Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

04 April, 2011

Apr 4, 2011 [AKHBAR] - SOSEH SOSEH: Sogok wang tutup rahsia

SOSEH SOSEH: Sogok wang tutup rahsia


ENTAH berapa kali SS mendengar keluhan wanita muda dan janda berhubung perangai buruk pelawak veteran dikenali ini.
Dia masih tidak serik-serik mengulangi perkara tidak bermoral dengan mengambil kesempatan terhadap golo�ngan wanita.
Minggu lalu, SS terbaca seorang remaja wanita belasan tahun membuat laporan polis kerana dicabul dan disogok wang oleh pelawak terbabit supaya rahsianya tidak terbong�kar.

Sebelum itu, pelawak terbabit dikatakan turut menyogok se�orang janda berusia lewat 20-an dan mengajaknya membuat ‘projek’.Tanpa rasa bersalah atau malu, dia menawarkan wang ringgit agar kemahuannya dituruti. Dia dikatakan sanggup menempah bilik dan memberi ratusan ringgit asalkan hajat tercapai.
Wanita terbabit, salah se�orang pekerja pelawak terbabit yang tidak tahan perangainya, terus angkat kaki meninggalkan tempat kerjanya.

SS difahamkan, bukan seorang dua cuba dibayar melakukan perkara terlarang bersamanya tetapi lebih empat wanita pernah disogok perkara sama.

Kelmarin, pelawak veteran berkenaan membuat penafian dalam sebuah akhbar lain dia tidak terbabit dalam kes mencabul wanita.

SS harap pelawak veteran terbabit supaya berfikir dua kali dan insaf dengan tindakannya. SS terkejut mana nilai dirinya sebagai seorang yang matang dan berpe�ngalaman dalam bidang seni lakonan.

Sikap suka pucuk muda bukan saja merosakkan diri serta dipandang hina, malah menghakis rasa hormat masyarakat pernah menyanjungnya.

Pada usia sudah mencecah lebih 60 tahun, dia sepatutnya bersikap matang, mengawal nafsu dan mampu membimbing wanita ke arah kebaikan, bukan mengambil kesempatan!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...