Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

13 June, 2011

Jun 13, 2011 - Ligat Di Padang , Hebat Di Ranjang !!!!!

Natasha bersama suaminya , Rhodri Giggs 
LONDON: Adik ipar Ryan Giggs - yang pernah menjalin hubungan dengan bintang Manchester United (MU) itu selama lapan tahun - mengaku menggugurkan kandungannya beberapa minggu sebelum berkahwin dengan Rhodri Giggs.
Untuk tujuan itu, Ryan didakwa memberi Natasha wang �500 (RM2,449) sebagai kos pengguguran.

Kata Natasya, Ryan tidak memberinya apa-apa pilihan ketika berdepan dengan isu kandungan luar nikah mereka

“Kata Ryan, untuk tidak memusnahkan hidup adiknya, satu-satunya jalan yang ada ialah menggugurkan kandungan saya,” katanya.

Ketika itu, kata Natasya, dia dijadualkan terbang ke Las Vegas untuk berkahwin dengan Rhodri beberapa minggu lagi.

Dalam keadaan hamil, katanya, dia tahu mustahil untuk meneruskan rancangan perkahwinan itu.


Natasya, 28, berkata melalui pengalaman pengguguran itu amat memeritkan.

“Walaupun saya mencintai Rhodri, saya juga ada perasaan terhadap Ryan,” katanya.

Natasya hamil selepas dia mengadakan hubungan seks dengan Ryan di rumah kawan pemain bola sepak itu selepas menyertai parti MU yang menewaskan Tottenham Hotspurs pada April lalu.

Natasya dan Ryan berkenalan pada 2003 - tahun sama pemain bola sepak terbabit berkahwin dengan isteri sahnya, Stacey Cook, 32.
Giggs bersama isteri , Stacey Cook

Melalui pertemuan diatur secara rahsia di beberapa hotel, mereka sering mengadakan hubungan seks sesuai dengan jadual perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris.

Skandal itu terus berjalan walaupun Natasya dan Ryan berdepan risiko kecurangan mereka diketahui pasangan masing-masing.

Ibu kepada dua anak, Natasya menggugurkan kandungannya di sebuah klinik di Stokport pada 3 Jun.

Dua minggu kemudian dia berkahwin dengan Rhodri di Las Vegas.

Antara tetamu mereka, Will Mellor, aktor Britain yang turut pernah menjalin hubungan dengan Natasya 11 tahun lalu.

Pasangan pengantin baru itu kemudian mengadakan majlis resepsi untuk meraikan ahli keluarga dan rakan masing-masing di Manchester.

Bagaimanapun, Ryan tidak dijemput ke majlis itu kerana masih menghadapi perselisihan faham dengan Rhodri.

Pada malam sama, Ryan berfoya-foya di sebuah kelab malam di London dan bertemu dengan peserta rancangan realiti Big Brother, Imogen Thomas.
Imogen - juga pnh mnjalinkan asmara dengan Giggs 

Mereka kemudian menjalin hubungan sulit. - NOTW

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...