Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

21 April, 2011

Apr 21, 2011 [AKHBAR] -Hattan, bekas isteri dinasihat selesai cara baik


Hattan, bekas isteri dinasihat selesai cara baik

PETALING JAYA: Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam menetapkan 21 Jun depan bagi perbicaraan permohonan kes tuntutan mutaah dan edah pramugari, Arianie Mohd Abidin terhadap bekas suaminya yang juga penyanyi, Hattan.
Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad menetapkan tarikh itu selepas peguam syarie, Hazirah Othman yang mewakili Arianie, 39, memaklumkan pihaknya sudah menerima pembelaan defendan (Hattan) dan memfailkan jawapan sebelum perbicaraan.

“Kami sudah berbincang dengan Hattan menerusi peguam yang mewakilinya, Roshdan Sujak Rafie supaya keterangan dalam perbicaraan dilakukan secara afidavit (bertulis),” katanya. Wan Mahyuddin membenarkan perbicaraan diadakan dan menasihatkan kedua-dua pihak supaya menyelesaikan kes ini secara baik.

“Mahkamah masih berharap agar plaintif dan defendan boleh mencapai persetujuan dalam tuntutan berkenaan dan menyelesaikan kes ini secara baik kerana kes ini sudah lama difailkan, sejak 2005,” katanya.

Hattan atau nama sebenarnya, Mohd Sukri Shahbuddin, 45 dan Arianie bagaimanapun dikecualikan untuk hadir pada prosiding semalam.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 17 Disember 1996 dan hasil perkongsian hidup selama lapan tahun, pasangan itu dikurniakan seorang anak, Adam Eiman

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...