Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

04 April, 2011

Apr 4, 2011 [AKHBAR] - SOSEH SOSEH: Tak tahan tinggal sendiri

SOSEH SOSEH: Tak tahan tinggal sendiri

DARI segi luaran, memang kita nampak artis wanita ini memiliki segala-gala dalam hidupnya. Bukan saja hidup dilimpahi wang ringgit, harta dan kemewahan, malah dia juga dikurniakan suami daripada golongan berada juga. Malah, ramai yang tertipu melihat kemesraannya dan suami bila di khalayak ramai.
Hakikatnya itu semua pura-pura. Ramai yang tidak tahu, hidup artis cantik ini sunyi tanpa kasih sayang dan belaian suami. Kesunyian hidupnya makin bertambah kerana rumah tangganya juga sunyi tanpa kehadiran cahaya mata.
Kata artis wanita itu kepada rakan SS, suaminya jarang berada di rumah kerana sibuk bekerja siang dan malam tanpa memikirkan si isteri yang setia menanti kepula�ngannya di rumah, saban hari.

Bagi menghilangkan kesu�nyian, kata artis wanita itu lagi, dia pun berjinak-jinaklah dalam bidang teater. Selain mengisi masa terluang, dia juga memang minat berlakon. Sekurang-kurangnya minat dalam bidang teater itu mampu mengisi kekosongan hidupnya.


Namun, setakat manalah kesabaran seorang isteri yang masih muda jelita sepertinya? Sedangkan si suami pula masih tidak berubah sikap buruknya yang mementing�kan diri sendiri dan hanya membiarkan artis wanita itu menderita sendirian.Khabar terbaru yang disampaikan rakan SS lagi, artis wanita itu memberitahu rumah tangganya tidak mampu diselamatkan lagi. Malah, dia bercadang untuk membawa kes rumah tangganya ke mahkamah syariah dan meminta cerai daripada suaminya itu.

Apapun, SS berharap artis wanita itu dan suaminya mempertimbangkan semula untuk bercerai. Carilah jalan penyelesaian yang terbaik untuk menyelamatkan rumah tangga mereka itu.

Kalau sudah berdoa dan berusaha tapi masih tidak boleh menyelamatkan rumah tangga, mungkin perpisahan jalan terbaik buat mereka berdua.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...