini memasuki episod baru apabila dia disiasat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) akibat keceluparannya mengaku bukan Islam ketika dihadapkan di Mahkamah Rendah Syariah Tanah Merah, 21 Jun lalu.
Pegawai JAHEAIK Jajahan Tanah Merah, Nik Ahmad Zuhdi Nik Yaacob berkata, tindakan itu diambil selepas mendapati penyanyi yang terkenal dengan lagu berentak Bollywood itu melakukan kesalahan serius apabila mengaku bukan Islam.

“Segala bukti mengenai pengakuan penyanyi itu sudah diperoleh dan fail siasatan mengenainya sudah dibuka dan dihantar ke ibu pejabat JAHEAIK.
“Kami mengambil tindakan segera membuka fail siasatan kerana Kajol secara sedar mengaku bukan Islam walaupun pada pengenalan dirinya menunjukkan agamanya Islam,” katanya.

Sebelum ini, muka depan Harian Metro melaporkan, Kajol atau nama sebenarnya, Mohd Hafiz Jeffri dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 atau lima bulan penjara jika gagal membayar denda selepas mengaku salah terhadap pertuduhan berperwatakan seperti wanita dan berpakaian tidak senonoh di khalayak ramai ketika mengadakan persembahan di sebuah tapak ekspo di Tanah Merah, 15 April lalu.

Bagaimanapun, hukuman itu ditangguhkan selepas Kajol merayu semua hukuman dijatuhkan ke atasnya dikemukakan semula kepada Mahkamah Tinggi Syariah untuk dibicarakan semula pada prosiding akan datang.
Kajol yang berseluar jeans biru dan berbaju panjang berwarna hitam mengaku salah atas pertuduhan serta fakta kes dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Syarie, Aris Fadhilah.

Ketika nasihat diberikan, Kajol dilihat menyampuk dengan berkata: “Saya bukan orang Islam, tetapi Orang Asli”, menyebabkan hakim bertegas kerana dokumen dikemukakan di hadapannya mengesahkan Kajol beragama Islam.
“Apa yang penting, kami sudah buka fail siasatan dan penyanyi itu akan disiasat atas perbuatannya,” katanya.

Sebelum dijatuhi hukuman itu, Kajol pernah mencetuskan kontroversi apabila mengaku lebih rela mati daripada berubah menjadi lelaki sejati.

Muka depan Harian Metro pada 20 April lalu melaporkan, Kajol memberi alasan bukan sengaja mahu menjadi wanita, tapi naluri wanita memang wujud dalam dirinya sejak zaman kanak-kanak lagi.

Kajol turut mengakui dia ‘lemas’ dengan pelbagai dugaan menimpanya, termasuk ditahan penguat kuasa jabatan agama menyebabkan dia mengambil keputusan nekad untuk tidak lagi membuat persembahan di Kelantan.

“Saya manusia biasa dan tidak mahu terus terseksa. Saya sedar, saya seperti diharamkan di Kelantan. Daripada terus ditahan, lebih baik saya berhenti daripada membuat persembahan di Kelantan.

“Justeru, kepada semua peminat yang memberi sokongan setiap kali saya membuat persembahan di Kelantan, saya ucapkan ribuan terima kasih. Kita tidak akan berjumpa lagi di Kelantan,” katanya yang mendakwa mempunyai 25 album.

Jun 29, 2011 - Zahrah Shanley !!!!! buat Jimmy Bahagia .

KUALA LUMPUR: “Biarpun gagal menjadi suami yang baik, saya berjanji untuk menjadi ayah yang bertanggungjawab,” kata pengacara dan pelakon, Jimmy Shanley Norjahan Saleh, 31, yang ceria selepas kelahiran anak sulungnya, Jumaat lalu.
Menurut Jimmy, hidupnya kini lebih bermakna dengan kelahiran permata sulungnya itu, Zahrah Shanley, di Pusat Perubatan Putra (PMC), Sungai Buloh kira-kira jam 6 petang.

“Saya sangat gembira dengan kelahiran bayi pertama ini dan berjanji mahu memberikan fokus yang lebih pada anak sulung ini supaya dia menjadi manusia berguna.

“Biarpun saya tidak pernah memegang perut isteri, Norsuhaila Ilyani Suhaimy, 25 sepanjang sembilan bulan dia mengandung, luka lama yang terpendam terubat kembali sejurus memegang anak kandung saya,” katanya.

