Dua bebas tuduhan bunuh pemimpin MCA
ALOR SETAR - Dua pemuda dibebaskan Mahkamah Tinggi di sini, pagi semalam, atas tuduhan membunuh Naib Pengerusi Pemuda MCA Padang Serai, Ching Eng Wah, empat tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Zakiah Kassim membuat keputusan itu terhadap Abdul Nirwan Abdul Aziz, 31, Mohammad Zalmizi Nasir, 28, tanpa perlu dipanggil membela diri setelah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.
Dalam penghakimannya, Zakiah berkata, pihak pendakwaan gagal memanggil dua saksi penting yang benar-benar melihat pembunuh serta pistol dijadikan barang kes tidak berfungsi.
Eng Wah, 43, ditembak di kepala ketika memberhentikan keretanya di persimpangan lampu isyarat Jalan Lunas/Padang Serai semasa dalam perjalanan pulang selepas sarapan bersama isterinya, Low Mui Keow pada 17 Ogos 2007.:
Menurut fakta kes, Abdul Nirwan dan Mohamad Zalmizi secara bersama dituduh membunuh hingga menyebabkan kematian Eng Wah dengan melepaskan tembakan menggunakan sepucuk pistol di persimpangan itu kira-kira 8.50 pagi.
Mereka dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, iaitu hukuman mandatori gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
“Dalam kes ini, pistol ditemui di rumah seorang saksi berkarat menyebabkan tembakan ujian tidak dapat dijalankan, manakala isteri mangsa tidak melihat jelas (wajah) pembunuh.
“Walaupun isteri mangsa dapat mengecam pembunuh melalui kawat cam, namun ia hanya atas rasa syak yang kuat dan tidak boleh dijadikan ketera-ngan atau bukti di mahkamah,” katanya.
Mereka diwakili peguam, Noran Singh dan Ai Cha Ran, manakala Timbalan Pendakwa Raya, Ana Rozana Mohd Nor mengendalikan kes.

No comments:
Post a Comment