Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

11 April, 2011

Apr 11, 2011 [AKHBAR] - Miera Liyana : Beri saya peluang kedua


Beri saya peluang kedua




MIERA mahu hati-hati dalam pemakaian selepas peristiwa hitam yang mencalarkan namanya.



SUSUK tubuh pelakon berusia 18 tahun ini paling banyak diperkatakan sejak hujung bulan lalu. Melibatkan aksi ‘‘berani mati’’ di sebuah majlis keramaian di ibu kota. Dia dengan bangganya menayangkan bahagian paling ketara bahagian dada di hadapan umum.
Peristiwa tersebut mencalarkan nama Miera Leyana. Meski pun dia mengakui bahawa perkara tersebut berlaku di luar kawalan. Tapi sampai sekarang, nampaknya masih ada yang tidak mempercayai kebenaran cerita yang diterangkan.
Natijahnya, dia dilabel sebagai wanita murahan. Tak padan dengan usianya yang masih hijau. Baru tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu tapi sudah pandai buat hal.
Perbuatan Miera yang sengaja merendahkan akhlak dan maruah telah memakan diri sendiri. Tambahan pula kenyataan yang diberikan iaitu ‘‘Nampak sikit saja. Pilih baju ini sebab nak nampak kelainan” dianggap keterlaluan.
Alasan yang dikeluarkan Miera itu tak sepadan dengan ‘pelanggaran susila’ yang dilakukan. Nampak sangat dirinya seolah-olah tidak ada perasaan. Ini menambah kebencian segelintir pihak terhadapnya.
‘‘Saya sudah menerima hukuman atas peristiwa tersebut. Ia berlaku di luar sedar saya. Apabila gaun cantik yang saya pakai tiba-tiba bertukar menjadi mala petaka.
‘‘Salah saya juga sebab saya tak membuat persiapan. Tak membuat proses suai padan baju dengan pereka (Wan Huzairil) sebelum majlis tersebut berlangsung.
‘‘Pada mulanya, memang saya rasa kurang selesa bila gaun itu terdedah di bahagian dada. Sebab itu, saya letak kerongsang di bahagian depan. Tak sangka pula bahagian tepi pula terdedah.
‘‘Sungguh, kalau saya sedar sudah lama saya betulkan pakaian. Tak akan saya dedahkan bahagian dada saya kepada semua hadirin, ’’ hujah Miera menyentuh soal pakaian yang mendedahkan dada pada majlis berkenaan.
Anak kedua dari tiga beradik ini juga merujuk penjelasan yang dikeluarkan berdasarkan pandangan aras mata di bahagian hadapan. Dia beranggapan hanya lurah dada saja kelihatan dan bukan di bahagian tepi.
Tambahan pula, tiada seorang pun yang menegur tentang kekhilafan itu. Cuma disedari selepas keluar cerita buruk itu di dada akhbar dan dunia maya sehari selepas itu.
Sebagai anak yang masih di bawah umur, Miera dihujani persoalan demi persoalan. Malah ada yang menuntut dia meminta maaf daripada bapa, Datuk Seri Kasmi Arsat dan ibu, Datin Seri Aishah Abdullah.
‘‘Kepada Papa dan Mama, saya sudah jelaskan dan mereka memahaminya.
‘‘Tapi bagi diri sendiri pula, ia ternyata sukar. Saya tak tahu macam mana nak berdepan dengan semua orang ketika itu. Tertekan sebab publisiti murahan memakan jiwa sedikit demi sedikit.
‘‘Bila saya keluar rumah, ada sekumpulan remaja menjerit cakap yang bukan-bukan ke arah saya. Sakit hati saya sebab cara mereka memandang dan melabel itu macam saya ini buat kesalahan besar,’’ cerita Miera menyelak kenangan selepas peristiwa itu.
Pelakon wanita utama bagi drama bersiri dalam talian berjudul Luna Fantasiku ini juga mengeluh apabila kekhilafan dirinya menjadi modal bualan. Apabila ada yang mengangkat isu berkenaan dalam bentuk sindiran di ruangan kartun.
