KUALA LUMPUR: Kehidupan pelaku maksiat tidak akan bahagia dan tenang sekiranya dia bergelumang dalam dunianya dan mereka perlu segera bertaubat serta menginsafi perbuatan diri.
Penceramah bebas, Ustaz Hassan Mahmud Al-Hafiz, berkata pelaku yang melakukan maksiat lebih-lebih lagi sebagai punca pendapatannya akan menjejaskan hubungannya dengan keluarga, tuhan, ibadah dan masyarakat.
“Dalam hadis juga ada menyebut sesungguhnya tidak akan masuk ke syurga daging yang tumbuh daripada sumber wang yang haram dan nerakalah yang layak baginya.
“Justeru itu, tindakan pelaku maksiat seperti sanggup menjadi hamba pelayan pelanggan (GRO) demi mendapatkan wang dan memuaskan nafsu harus segera dihentikan khususnya demi masa depan keluarga serta agama,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Beliau berkata, perbuatan segelintir individu seperti ini boleh merosak dan menjejaskan hubungan dengan keluarga sehingga ia berantakan serta porak-peranda.
“Ramai individu di luar sana yang dipercayai terjebak dalam perbuatan ini dan saya menasihati mereka supaya segera berubah kerana tiada keuntungan lumayan yang akan diperoleh sebaliknya penderitaan yang ditanggung,” katanya.
Hassan berkata demikian ketika diminta mengulas laporan muka depan Metro Ahad semalam mengenai sebilangan pemandu teksi yang sanggup menjadi pak turut kepada GRO di ibu kota semata-mata untuk mendapatkan pendapatan tambahan dan memuaskan nafsu.
Tugas mereka hanya perlu menghantar pergi balik GRO berkenaan ke tempat kerja dan rumah selain turut menyediakan penghantaran ke hotel tertentu jika menerima ‘langganan luar’.
Sebagai upah, pemandu teksi terbabit diberi wang ‘ekstra’ tambang teksi, tetapi selalunya mereka hanya dibayar dengan habuan seks.
Akibat jerat GRO ini, ramai pemandu teksi kehilangan pendapatan harian yang sepatutnya mereka peroleh, malah ada yang lingkup sehingga teksi ditarik balik syarikat sewaan teksi kerana gagal membayar sewa harian.

No comments:
Post a Comment