Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

27 April, 2011

Apr 27, 2011 [AKHBAR] -USUP WILCHA : “KITA bako jelah umah Kak Limah,”

INTERAKSI: Masalah tiba-tiba popular

“KITA bako jelah umah Kak Limah,” itulah antara dialog popular Usop Wilcha dengan ‘trademark’ tangan melenggok serta berkerusi roda dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) arahan Mamat Khalid dan terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd.
Kerana dialog ‘berhantu’ itu jugalah nama Usop Wilcha lakonan Syed Mohamad Asri atau nama komersialnya, Shy8 bukan saja meniti di bibir peminat dewasa, malah di kalangan kanak-kanak.
Pada usia 46 tahun, Shy8, yang mula diperkenalkan Mamat menerusi filem genre komedi arahannya, Lang Buana, Man Laksa, Zombi Kampung Pisang dan HKLBR, mula mengecapi populariti mendadak di persada hiburan tanah air.

Hakikatnya, Shy8 mula menceburi dunia hiburan sebagai penyanyi menerusi album Terasing Di Bumi Sendiri yang diedarkan pada 1996.


Selepas HKLBR, ramai pengarah dan produser mula membuka mata dengan bakat yang dimilikinya. Tawaran berlakon tidak pernah putus diterimanya bukan saja tawaran berlakon filem, malah mendapat perhatian stesen radio yang ingin melamarnya menjadi DJ.Populariti Usop Wilcha semakin meniti kemuncaknya apabila muncul dengan Johan Raja Lawak melakonkan watak Abi Hurairah dan mendapat sorakan gamat daripada penonton ketika menjadi penyampai trofi Bintang Paling Popular sempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH 2010) yang berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands, baru-baru ini.

Kesan daripada percikan populariti ini, Shy8 meluahkan rasa terkilannya apabila ada pihak mengaitkan dirinya dengan kontroversi. Dia dikatakan mula ‘demand’ dan juga dikatakan menghina golongan orang kelainan upaya (OKU).

Bagaimanapun, semua itu tidak mematahkan semangat anak bongsu dari 13 beradik kelahiran Kuala Kangsar, Perak ini.

Malah, Pengurus Komunikasi Korporat di Tanjung Offshore Berhad ini juga bijak mengatur karier dan waktu sama tidak melupakan tanggungjawab kepada syarikat dan juga keluarga iaitu isteri, Noorafiza Abd Aziz, 28, dan satu-satunya cahaya mata lelaki, Syed Caliph Umar, sembilan bulan.

Ikuti temu bual bersama Ramlah Zainal (roses@hmetro.com.my) mengenai populariti yang dikecapinya, perkembangan karier seni, kehidupan peribadi serta isu Usop Wilcha dikatakan menghina golongan OKU.


RAP: Bagaimana Mamat melamar anda untuk watak Usop Wilcha dalam HKLBR?

SHY8:
Saya dan Mamat Khalid memang sudah kenal lama, tapi mungkin belum ada watak sesuai untuk ditawarkan pada saya sebelum ini.

Saya mula berlakon dengan Mamat menerusi watak panglima harimau berantai (babak imbas kembali) dan hanya dua babak saja dan satu babak dalam filem Man Laksa.
Menyusul selepas itu, barulah watak saya berkembang apabila ditawarkan menjayakan watak Usop yang juga bekas penari kebudayaan dalam filem Zombi Kampung Pisang membabitkan tujuh babak dalam filem itu. Memang sudah rezeki saya apabila Mamat tawarkan watak yang lebih besar sebagai Usop Wilcha dalam filem HKLBR selepas itu.


RAP: Kenapa anda hanya bekerja dengan Mamat dan tidak dengan pengarah lain?

SHY8:
Sebenarnya Mamat pernah mencadangkan nama saya kepada ramai produser dan pengarah lain selepas beraksi dalam filem Zombi Kampung Pisang.

Namun, mereka belum yakin dengan bakat saya dan tidak ingin mengambil risiko mengambil pelakon tidak dikenali seperti saya. Produser dan pengarah juga mengambil jalan mudah dengan menawarkan watak pada artis atau pelakon yang lebih ternama di luar sana. Sebenarnya, Mamat juga mengambil risiko kerana mengambil pelakon yang tidak dikenali seperti saya.


RAP: Benarkah anda tidak menang tangan menerima pelbagai tawaran berlakon filem selepas HKLBR?

SHY8:
Sebenarnya, saya buat berlakon untuk mengisi masa lapang. Saya juga tidak menyangka watak Usop Wilcha mencetuskan fenomena seperti ini dan saya berada pada tahap sekarang.

Memang saya banyak menerima tawaran berlakon drama, filem termasuk menjadi deejay radio selepas HKLBR, tetapi saya masih mempertimbangkan tawaran itu.