‘‘Saya bukan simbol seks. Tak seksi. Bukan juga bahan daya penarik kepada isu lucah. Saya terima apa saja pandangan masyarakat. Tapi janganlah keterlaluan,’’ pinta Miera.
Ditanya resipi yang digunakan untuk melenyapkan peristiwa gelap tersebut, anak kelahiran Johor Bharu, Johor ini tersenyum pahit.
Jujurnya ketika ini apa yang mampu dilakukan adalah bersabar. Seperti seorang pesalah, menanti hukuman berakhir. Biarpun terpaksa melalui tempoh penderitaan yang agak panjang.
Salam maaf tak laku?
Pelakon berbintang Virgo ini juga menyatakan kerisauan tentang kesan sampingan selepas peristiwa tersebut berlaku. Terutama melibatkan soal karier lakonannya yang baru bermula.
Tambahan pula masyarakat cukup sensitif dengan perlakuan artis. Cara pemakaian turut diambil kira. Itu antara intipati yang menyebabkan seseorang itu cepat popular atau sebaliknya.
‘‘Saya tahu seorang artis perlu didokong oleh peminat. Sebab itu, saya berfikiran terbuka. Sampai bila saya perlu sembunyikan diri. Lari dari masalah. Lantaran itu, saya berani membuat kenyataan kepada khalayak.
‘‘ Saya memohon kemaafan kerana kedaifan saya,’’ ujarnya.
Ditanya adakah salam kemaafan yang dihulurkan itu ‘tak laku’, Miera berkata, dia tak terdaya untuk memuaskan hati semua pihak. Apa yang termampu dilakukan adalah menyatakan rasa kekesalan atas perkara yang terjadi.
Serius dalam lakonan
MENYENTUH topik bakat tersendiri, Miera menjelaskan betapa dia cukup meminati bidang lakonan. Biarpun usia pembabitannya baru mencecah empat tahun, namun cita-citanya tinggi.
Katanya, dia mahu membawa bakatnya itu seperti pelakon Michelle Yeoh.
‘‘Saya bukan angan-angan mat jenin di sini. Saya punya wawasan sendiri sewaktu melangkah menjadi anak seni. Saya tak mahu ada jurang yang boleh menyebabkan seseorang itu tak boleh melangkah keluar negara.
‘‘Mengambil contoh juga model Amber Chia. Dia juga berjaya disebabkan impiannya. Sebab itu, saya mahu serius dalam bidang seni ini. Mahu buktikan kepada semua bahawa saya juga mampu,’’ katanya bersungguh-sungguh.
Tak minat
mencari kekasih
Jiwa mudanya juga menolak istilah berkasih pada saat ini. Alasannya, dia tak mahu ada perkara yang boleh memberatkan mindanya untuk terus berfikir selain urusan kerja.
Baginya, biarlah perkara itu berlaku secara semulajadi. Tanpa sebarang sebab atau paksaan yang menyesakkan. Tambahan pula, Miera terlalu muda untuk berbicara lanjut mengenai persoalan berkenaan.
‘‘Memang saya ada kriteria lelaki idaman seperti ketinggian dan susuk tubuh tertentu. Tapi apalah sangat dengan fizikal seseorang itu berbanding kejujuran. Justeru saya tak memilih. Biarlah kalau ada jodoh, pasti saya bertemu dengan lelaki sesuai,’’ katanya menyungging senyum.
Pada masa yang sama, pelakon drama Kasih Yang Suci ini meluahkan rasa gembira dengan keputusan SPM yang diterimanya baru-baru ini.
‘‘Saya minta maaf sebab terpaksa merahsiakan keputusan tersebut. Cukuplah saya cakap bahawa keputusan tersebut mencapai sasaran dan boleh melayakkan saya untuk menyambung pengajian dalam jurusan undang-undang.
‘‘Cuma buat masa sekarang saya masih belum membuat keputusan yang muktamad lagi sama ada mahu sambung belajar ataupun tidak pada tahun ini,’’ katanya berterus terang.
Bagaimanapun, Miera berhajat untuk memenuhi minatnya dalam bidang lakonan sebelum memikirkan urusan mengejar segulung ijazah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...