Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

06 April, 2011

Apr 6, 2011 [AKHBAR] -Operator kilang maut ditetak

Operator kilang maut ditetak
PADANG SERAI - Seorang lelaki berusia 20an yang bekerja sebagai operator kilang, putus tangan kanan kerana ditetak oleh beberapa lelaki yang dikenalinya. Kejadian berlaku ketika mangsa dan beberapa rakan sekerjanya berada di rumah.

Dalam kejadian jam 4.30 petang kelmarin, mangsa yang tinggal di sebuah rumah teres di Taman Ria telah didatangi suspek sebelum berlaku pergaduhan.

Ketua Polis Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, kejadian berlaku di bilik hadapan rumah mangsa. Mangsa yang berlumuran darah kemudiannya cuba melarikan diri tetapi rebah di hadapan rumah sebelum menerima bantuan kecemasan daripada kakitangan ambulans.

“Mangsa cedera parah dan putus tangan kanan. Selain itu mangsa juga ditetak di bahagian belakang badan dipercayai dengan menggunakan senjata tajam.

“Mangsa kemudiannya dikejarkan ke unit kecemasan hospital untuk mendapatkan rawatan. Dia yang kehilangan banyak darah disahkan meninggal dunia kira-kira jam 8 malam,” katanya kepada Sinar Harian.

Polis kemudiannya memburu suspek di sekitar tempat kejadian dan berjaya menahan dua lelaki berusia 20an dan mereka kemudiannya di bawa ke balai polis Padang Serai kira-kira jam 9 malam.

Dari siasatan awal mendapati motif pembunuhan itu hanya disebabkan seorang wanita. Kes terbabit akan disiasat mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...