Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

08 April, 2011

Apr 8, 2011 [AKHBAR] - SMS lucah suami

SMS lucah suami

SAYA pernah terbaca mesej lucah yang dihantar suami kepada seorang perempuan dan sejak itu kami sering bergaduh, malah saya mula tidak mempercayainya.
Lebih menyedihkan, sebelum ini saya pernah menjumpai resit hotel dalam dompetnya. Apabila ditanya, dia mengatakan wanita itu hanya kenalan lamanya tetapi hati saya sangat terluka. Namun demi anak, saya bertahan. Saya kini buntu dan tidak tahu jalan penyelesaiannya.
ISTERI TERANIAYA
Gombak



Sebaik-baik jalan penyelesaian ialah komunikasi dari hati ke hati dengan suami. Memendam rasa tidak menyelesaikan masalah, bahkan hanya membuatkan hati berasa lebih sakit.Cari masa untuk bercakap dan meluahkan perasaan marah, terluka, buntu dan teraniaya.

Jika suami membuat pengakuan, lapangkan jiwa untuk memaafkannya. Ada kalanya suami berasa takut untuk mengaku kesalahan dilakukan kerana bimbang tidak dimaafkan.

Untuk kebaikan anak, puan perlu bercakap dengan suami supaya dia boleh menjadi pemimpin yang baik untuk dicontohi anak. Demi agama, puan perlu membawa kembali suami ke jalan benar jika dia tersasar

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...