Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

26 April, 2011

Apr 26, 2011 [AKHBAR] - Air Mani Anwar ??????


Misteri air mani lelaki ‘Y’ terjawab

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, semalam, diberitahu air mani yang ditemui di dalam dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah sepadan dengan dengan profil DNA milik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden dalam hujahnya di akhir kes pendakwaan berkata, ia disahkan melalui perbandingan tiga sampel dari berus gigi, tuala Good Morning dan botol air mineral yang diambil dari lokap tempat Anwar ditahan pada 17 Julai 2008. “Kesimpulan ini dibuat berdasarkan analisis DNA yang dilakukan ahli kimia, Nor Aidora Saedon terhadap sampel diambil dari bilik lokap yang diguna secara tunggal hanya oleh Anwar saja serta sampel yang diambil oleh Dr Seah Lay Hong dari Mohd Saiful Bukhari.

“Melalui perbandingan itu ia mengesahkan penyumbang yang dikenali dan diletakkan sebagai ‘lelaki Y’ adalah Anwar. Ini secara jelas menunjukkan wujud kes prima facie oleh pihak pendakwaan,” katanya.

Mohamed Yusof berhujah, keterangan tiga pakar Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Mohd Razali Ibrahim, Dr Siew Sheue Feng dan Dr Khairul Nizam Hassan, mengesahkan bahawa berlaku kemasukan zakar seperti yang didakwa Mohd Saiful dan melalui calitan yang diambil daripada duburnya.

”Pihak pendakwaan sudah mengemukakan semua bukti dan ia mencukupi untuk menunjukkan bahawa terdapat kemasukan dalam dubur Mohd Saiful. Ini membolehkan tertuduh dipanggil membela diri, dan jika dia memilih untuk mendiamkan diri maka perlu disabitkan atas kesalahan seperti yang didakwa ke atasnya,” katanya.

Sementara itu berhubung kredibiliti Mohd Saiful sebagai saksi utama kes ini, Mohd Yusof berhujah bahawa kegagalan lelaki itu tidak melarikan diri atau membuat laporan polis selepas kejadian liwat berlaku, tidak bermakna kejadian liwat itu tidak berlaku.


“Terdapat beberapa penjelasan berhubung perkara itu iaitu Mohd Saiful mungkin berasa takut dan rasa hormat yang tinggi terhadap Anwar memandangkan beliau diberi layanan istimewa antaranya diberi bilik khas walaupun baru bekerja selama dua bulan malah diberi hadiah seperti seluar yang dipakai ketika kejadian.

“Berdasarkan kepada fakta dan situasi itu, kegagalan mangsa melarikan diri atau mengadu mengenai kejadian berkenaan adalah difahami dan ia tidak menjejaskan kredibiliti sehingga menyebabkan keterangan beliau tidak boleh diterima,” katanya.Mohd Yusof berkata, keterangan Mohd Saiful konsisten dan terdapat rentetan cerita lengkap yang diberikan daripada awal pertemuan pertama sehingga kejadian liwat didakwa berlaku.

Terdahulu dalam prosiding itu, Karpal Singh dalam hujahnya mendakwa Mohd Saiful Bukhari tidak konsisten dalam memberi keterangan malah patut dikenakan tuduhan berbohong apabila mendakwa dia diliwat majikannya, tiga tahun lalu.

“Kami memohon supaya pertuduhan digugurkan dan Mohd Saiful didakwa mengikut Seksyen 195 Kanun Keseksaan iaitu mereka-reka bukti dan ia juga menghantar mesej yang jelas bahawa kehakiman tidak akan bertolak ansur dengan tindakan salah guna proses iaitu menyebabkan mensabitkan kesalahan terhadap mereka tidak bersalah.

“Mohd Saiful bukan saksi yang berwibawa malah terlalu banyak elemen tidak konsisten. Ia jelas apabila Mohd Saiful berbohong apabila membuat laporan polis mendakwa perkara itu (liwat) berlaku tanpa kerelaan. Dia (Mohd Saiful) boleh melarikan diri ketika kejadian sebaliknya dia tidak berbuat demikian,” katanya Menurutnya, ini bukan bermakna Mohd Saiful melakukan perbuatan itu tetapi sebagai anak muda yang masih kuat, lelaki itu sepatutnya boleh melawan daripada melakukan perbuatan itu.

Prosiding di hadapan Hakim Datuk Mohamed Zabidin Mohd Diah bersambung hari ini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...