Kata Jimmy, dia sudah mendaftarkan anaknya di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya, semalam dan kini akan tinggal bersama mentuanya di Sunway Rahman Putra, Sungai Buloh untuk menjaga anak dan isterinya yang berpantang.

“Saya tidak tahu sama ada isteri membenarkan saya menjaganya selama dia berpantang...Bagaimanapun, saya terima jika dia tidak mahu saya menjaganya kerana yang utama harus bersama anak kandung saya,” katanya.


Menurut Jimmy, dia gembira didatangi rakan dan sanak saudaranya ke PMC untuk menziarahi isteri dan menatap wajah anaknya.

“Saya akui saya memang menangis sewaktu kali pertama memegang Zahrah kerana begitu rindukan dia sewaktu di dalam kandungan ibunya.

“Saya berharap semoga kelahiran Zahrah membuka lembaran baru dalam hidup saya yang akan membuatkan saya bahagia,” katanya.

Jun 29, 2011 - AWAS !!! Black Hat Hacker !!!!

KUALA LUMPUR: Awas! Apabila anda mendedahkan nombor telefon atau nombor akaun bank di Internet terutama di laman jaringan sosial, anda berpotensi menjadi mangsa penggodam sehingga menyebabkan anda kerugian ribuan ringgit sekelip mata.
Modus operandinya mudah - penggodam yang sudah memperoleh nombor telefon atau nombor akaun bank yang dipaparkan, akan mencari dan mengumpulkan maklumat peribadi mangsa di Internet sebelum membuat permohonan bagi mendapatkan kad kredit menerusi Internet.
Apabila menerima kad kredit itu, penggodam akan mencari laman web menjual pelbagai produk melalui urus niaga Internet yang lemah sistem keselamatannya dengan menggunakan teknik dan kod tertentu.

Seterusnya, mereka akan menggunakan kad kredit yang belum diaktifkan untuk membeli pelbagai produk yang dikehendaki.

Taktik digunakan penggodam yang dikenali ‘Black Hat Hacker’ atau ‘Cracker’ itu didedahkan kepada Harian Metro oleh dua sahabat yang hanya mahu dikenali Zul dan Madi.

Mereka yang berusia 30-an pernah aktif menjadi penggodam sedikit masa lalu untuk mendapat keuntungan dengan cara mudah.

Jun 29, 2011 - Majlis Sambut Kepulangan anak bertukar jadi Kepulangan Mayat anak !!!!

KOTA SAMARAHAN: Hasrat seorang bapa mengadakan kenduri kesyukuran sempena menyambut kepulangan anak sulungnya hujung minggu ini bertukar menjadi majlis tahlil apabila dia ditemui mati dipercayai dibunuh dalam kejadian di rumahnya di Kampung Pelandok, Sadong Jaya, semalam.
Walina Halida, 67, dipercayai dirompak sebelum dibunuh dikatakan merancang majlis itu bersama dua anaknya, Mohd Ridzuan, 31, dan Siti Marwah, 30, namun hajatnya tidak kesampaian apabila mayatnya ditemui dalam keadaan mengerikan selepas dipercayai dipukul dengan objek keras, jam 2 petang.

Kejadian menyedihkan itu disedari selepas seorang pekerja yang menghantar kayu serta barang lain dipesan warga emas terbabit terkejut apabila melihat mangsa tertiarap dan berlumuran darah di lantai depan rumahnya.
Menurut Siti Marwah, dia menyedari kejadian itu selepas dimaklumkan saudara terdekat yang memintanya pulang ke rumah segera.

“Ketika di pejabat, saya menerima panggilan meminta saya pulang ke rumah bapa dengan segera dan dalam perjalanan, hati saya tidak tenteram kerana menyangka ada sesuatu tidak kena sebelum cuba menghubungi tukang rumah yang bekerja di rumah bapa.

“Luluh hati apabila saya dimaklumkan bahawa bapa sudah tiada lagi. Tukang rumah terbabit memaklumkan bapa saya dibunuh. Saya terkejut kerana baru saja bertemu dengannya, Ahad lalu, malah bapa sempat bergurau dengan saya dan suami.
“Beberapa hari sebelum itu, dia tidak banyak berubah, malah berbual seperti biasa. Memang kami selalu pulang menjenguk arwah setiap hujung minggu dan sepatutnya, hujung minggu ini kami bercadang mengadakan kenduri,” katanya.

