Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

13 April, 2011

Apr 13, 2011 [PIC] - MAN UTD (2) - CHELSEA (1)

The RED devils in the last 4 of Champions League  !!!!! Harapan utk merangkul 3 piala terbuka luas untuk Manchester Utd . 

Manchester Utd berada di depan pada penghujung separuh masa pertama apabila Chicarito -Javier Hernandez menyudahkan umpanan cantik Ryan Giggs pada minit ke 43. Terdahulu Chicarito juga menanduk masuk cantik bola ke gawang Chelsea hasil hantaran Wayne Rooney , tapi tidak dikira kerana berkedudukan offside.

Bermula separuh masa kedua, chelsea mengeluarkan Fernando Torres dan memasukkan Didier Drogba
dalam usaha mencari 2 gol . Bagaimanapun usaha itu terbantut apabila pemain tengah chelsea - Ramires mendapat kad kuning kedua dan diarahkan keluar padang kerana menjatuhkan Nani pada minit ke 69.

Selang 8 minit kemudian , minit ke 77 hasil kesilapan pemain MU , Didier Drogba berjaya menewaskan Van De Sar dari jarak dekat untuk menyamakan kedudukan  1-1. Sebaik saja sepak mula , selepas gol penyamaan chelsea tersebut , Park Ji Sung berjaya melepaskan rembatan kencang menewas kan Peter Cech untuk gol kemenangan Manchester Utd .

GLORY...GLORY ....GLORY MANCHESTER UNITED - kelab yang saya sokong sejak 29thn yang lalu ....bermula dari saya tingkatan 1.







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...