Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

08 April, 2011

Apr 8, 2011 [AKHBAR] - Tiga beranak naik angin

Tiga beranak naik angin

HADIR...Kamran  di luar mahkamah, semalam.
HADIR...Kamran di luar mahkamah, semalam.
KUALA LUMPUR: Wanita tempatan yang mendakwa disihir supaya berkahwin dengan seorang lelaki warga Pakistan, dua tahun lalu, berang apabila prosiding perbicaraannya dijalankan secara tertutup di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam.
Yani Yuhana Mohd Zambri, 24, yang tiba di mahkamah jam 9.15 pagi bersama bapa serta ibunya enggan masuk ke dalam mahkamah selepas mengetahui hanya dia, Muhammad Kamran Babar, 46, (plaintif) serta peguam syarie dibenarkan masuk.
Bapanya, Mohd Zambri Zakaria yang kelihatan tidak berpuas hati dengan arahan itu mula memarahi anggota polis yang cuba menghalangnya daripada masuk.

“Kenapa saya tak boleh masuk, saya wali dia,” kata Zambri.


Bagaimanapun, keadaan kembali tenang apabila 15 anggota polis yang ditempatkan di luar mahkamah berjaya mengawal situasi dengan memujuk Zambri serta ahli keluarganya supaya bertenang dan memberi kerjasama.Zambri kemudian dilihat turun ke tingkat bawah bersama ahli keluarganya sebelum kembali naik sendirian lima minit kemudian bersama peguam syarie Othman Mohd Noor yang mewakili Yani Yuhana dan terus dilihat masuk ke dalam mahkamah walaupun dilarang berbuat demikian.

Lelaki berusia 60-an itu yang keluar 10 minit kemudian terkejut apabila secara tiba-tiba didekati polis dan dilihat mula bertindak agresif serta mempersoalkan tindakan polis itu.

“Kenapa saya ditahan, saya nak jumpa anak saya di bawah,” katanya sambil mengacu-acukan tongkatnya kepada anggota polis.

Keadaan menjadi lebih tegang apabila isterinya, Yani Yuhana serta ahli keluarga yang menunggu di tingkat bawah mahkamah mula masuk campur dengan menghalang polis daripada menahan lelaki itu.

Kekecohan selama 15 minit yang turut menarik perhatian orang awam di mahkamah itu selesai, selepas Zambri dan ahli keluarganya setuju ke balai polis.

Zambri bersama ahli keluarganya dilihat menaiki Toyota Vios meninggalkan mahkamah sambil diekori kereta peronda ke Balai Polis Dang Wangi.

Difahamkan guru silat itu ditahan untuk memberi keterangan berikutan kekecohan yang dicetuskan pada prosiding lalu.

Yani Yuhana sepatutnya memberi keterangan balas berhubung permohonan mendaftarkan perkahwinan di Pakistan pada 2 April 2009 yang difailkan Kamran.

Ahli perniagaan tekstil itu mendakwa pernikahan di Sadiqadad Raw, Pakistan iaitu ketika Yani Yuhana masih belajar di United Kingdom (UK) tidak direstui ibu bapanya.

Bagaimanapun, Yani Yuhana membantah permohonan itu selepas mendakwa dia berada dalam keadaan luar kewarasan sekiranya dia benar-benar bernikah seperti didakwa Kamran.

Othman yang ditemui kemudian memberitahu anak guamnya tidak akan memberi keterangan kerana tiada kes perlu dijawab dan selaras dengan Seksyen 126(3) Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah Wilayah-wilayah 1998 (akta 585), pihaknya akan memfailkan hujahan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...