Menurut Siti Marwah, arwah bapanya tinggal bersendirian sejak beberapa tahun lalu dan hanya berkebun di sekeliling rumah berkenaan.
“Ibu kami sudah meninggal dunia kira-kira 20 tahun lalu. Saya pernah mengajak arwah menetap bersama kami di Kuching kerana risau keselamatannya memandangkan dia bersendirian di rumah.

“Namun, pelawaan kami ditolak kerana arwah lebih selesa berada di rumah itu. Memang kami selalu menjenguk dan sering bertanyakan kesihatan memandang arwah berusia,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Samarahan, Deputi Superintendan Abdul Rahman Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan daripada ahli keluarga mangsa mengenai kejadian itu.

Beliau berkata, sepasukan anggota bergegas ke tempat kejadian dan mendapati mangsa tertiarap dan berdarah di kepala di hadapan pintu utama rumahnya.

“Mangsa dipercayai dirompak sebelum dibunuh, berdasarkan keadaan rumah berselerak ketika mayatnya ditemui. Telefon bimbit serta dompet milik mangsa tidak ditemui ketika siasatan dijalankan.

“Polis menjalankan siasatan termasuk memburu dalang di sebalik kejadian ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Jun 29, 2011 - Ajak Makan Sebelum Noda !!!!

AMPANG: Sikap ramah dan mudah mengikut ajakan membawa padah buat seorang remaja perempuan apabila diperkosa seorang lelaki berusia 20-an di sebuah rumah di Kampung Melayu, di sini, kelmarin.
Difahamkan, pelajar tingkatan dua itu terpedaya dengan ajakan lelaki berkenaan itu menemaninya makan sebelum dia dibawa pulang ke rumah lelaki terbabit.
Sumber berkata, ketika kejadian, mangsa baru saja pulang dari sekolah kira-kira jam 2 petang sebelum didatangi lelaki terbabit yang mengajaknya menemani makan tengah hari.

“Hanya kerana percaya kepada lelaki terbabit yang memang dikenalinya, mangsa mengikut saja lelaki itu dengan menunggang motosikal.


“Bagaimanapun, suspek dikatakan membawa mangsa ke rumah keluarganya dengan alasan keluarganya menyediakan makan tengah hari untuk mereka,” katanya.

JUn 29, 2011 - Gomol anak pengikut !!!!!

JOHOR BAHRU: Bukan setakat menyamakan laungan azan umpama anjing menyalak bukit, pengikut ajaran sesat Kumpulan Layar Bahtera diwajibkan membayar ‘zakat’ setiap bulan daripada sebahagian pendapatan bulanan kepada ketua mereka yang digelar Nakhoda.
Pada masa sama, pengikut ajaran sesat terbabit turut mempercayai merokok adalah solat, manakala nikah adalah haram, isteri masing-masing pula boleh digomol dan diperlakukan sesuka hati oleh Nakhoda, manakala suami hanya berperanan sebagai penjaga isteri masing-masing saja.
Bagaimanapun, Nakhoda yang berusia 40-an meletakkan syarat hanya dia saja yang boleh melakukan perkara terbabit terhadap isteri dan anak gadis pengikutnya, tetapi isteri dan anak gadisnya yang dikatakan menggiurkan tidak boleh disentuh sesiapa.

Pendedahan itu dibuat seorang bekas ahli kumpulan berkenaan dikenali sebagai Mail, 22, yang bertaubat selepas menyedari ajaran itu jauh menyimpang.


“Saya menyertai ajaran berkenaan kira-kira setahun lalu selepas mengetahuinya melalui kenalan.

“Pada mulanya ia hanya suka-suka dan sepanjang sebulan, Nakhoda yang tinggal di sekitar Taman Rinting, Masai, mengajar perkara berkaitan ketuhanan.

Jun 29, 2011 - POSITIVE !!!!!!

assalamualaikum dan salam israk mikraj buat semua.
selamat bertemu lagi for new days of the week....it's wednesday....

semalam , very tiring days buat daddy...lot's of issues on the line with couples
of calls, meeting etc....memang penat ....

but the motivation came at end of the tiring days....
kul 7pm, boss  called up and passed me a letter...it's a annual focal review...
surat kenaikan gaji bagi fiscal year 2012....alhadulillah....i  get promoted ...
at last i am a senior engineer juga rupanya.....merenung balik 17 thn yang lalu
daddy  cuma QA technician kat sebuah kilang injection moulding dengan gaji
RM600.00 and today  i am a senior engineer. Walaupun tk cepat macam orang2 lain....
Daddy tetap bersyukur...rezeki anak2 and rezeki mumy  maybe yang tk hnti2 doakan
untuk daddy.

