Simpan rahsia elak fitnah
SAYA bakal berkahwin beberapa bulan lagi tetapi kini ada sesuatu yang mengganggu perasaan saya. Ketika di alam persekolahan, saya pernah berkenalan dengan seorang lelaki melalui laman sosial yang tidak diketahui latar belakangnya.
Saya terlalu mempercayainya sehingga pada satu hari dia meragut kesucian saya dan selepas kejadian itu, baru saya tahu lelaki berkenaan adalah duda anak dua.
Saya memintanya bertanggungjawab dan dia bersetuju mengahwini saya, namun mahu melangsungkannya di negara jiran dan saya tidak bersetuju.
Selepas itu saya tidak lagi berhubung dengannya. Adakah patut saya memberitahu bakal suami bahawa saya tidak mempunyai dara lagi? Adakah dia akan menerima saya selepas mengetahui segala-galanya? Saya bimbang dia memutuskan hubungan kami kerana saya sangat menyayanginya.
IEKA, Ipoh, Perak
Mereka yang berdosa perlu bertaubat dengan melakukan taubat nasuha dan memohon ampun kepada Allah. Jika saudari benar-benar insaf dan memohon ampun kepada Allah, serahkan diri pada Allah.
Jika dibuka rahsia, pasti menimbulkan kekecohan. Dalam hal ini sebuah hadis boleh dijadikan panduan di mana Rasulullah bersabda yang maksudnya: “Barangsiapa yang terlajak melakukan dosa ini (zina), maka hendaklah bertaubat kepada Allah jika Dia kehendaki, akan diampuni.”
Satu lagi hadis bermaksud: “Barangsiapa menutup keaiban seseorang di dunia, Allah akan menutup keaiban dirinya di dunia dan akhirat.” Usahalah menjadi wanita dan isteri solehah buat bakal suami

No comments:
Post a Comment