Saya baru selesai menjalani penggambaran sekuel filem Hantu Kak Limah Balik Rumah berjudul Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit.


RAP: Ada segelintir pihak yang mendakwa anda mula ‘demand’ sekarang?

SHY8:
Bukannya saya jual mahal atau ‘demand’ tetapi saya nak pastikan tidak jatuh selepas naik mendadak ketika ini. Saya ingin tahu orang nak ambil saya berlakon kerana bakat atau ingin tumpang bakat saya? Saya tidak ada masalah jika orang nak ambil saya berlakon kerana bakat, tetapi mereka perlu akur kerana agenda seni saya padat.

Keutamaan saya tetap pada Mamat kerana ingin membalas budinya pada saya selama ini. Mengikut perancangan, Mamat ingin menghasilkan empat filem mengenai Usop Wilcha selepas ini, tetapi ia bergantung kepada kesesuaian masa saya.


RAP: Bagaimana anda membahagikan masa antara karier dan keluarga?

SHY8:
Ada tiga keutamaan saya dalam hidup iaitu keluarga, kerjaya dan minat. Apa yang penting, saya perlu bijak membahagikan masa untuk keluarga. Saya juga tidak mahu dicop merebut semua tawaran yang datang kerana saya adalah pelakon yang profesional dan buat kerja mengikut kemampuan.

Maklumlah, saya ada karier tetap sebagai pengurus komunikasi korporat syarikat.

Saya bertuah kerana bos faham dan merestui karier seni yang mendapat perhatian orang. Syarikat memang tempat saya berlindung pun selama ini. Apapun, selaku pengurus komunikasi korporat syarikat, saya perlu berhubung dengan orang ramai untuk memberitahu masyarakat syarikat kami memang wujud.


RAP: Bagaimana penerimaan keluarga dengan populariti mendadak dikecapi ketika ini?

SHY8:
Keluarga saya memang terkejut kerana saya daripada orang biasa kepada luar biasa.

Bukan senang saya hendak keluar bersama keluarga kerana ada peminat yang datang hendak bergambar. Saya juga akur sudah tiada privasi apabila keluar dengan anggota keluarga dan inilah harga yang perlu dibayar sebagai selebriti.


RAP: Ada segelintir pihak mendakwa watak Usop menghina golongan OKU?

SHY8:
Ia bergantung pada sudut mana yang kita lihat. Jika kita lihat ia adalah penghinaan kepada OKU, terpulanglah. Saya ingin anda beritahu di manakah watak Usop yang menghina OKU? Hakikatnya, watak Usop Wilcha ini mengangkat watak OKU jadi pelakon utama dalam filem. Malah, saya dapat maklum balas
positif apabila ramai orang yang berkerusi roda ingin berjumpa dengan saya kerana mereka suka dengan filem HKLBR.


RAP: Kenapa watak Usop Wilcha berkerusi roda dan tidak boleh berjalan?

SHY8:
Watak Usop berkerusi roda kerana kami ada sebab yang kukuh. Keadaan kesihatan saya yang baru menjalani pembedahan jantung dan skrip filem itu sudah siap lebih awal. Melihatkan keadaan saya yang tidak mengizinkan itu, Mamat mencadangkan supaya saya memakai kerusi roda untuk watak Usop Wicha. Tidak adil untuk orang menuduh saya menghina golongan OKU jika mereka tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya.

Mungkin pihak itu ada motif tertentu menyebarkan cerita negatif untuk kepentingan sendiri.


RAP: Tidak berminat buat cerita genre lain?

SHY8:
Sebenarnya, ramai orang yang salah faham kerana fikir saya seorang pelawak. Hakikatnya, saya lebih kepada seorang pelakon dan boleh bawa watak serius diserahkan. Saya juga tidak jangka orang terima watak Usop dan suka dengannya. Secara peribadi, memang saya mempunyai ‘sense of humor’ dan saya juga suka berjenaka dengan orang tapi belum sampai kepada ‘stand up comedian’ kerana masih ramai pelawak yang hebat di negara ini.

Namun, banyak watak ditawarkan pada saya adalah karakter komedi kerana kalau saya buat watak serius pun orang fikir saya melawak juga.


RAP: Bagaimana pula dengan karier nyanyian?

SHY8:
Saya juga dapat undangan persembahan iaitu menyanyi, mengacara dan melawak dari syarikat korporat pada Jun dan Julai nanti.

Dalam tempoh sebulan, pasti saya dapat dapat undangan persembahan dari pelbagai pihak. Album baru pula, saya serahkan kepada tawaran yang datang nanti kerana saya masih simpan lagu sendiri. Saya percaya ia bergantung kepada rezeki. Tapi saya tidak berani janji.


RAP: Perancangan anda pada masa depan?

SHY8:
Saya akan terus berlakon selagi ada tawaran dan kesihatan mengizinkan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...