Buat along kat langkawi, yang baru ni wish happy father's day  and doakan abah cepat naik
pangkat ....alhadulillah, abah dh naik pangkat .

So, next is majlis kesyukuran.... Insyallah daddy akan buat nanti...belum confirm lagi bila.
nanti daddy akan hebah kan.....

apapun , it's positive things to start off the day...salam

28 June, 2011

Jun 28, 2011 - Jatuh Apartment Telefon Kekasih.....Punya la Feeling !!!!!

Jatuh apartmen telefon kekasih

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia awal 30-an patah kaki kanan, leher dan tangan kiri selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah apartmen di Plaza Idaman, Setapak, di sini, semalam.
Difahamkan, lelaki terbabit terjatuh ketika leka berbual di telefon dengan teman wanitanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa mencangkung di tembok tempat letak kereta apartmen berkenaan sebelum tergelincir dan terjatuh.
Menurut sumber, seorang wanita berusia awal 20-an yang menyaksikan kejadian itu menghubungi Balai Polis Setapak, di sini.

“Wanita terbabit baru pulang dari kerja sebelum melihat seorang lelaki terjatuh dari kawasan itu ketika dia mahu meletakkan kenderaannya di tingkat sama.

“Sepasukan anggota polis dan ambulans dikejarkan ke tempat kejadian. Ketika pasukan perubatan tiba kira-kira 10 minit kemudian, mangsa yang parah dilaporkan tidak sedarkan diri,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan memberitahu tiada unsur jenayah dalam insiden itu.

Jun 28, 2011 - Gila Talak !!!!

Lelaki ugut bekas isteri

KAJANG: Seorang suami yang ‘gila talak’ selepas bercerai setahun lalu mengikut bekas isterinya itu ke mana saja bagi memastikan tidak mempunyai teman selain mahu rujuk semula.
Tindakan itu menyebabkan isterinya yang berusia 34 tahun membuat laporan polis selepas tidak tahan diekori dan diugut akan dicederakan jika tidak mahu menerima bekas suaminya itu kembali.
Terbaru, di Taman Tenaga, di sini, malam kelmarin, bekas suami wanita itu sekali lagi mengugutnya menyebabkan mangsa nekad membuat laporan polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut dijalankan

Jun 28, 2011 - 2 Beradik Miang kena cekup !!!!!

2 beradik miang dicekup

LANGKAWI: Tindakan dua wanita bersaudara termasuk seorang yang dalam proses perceraian membawa pasangan masing-masing tinggal bersama di rumah sewa mereka di Kampung Yooi, Kuah di sini, sejak beberapa bulan lalu, terbongkar apabila dicekup berkhalwat, awal pagi kelmarin.
Adik-beradik berusia 20-an dan 30-an itu dicekup sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Langkawi (Padal) dengan pasangan masing-masing berusia 30-an dalam dua bilik berasingan di rumah itu, kira-kira jam 1 pagi.

Si kakak masih berstatus isteri orang, tetapi dalam proses perceraian dan mempunyai tiga anak dijaga suaminya, manakala adiknya memberi alasan bapa mereka enggan menjadi wali pernikahan dengan teman lelakinya.
Ketua Operasi Padal, Saiful Aswad Kasa berkata, berdasarkan maklumat orang awam, sepasukan anggota penguat kuasa ke lokasi dan mendapati rumah berkembar satu tingkat itu gelap serta berkunci dari dalam.

Menurutnya, selepas mengetuk pintu dan memberi salam berulang kali, seorang wanita berkemban dengan kain pelikat membuka pintu dan memberitahu hanya dia dan kakaknya berada di dalam rumah itu.

“Pemeriksaan lanjut menemui seorang lelaki yang hanya bertuala di dalam bilik pertama manakala seorang lelaki lagi juga bertuala, ditemui dalam bilik kedua bersama kakak gadis berkenaan yang hanya berkemban kain pelikat tanpa baju,” katanya

Jun 28, 2011 - Bayi Maut Silap Makan Ubat !!!!

