Selaraskan fikiran dan suasana agar seks lebih bermakna
Apa juga yang dilakukan perlukan perancangan dan strategi. Cara ini barulah apa yang diidamkan mendapat hasil yang memuaskan. Demikian jugalah halnya dengan seks. Setiap pasangan suami isteri perlu mengatur strateginya tersendiri sebelum ''beraksi'' dan bukannya main belasah saja. Sebelum melakukan hubungan intim, paling tidak ada dua perkara penting yang harus dipersiapkan, iaitu fikiran dan suasana. Vanessa Burton, terapi seks dan perkahwinan menyatakan, kepuasan seks sebahagian besar datangnya dari fikiran. Sebab itu adalah sangat penting untuk menyelaraskan fikiran sebelum melakukan aktiviti seksual untuk mendapatkan kepuasan. Masalahnya, bagaimana cara mengatur fikiran selaras dengan aktiviti seks?
Ini tip yang perlu anda lakukan:-
Lepaskan halangan
Sejak daripada dulu masyarakat kita tidak biasa mengekspresikan banyak perkara berkaitan seks. Perkara ini jugalah yang membuat ramai pasangan suami isteri mengalami gangguan dalam kehidupan seks. Mereka tidak dapat mengekspresikan keperluan atau fantasi seks walau kepada pasangan sendiri. Padahal kehebatan seks akan tercapai bersama pasangan adalah bila masingmasing dapat menjayakan fantasi seks yang diingini. Justeru halangan ini perlu anda buang dari fikiran. Luahkan keinginan anda pada pasangan. Ingatlah bahawa anda hanya berdua saja dengan pasangan di dalam kamar. Oleh itu tidak ada alasan bagi anda untuk menyatakan apa saja kepadanya.
Mood romantis
Ketika mahu melakukan seks, mood yang diperlukan adalah yang bersifat romantis. Oleh itu anda perlu mencipta suasana romantis seperti kamar yang kemas dan berbau harum, pakaian yang seksi atau apa saja yang boleh mempengaruhi kejayaan aktiviti seks anda dan pasangan. Boleh juga mencipta suasana romantis ini dengan menonton filem cinta, memutarkan muzik perlahan yang sentimental selain penggunaan cahaya yang samar di dalam bilik agar dapat menambah ghairah untuk berhubungan intim.
Kucupan hangat
Tiada apa yang lebih membangkitkan ghairah dibandingkan ciuman mesra yang sensual dan lama, terutama untuk wanita. Kucupan merupakan ekspresi keintiman dan hasrat yang boleh dilakukan bila-bila dan di mana saja. Tetapi ciuman yang hangat untuk membangkitkan suasana romantis perlu dipelajari, baik oleh suami mahupun pasangan. Terlebih dahulu anda mungkin boleh melakukan ciuman pada wajah pasangan sebelum beralih ke dahi, pipi, hidung dan perlahan-lahan menuju bibir, leher dan anggota tubuh yang lainnya.
Saling menggoda
Ketika suasana romantis sudah terbentuk dalam fikiran, inilah masa yang paling tepat untuk saling menyentuh. Sentuhan-sentuhan menggoda dapat dilakukan semasa melakukan pemanasan. Sebenarnya sentuhan dan pemanasan memainkan peranan besar untuk mendorong seseorang melakukan hubungan seks. Oleh itu jangan sekali-sekali melakukan hubungan intim tanpa acara pemanasan yang memadai. Pemanasan adalah masa transisi fikiran, dari hal-hal sehari-hari dan rutin ke dalam dunia seksual. Selain itu, bisikan kata-kata yang menggambarkan fantasi anda di telinga pasangan juga akan membangkitkan ghairah anda berdua. Semakin baik teknik pemanasan anda, semakin sempurna hubungan intim anda dengan pasangan.
Jaga kecergasan
Punya hasrat dan mood untuk hubungan intim saja tidak mencukupi jika tubuh anda tidak larat untuk melakukannya. Justeru, anda dan pasangan harus punya tenaga dan kesihatan yang baik. Sememangnya ada pasangan yang berpenyakit mampu melakukan hubungan seks malah punya ramai anak tapi bagaimana pula tahap kepuasan yang diperoleh oleh diri atau pasangan tersebut? Oleh itu anda harus menjaga pemakanan selain bersenam untuk mendapatkan kesihatan dan tenaga yang mantap. Anda sudah tentu tidak mahu persiapan yang diatur untuk melakukan seks akhirnya terbantut kerana tidak punya kudrat yang mencukupi!
No comments:
Post a Comment