Suami mahu fail cerai pergi selamanya
BUKIT BERUNTUNG: “Saya sukar mempercayai mayat itu suami saya,” kata Norshida Abd Rahman, 38, isteri kepada Abd Rahim Othman, 39, yang ditemui mati di dalam keretanya di kawasan letak kenderaan sebuah stesen minyak dekat sini, semalam.
Menurutnya, dia dijemput polis dari rumahnya di Apartmen Cempaka, Taman Bunga Raya kira-kira jam 12.35 tengah hari semalam bagi mengecam mayat seorang lelaki.
Katanya, dia bersama anak sulungnya, Mohd Fadzli, 16, dan anak bongsu, Fatin Amira, 5, bergegas ke lokasi kejadian.
Menurutnya, arwah yang bekerja sebagai penyelia tapak projek pembinaan di Sabah pulang ke kediaman mereka Isnin lalu untuk bercuti bersama keluarga.
Katanya, kali terakhir dia bertemu suaminya pada jam 5.50 petang Khamis lalu selepas pulang dari Sabah pada 4 April lalu.
“Suami memaklumkan dia pulang untuk bercuti dan mahu memfailkan saman permohonan cerai kami pada 18 April nanti di Mahkamah Syariah Kuala Kubu Bharu.
“Saya pelik dan hairan kerana dia enggan menjawab panggilan telefon dan membalas khidmat pesanan ringkas (SMS). Tidak sangka perselisihan faham antara kami membawa penyelesaian dengan khabar buruk ini,” katanya. Katanya, mayat suaminya ditemui dengan mulut berbuih dan tangan kebiru-biruan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi yang dihubungi mengesahkan kejadian itu.Menurutnya, polis mengklasifikasikan kejadian sebagai mati mengejut, namun masih menjalani siasatan lanjut.
“Berdasarkan siasatan, polis menolak kejadian ini ada kaitan unsur jenayah,” katanya.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) pada jam 1.30 petang semalam untuk bedah siasat

No comments:
Post a Comment