KUALA LUMPUR: Seorang bayi lelaki berusia dua bulan maut selepas menerima rawatan lebih empat jam di Hospital Ampang, di sini, kelmarin.
Difahamkan, kanak-kanak terbabit muntah teruk dipercayai kerana diberikan ubat salah oleh ibunya berusia lewat 20-an.

Malah, ketika dihantar ke hospital oleh ibunya, bayi terbabit dilaporkan tidak sedarkan diri.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi di sebuah rumah di Taman Halaman, Ampang, di sini, suri rumah terbabit memberikan anak lelakinya itu ubat kerana demam.

Menurut sumber, selepas lima minit kemudian, bayi terbabit muntah.

“Tersentak dengan keadaan itu, ibunya bergegas membawa mangsa ke hospital. “Pegawai perubatan memberikan bantuan pernafasan kepada bayi terbabit. Selepas rawatan pernafasan, bayi terbabit memuntahkan air dengan jumlah banyak,” katanya.
Sumber berkata, selepas lebih empat jam diberikan rawatan, bayi terbabit meninggal dunia. Difahamkan, bedah siasat pertama sudah siap, namun pihak berkuasa masih menunggu laporan bedah siasat kedua untuk mengklasifikasikan kes berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi berkata, pihaknya mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut sementara menunggu laporan penuh bedah siasat.

Jun 28, 2011 - Rizal AF5 Kena Belasah

KUALA LUMPUR: “Hanya mati terlintas di fikiran apabila lelaki berbadan tegap itu mencekik dan mengangkat badan saya sebelum menghempas ke kereta,” kata penyanyi dilahirkan melalui program realiti Akademi Fantasia musim kelima (AF5), Rizal ketika menceritakan pengalamannya diserang dua lelaki, tengah malam kelmarin.
Rizal atau nama sebenarnya Hasfarizal Ayub berkata, kejadian berlaku di persimpangan Jalan Cecawi, Seksyen 6, Kota Damansara jam 12 tengah malam.
Menurut artis berasal dari Sarawak itu, sebelum kejadian dia menyedari keretanya diekori Proton Iswara dinaiki dua lelaki sebaik keluar dari pusat beli-belah Sunway Giza, Kota Damansara, namun tidak mengesyaki apa-apa.

Ketika itu, dia baru keluar dari kompleks beli-belah berkenaan dan menghantar rakan wanitanya pulang ke rumah di Kota Damansara, jam 12 tengah malam.

“Namun ketika tiba di persimpangan di tempat kejadian, Proton Iswara itu memintas kereta saya menyebabkan saya menekan brek secara mengejut bagi mengelak merempuh kereta itu.

“Sebaik saya memberhentikan kereta, dua lelaki keluar dan menyerang tanpa saya sempat berbuat apa-apa,” katanya.

Rizal berkata, seorang daripada lelaki terbabit memulas lengan kanannya ke belakang dan mencekik lehernya.

“Lelaki itu memarahi saya sambil mengugut mencederakan saya dan rakan jika berani datang ke kawasan itu lagi.

“Saya berasa tidak berdaya apabila lelaki yang mencekik saya mengangkat dan menghempas saya ke kereta,” katanya.

Menurut Rizal, rakan wanitanya, Hamaria Mohd Harun, 23, yang pada mulanya berada di dalam kereta keluar meleraikan pergaduhan itu, namun dia pula diserang kedua-dua lelaki terbabit.

“Saya cuba membantu, namun tidak berjaya apabila sekali lagi dicekik. Mujur Hamaria sempat menjerit meminta pertolongan orang ramai menyebabkan dua lelaki itu masuk ke dalam kereta dan terus beredar,” katanya.

Berikutan kejadian itu, Rizal lebam di lengan kanan.

Hamaria yang bekerja sebagai pegawai operasi di sebuah syarikat penerbangan swasta berkata, dia tidak tahu apa motif kedua-dua lelaki terbabit menyerang dia dan Rizal.

“Saya sendiri bertanya Rizal sama ada dia mempunyai musuh, namun dia menafikannya, tambahan pula kami berdua merantau ke sini mencari rezeki.

“Saya sendiri tidak bermusuh dengan sesiapa dan tidak tahu kenapa mereka menyerang kami, namun saya takut ada agenda lain ingin mengenakan kami,” katanya yang juga berasal dari Sarawak.

