‘Ibu usah begitu’
KUALA LUMPUR: “Jangan hantar anak ke neraka dan maafkan semua perbuatan anak sebelum terlambat,” nasihat pakar motivasi, Datuk Dr Fadzillah Kamsah mengulas isu perselisihan faham antara anak dan ibu yang berlaku di Sungai Abong, Muar, baru-baru ini.
Katanya, ibu jangan kecil hati dan perlu memaafkan anak kerana syurga anak lelaki terletak di bawah tapak kaki ibu.
“Ibu jangan sesekali mendoakan yang tidak baik untuk anak kerana ia menentukan kehidupan anak di dunia dan akhirat. “Jangan biarkan anak derhaka dan menjadi ahli neraka.
“Maafkan anak jika perbuatannya menyinggung perasaan dan tarik balik setiap doa yang tidak baik pernah diucapkan,” katanya.
Dia berkata, ibu bapa perlu sedar bahawa hubungan antara mereka dan anak tidak pernah putus, walaupun mereka telah berpisah.
Justeru itu, pasangan yang sudah bercerai jangan saling memburukkan, sebaliknya bercerita mengenai kebaikan pasangan masing-masing.
“Jika pasangan terus bercerita buruk, anak akan hidup dalam keadaan tidak normal dan tertekan,” katanya.
Muka depan Harian Metro kelmarin melaporkan, pengakuan anak yang disisihkan ibunya kerana masih berhubung dengan ayah kandung (bekas suami) yang sudah lama bercerai.Difahamkan, ibunya tersinggung dengan perbuatan anak dan merasakan pengorbanannya tidak dihargai.
Fadzillah berkata, perbuatan anak lelaki yang mencari bapa kandungnya itu adalah baik dan sememangnya tugas anak menjaga kedua-dua ibu bapa.
“Ibu perlu bangga kerana mendapat anak yang soleh, ingat kepada ibu bapa dan tanggungjawabnya.
“Saya menasihatkan ibu tersebut supaya memaafkan anak lelakinya dan bekas suami serta berbaik semula.
“Maafkan orang lain, supaya orang dapat memaafkan kita dengan mudah,” katanya.
Sementara itu, penceramah bebas, Datuk Hassan Mahmud Al-Hafiz berkata, hubungan anak dan ayah tidak dapat dipisahkan sampai bila-bila.
Pada masa yang sama, hubungan dengan ibu perlu dipelihara supaya kekal menjadi anak yang soleh dan disenangi ibu bapa.
“Dalam kes ini, anak seharusnya bertindak sebagai orang tengah mendamaikan ibu bapa yang sudah berpisah dan hidup bermusuhan.
“Anak perlu menggunakan akal untuk mengeratkan kembali hubungan ibu bapa, tanpa mengguris perasaan mana-mana pihak. Gunakan bahasa dan perbuatan yang baik untuk menjaga perasaan kedua-duanya,” katanya.
Katanya, ibu bapa perlu ingat bahawa perpisahan mereka sudah ditakdirkan, tetapi jangan babitkan anak-anak dalam permusuhan mereka

No comments:
Post a Comment