Baru Kahwin, Kris Dayanti Sudah Mengandung 4 Bulan.
Bukan satu perkara yang memeranjatkan apabila berita Kris Dayanti sudah mengandung 4 bulan tersebar di negara seberang, termasuk Malaysia. Menurut bekas isteri Raul Lemos, sebelum bernikah lagi mereka berdua memang duduk bersama. Malah, kalau di Timor Leste pun, tinggal bersama. Jadi, memang masuk akal kalau Kris Dayanti hamil.Kris Dayanti, mengakui bahawa dirinya sedang mengandung 4 bulan walaupun baru sahaja bernikah dengan Raul Lemos 20 Mac lalu. Enggan memanjangkan isu ini, Kris Dayanti menerima ketentuan ini dengan hati yang terbuka.
“Kehamilan ini sudah terjadi. Kalau apa yang diberikan Allah ini tidak saya akui, nanti timbul pula cerita yang tidak betul. Kononnya, saya gugurkan anak,” katanya.
No comments:
Post a Comment