Hormati hak peribadi jiran
KUALA LUMPUR: Sikap saling menghormati perlu dijadikan amalan dalam kehidupan seharian di kalangan anggota masyarakat kerana ia mampu membendung pertengkaran, sekali gus perbuatan jenayah yang tercetus akibat rasa tidak puas hati.
Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, kejadian membabitkan kes bunuh akibat perbuatan tidak tahu menghormati hak orang lain terutama soal peribadi adalah sesuatu yang tragik dan menyedihkan.
Beliau berkata, perkara seumpama itu tidak sepatutnya berlaku dalam masyarakat yang harmoni dan saling menghormati serta mudah dielak sekiranya seseorang itu tidak sewenangnya melakukan perkara sesuatu tanpa mengambil kira perasaan orang lain.
“Masyarakat perlu mengamalkan sikap saling menghormati antara satu sama lain selain menghayati, memahami dan menghargai kehidupan harmoni, maka kejadian seperti membunuh kerana marah haknya diceroboh tentu sekali dapat dielakkan,” katanya.
Muka depan Harian Metro semalam melaporkan tindakan seorang lelaki merakam aksi hubungan seks jirannya dengan telefon bimbit dan menunjukkannya kepada anak pasangan terbabit serta jiran membawa padah apabila dia ditikam lapan kali hingga menemui ajal.
Lee yang juga Ahli Pemegang Amanah 1Malaysia berkata, jiran perlu mempunyai rasa bertanggungjawab menjaga hubungan baik dan tidak perlu terbabit dalam hal peribadi rumah tangga orang lain terutama membabitkan perkara peribadi hingga mencetuskan perkelahian.
Katanya, dalam masyarakat bertamadun hari ini, adalah tidak wajar seseorang jiran merakam perlakuan peribadi jirannya yang mampu menjatuhkan air muka dan disebarkan hingga mendatangkan rasa malu dan amarah.
Beliau menyarankan persatuan penduduk, Rukun Tetangga dan badan sukarela menjalankan program menanam rasa saling menghormati di kalangan anggota masyarakat supaya kejadian seumpama itu dapat dielakkan daripada berulang.“Jiran juga tidak sepatutnya bersikap ‘nakal’ dengan melakukan perbuatan tidak bermoral kerana akibatnya dia juga yang menanggung malapetaka,” katanya.
Kejadian itu berlaku kira-kira jam 7.30 malam Selasa lalu di Kampung Bukit, Jalan Batu 2 1/2, membabitkan mangsa dikenali sebagai La Kampo, 47, mati dalam keadaan ngeri akibat enam tikaman di perut serta dua di lengan.
Difahamkan, pada kira-kira jam 12 tengah hari sebelum kejadian, La lalu di tepi rumah suspek berusia 44 tahun dan ternampak dia melakukan hubungan seks dengan isterinya.

No comments:
Post a Comment