Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

20 April, 2011

Apr 20, 2011 [AKHBAR] - Raja Azmi beri keterangan kes khalwat

Raja Azmi beri keterangan kes khalwat


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: Produser, Raja Azmi Raja Sulaiman, 51, dipanggil memberi keterangan berhubung siasatan kes khalwatnya dengan pemain badminton negara, Roslin Hashim di Pejabat Hal Ehwal Siasatan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sini, semalam.
Penerbit filem ...Dalam Botol itu tiba jam 10.45 pagi ditemani suaminya, Jalani Sidek dan peguam syarie Roslizam Rahi memberi keterangan kira-kira dua jam di hadapan pegawai penyiasat bertugas.

Roslizam ketika dihubungi memberitahu, anak guamnya dipanggil memberi keterangan mengikut Seksyen 58 subseksyen 1 Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 560) yang turut disabit dengan laporan kesalahan berkhalwat tanpa tangkapan.

Pada 18 Ogos tahun lalu, Harian Metro melaporkan bekas isteri Roslin, Nurhayati Othman, 38, ketika memberi keterangan di Mahkamah Rendah Syariah, mendedahkan perceraian mereka berlaku selepas dia mendakwa suaminya bersama penerbit filem, Raja Azmi di sebuah bilik hotel di Jalan Ampang di sini, pada 7 Ogos tahun lalu. Dia mendakwa mendapat tahu Roslin dan Raja Azmi ke Hotel Corus dan mendaftar masuk di bilik 533 di atas nama Raja Azmi. Dia bersama ibu dan dua adiknya ke tingkat lima hotel itu dan menunggu suami Raja Azmi, Jalani Sidek untuk bersama-sama ke bilik 533 di tingkat tiga hotel itu. Sementara itu, Raja Azmi ketika dihubungi semalam berkata, esok Jawi akan memanggil suaminya dan Roslin untuk memberi keterangan. Dia berkata, Jailani akan memberi keterangan jam 10 pagi manakala Roslin jam 11.30 pagi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...