Hubungan hambar
SAYA isteri berumur 30 tahun dan suami pula 42 tahun. Kami berkahwin enam tahun dan belum ada anak. Kitaran haid saya tidak tetap iaitu antara 30 hingga 40 hari, manakala suami pula perokok tegar.
Pada awal perkahwinan, hubungan seks kami berjalan seperti biasa iaitu tiga hingga empat kali seminggu. Namun, masuk tahun ketiga hubungan seks berkurang kepada seminggu sekali hinggalah tahun keenam dan akhirnya sebulan sekali.
Hubungan seks yang hambar membuatkan saya terfikir ia mungkin menjadi sebab mengapa kami belum mendapat zuriat.
Saya pernah menyarankan suami melakukan ujian kesuburan air mani tetapi reaksi yang diterima menghiris hati saya. Saya akui kitaran haid saya tidak tetap dan kerap mengalami senggugut ketika datang haid.
Sebelum ini saya tidak pernah mendapatkan rawatan moden dan hanya berurut serta meminum akar kayu. Sampai satu tahap saya menjalankan ujian kesuburan melalui darah.Begitupun, sehingga kini saya belum mampu mengandung. Dapatkah doktor membantu saya?
ISTERI RUNSING
Anda dan pasangan berkahwin pada abad serba moden tetapi anda masih mempunyai sikap dan minda lama.
Dalam masalah anda, suami mengelak apabila isu kesuburan diketengahkan dan dia juga enggan menjalani pemeriksaan. Bagaimanapun, jika anda saja yang menjalani pemeriksaan kesuburan ia tidak memberi apa-apa manfaat.
Apabila kekerapan hubungan kelamin kurang, kadar pencapaian kehamilan juga kurang, lebih-lebih lagi jika umur semakin meningkat.
Memandangkan tahap kesuburan warga Malaysia (Total Fertility Rate) menurun daripada 3.1 (Kadar TFR 2003 ) kepada 2.67 (Kadar TFR 2011), kadar ini akan menjunam jika banyak pasangan berkahwin berlengah-lengah mendapatkan cahaya mata atau mendapat rawatan.
Saya syorkan anda dan pasangan berjumpa doktor di mana-mana pusat kesuburan atau Jabatan Sakit Puan di klinik dan hospital kerajaan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan kesuburan.
Mencuba menggunakan ubat ‘subur’ untuk wanita tanpa pemeriksaan asas bukan cara bijak. Sebenarnya pemeriksaan kesuburan komprehensif membabitkan ujian air mani si suami, ujian penentuan pengeluaran telur untuk isteri melalui ujian hormon progesterone dan ujian kepastian keadaan rahim dan salur telur isteri melalui x-ray yang dikenali sebagai HSG atau pembedahan kecil laparoskopi.

No comments:
Post a Comment