Rizal kemudian membuat laporan di Balai Polis Kota Damansara kerana bimbang kejadian sama berulang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohammed mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan

Jun 28, 2011 - `Saya Tak Sanggup Lagi Hidup !!!!!!!

KUALA LUMPUR: “Saya tak sanggup lagi hidup begini, tapi saya terpaksa kerana ini saja cara untuk saya melepaskan diri daripada mereka,” kata seorang peniaga wanita yang berpakat dengan keluarga mengisytiharkan kononnya dirinya sudah mati semata-mata untuk mengelak daripada gangguan ceti haram atau along.
Wanita berusia 59 tahun itu yang hanya mahu dikenali sebagai Halimah berkata, untuk meyakinkan pelbagai pihak mengenai ‘kematiannya’ satu majlis kenduri tahlil diadakan dengan dihadiri saudara-mara, jiran dan rakan.
“Semua mereka menyangka saya sudah mati, hanya beberapa anggota keluarga yang tahu kisah sebenar. Bukan saya berniat menipu mereka, tapi saya lakukan ini kerana terpaksa.

“Saya amat rindukan kehidupan seperti dulu, gembira bersama keluarga dan menguruskan perniagaan seperti biasa yang kini hanya tinggal kenangan,” katanya.

Halimah ditemui Harian Metro ketika membuat aduan dan meminta khidmat nasihat daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengenai masalahnya itu, baru-baru ini.

Wanita itu berkata, dia terpaksa mengisytiharkan kematian palsu apabila keluarganya tidak tahan diancam along termasuk menerima ugutan menerusi SMS yang menyatakan rumahnya akan dipecah masuk dan semua barangan akan diambil.

Katanya, masalah bermula apabila dia membuat pinjaman RM10,000 daripada seorang along untuk menampung kos perniagaannya dan membayar gaji pekerja serta kos lain September tahun lalu.

“Pinjaman RM10,000 itu sudah saya bayar dalam masa ditetapkan. Namun, selepas itu, saya menerima panggilan daripada along menyatakan sejumlah wang sudah dimasukkan ke dalam akaun saya dan perlu membuat bayaran dalam masa 10 hari.

“Sebaik selesai bayaran berkenaan, saya dihubungi lagi, kali ini individu lain pula yang mendakwa sejumlah wang dimasukkan ke dalam akaun tanpa saya minta dan mereka mendesak saya membuat bayaran dalam tempoh tertentu.

“Sejak itu, hidup saya dihimpit masalah kerana terus menerima wang RM3,000 hingga RM7,000 pada satu-satu masa yang dimasukkan terus ke dalam akaun beberapa kali menyebabkan saya berurusan dengan 14 along serentak,” katanya.

Halimah berkata, setakat ini dia sudah membuat bayaran RM140,000 kepada 14 along terbabit, namun jumlah itu dikatakan belum mencukupi menyebabkan dia diganggu dan keselamatan keluarganya diancam.

Berikutan itu, Halimah menyembunyikan diri di beberapa kawasan di Pahang, Terengganu dan Melaka bagi mengelak diapa-apakan kumpulan terbabit yang menunggu di hadapan rumahnya setiap hari.

“Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, anak saya memberitahu along terbabit saya sudah mati sedangkan saya masih hidup. Saya kasihankan anak kerana terpaksa berdepan along dan pada masa sama, menguruskan perniagaan kami yang terjejas akibat kejadian ini,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Unit Tindakan Khas PPIM, Saharuddin Abu Bakar, berkata pihaknya menerima aduan terbabit dan berusaha mencari jalan bagi membantu Halimah.

Katanya, seperti kes lain, PPIM akan bertindak sebagai orang tengah dengan mengaturkan perbincangan dengan along terbabit dan menetapkan satu kadar munasabah yang perlu dijelaskan.

“Kami dapati aktiviti ‘along berantai’ ini dijalankan oleh individu sama, malah modus operandi yang digunakan juga serupa iaitu memasukkan wang ke dalam akaun mangsa hanya selepas bayaran pinjaman terdahulu dilunaskan.

“Justeru, kami meminta orang ramai berhati-hati apabila berurusan dengan orang lain terutama yang membabitkan wang ringgit bagi mengelakkan ditipu,” katanya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...