AMPANG: Hanya kerana merajuk selepas teman lelakinya tidak membelikan minuman, seorang wanita menerima padah apabila dia bukan saja dihalau keluar dari rumah malah turut ditumbuk lelaki terbabit.
Difahamkan, wanita berusia 40 tahun itu ditumbuk di muka menyebabkan dia lebam pada mata.
Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam, Selasa lalu, mangsa yang tinggal di Pandan Jaya, di sini, dikatakan sedang tidur dalam sebuah bilik rumah berkenaan sebelum teman lelakinya pulang dan menyerbu masuk biliknya.
“Mangsa yang sedang tidur terkejut dengan tindakan itu bagaimanapun tidak mengendahkan tindakan teman lelakinya itu. “Secara tiba-tiba lelaki itu menjerit dan menghalau mangsa supaya keluar dari bilik berkenaan.
Dia dikatakan bertindak sedemikian kerana berang wanita itu yang merajuk selepas dia tidak membelikan minuman dipesan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu

No comments:
Post a Comment