Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

21 April, 2011

Apr 21, 2011 [AKHBAR] -UUM rayu kali keenam rebat cukai tanah

UUM rayu kali keenam rebat cukai tanah

Permohon dihantar kepada MB

SINTOK: Universiti Utara Malaysia (UUM) semalam sekali lagi mengemukakan rayuan kepada kerajaan PAS Kedah, iaitu kali keenam bagi mendapatkan rebat cukai tanah yang dikenakan ke atas institusi itu.
Ini berikutan lima permohonan mereka sebelum ini yang dibuat sejak 2009 hingga tahun lalu tidak mendapat maklum balas yang baik daripada kerajaan negeri, termasuk selepas pertemuan Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak dengan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada 25 Julai tahun laluPada 2009, dua surat rayuan dihantar oleh UUM, iaitu pada 29 April kepada Pengarah Tanah dan Galian negeri dan pada 10 Jun secara terus kepada Menteri Besar, namun jawapan diterima adalah kerajaan negeri tidak dapat meluluskannya.
Tiga lagi surat rayuan dihantar tahun lalu iaitu kepada Menteri Besar pada 25 Julai, Pentadbir Tanah Kubang Pasu pada 19 September dan 22 Disember, namun tiada maklum balas diterima daripada pihak berkaitan.

Sehubungan itu, Mohamed Mustafa berkata, satu lagi surat rayuan sudah dikemukakan petang semalam terus kepada Menteri Besar dan berharap agar ia mendapat maklum balas yang positif daripada kerajaan negeri.

Katanya, UUM akan tetap membayar cukai itu jika tidak diberi rebat oleh kerajaan negeri kerana tidak mahu dikenakan tindakan, namun dalam masa sama mereka tidak akan jemu merayu bagi mendapatkan rebat berkenaan.
“Saya harap kerajaan negeri menerima rayuan kita kerana saya membandingkan nilai tanah di UUM ini jauh lebih rendah, berbanding nilai tanah sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang terletak di Gombak, Selangor, namun mereka hanya membayar RM300,000 setahun. Adakah nilai tanah di Sintok lebih tinggi berbanding Gombak.

“Di antara 2006 hingga 2008 kita hanya membayar RM100,000 setahun kepada kerajaan negeri dan mengapa hari ini tidak boleh sedangkan kita (UUM) masih di negeri sama dan yang berubah cuma kerajaan yang memerintah.

“Kerajaan negeri juga bercakap soal prihatin kepada semua pihak di negeri ini dan saya berharap berasaskan itu janganlah hal ini diabaikan kerana ia membabitkan kepentingan dunia pendidikan dan masa depan pelajar," katanya di sini, semalam.

Sementara itu, Mohamed Mustafa juga meminta agar satu tindakan lebih berkesan diambil bagi menyelesaikan isu bekalan air di UUM yang berlarutan sejak lama.
“UUM boleh mohon supaya Kerajaan Pusat meningkatkan infrastruktur, namun jika bekalan air tidak cukup apa gunanya. Saya harap cari jalan penyelesaian sebaiknya dan tidak menyalahkan orang lain dalam hal ini.

“Saya juga berharap agar pegawai kerajaan negeri datang sendiri dan lihat situasi sebenar di sini. Jangan pandang dari jauh dan buat kesimpulan sendiri. Pada saya, isu ini bukan politik kerana yang penting bagi saya adalah UUM sebagai sebuah institusi pendidikan terkenal negara ini. Jika orang lain mahu mempolitikkannya, saya tiada kuasa menghalang,” katanya.

Semalam, akhbar ini memetik Azizan sebagai berkata, kerajaan negeri kekal dengan keputusan mengenakan cukai tanah sebanyak RM1.743 juta setahun kepada UUM selepas tempoh rebat selama dua tahun tamat pada 2009

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...