Cinta 6 bulan
SHAH ALAM: Seorang wanita memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah di sini, dia menjalin hubungan cinta selama enam bulan dengan artis popular 80-an, Raisuddin Hamzah, sebelum menjadi isteri kedua lelaki itu apabila mereka bernikah di Songkhla, Thailand, pada awal 2007.
Siti Fatimah Suberi, 24, bagaimanapun berkata, tiada pihak yang tahu mengenai percintaan mereka selepas kedua-duanya berkenalan apabila lelaki itu bertandang ke kedai makan bapanya di Ukay Perdana, Ampang, dekat sini.
Bekas pelajar sebuah institusi pengajian tinggi swasta di Batang Berjuntai itu berkata, dalam perkenalan singkat itu, dia dan Raisuddin ada merancang untuk bernikah di negara jiran. Dia berkata demikian ketika menjawab soalan peguam Norazmi Mohd Arif pada perbicaraan permohonan bapanya, Suberi Abdullah untuk memfaraqkan (membubarkan) pernikahannya dengan Raisuddin, semalam.
Raisuddin 55, menikahi Siti Fatimah sebagai isteri keduanya di negara jiran pada malam sambutan tahun baru 2007.
Suberi, 51, kemudian memfailkan permohonan faraq nikah pasangan itu mengikut Seksyen 62(2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 pada 26 Oktober 2007.
Dia membuat permohonan itu atas alasan Siti Fatimah bermastautin di Selangor dan dia sebagai wali mujbir langsung tidak dimaklumkan mengenai pernikahan itu.Kes itu didengar serentak bersama permohonan pengesahan nikah pasangan itu.
Siti Fatimah berkata, dia secara sukarela dan tidak dipaksa oleh mana-mana pihak apabila mahu melangsungkan pernikahan dengan Raisuddin tanpa memaklumkan bapanya. “Saya tidak maklumkan kepada bapa (kerana tahu) dia tidak bersetuju (saya bernikah dengan Raisuddin),” katanya. Ditanya Norazmi kenapa bapanya memiliki pendapat sedemikian, Siti Fatimah hanya berkata: “atas alasan peribadi”. Terdahulu, wanita itu memberitahu mahkamah, dia tidak bersetuju dengan permohonan Suberi kerana yakin pernikahannya menggunakan wali hakim itu adalah sah di sisi syarak. “Saya yakin kerana saya ada surat dari Konsulat Malaysia di Songkhla, Islamic Community of Songkhla dan surat pengesahan nikah dari Pejabat Agama Islam Gombak Timur,” katanya.Menyentuh mengenai dakwaan Suberi yang mahu menjodohkan dia dengan anak lelaki Raisuddin, Siti Fatimah berkata dia langsung tidak mengenali lelaki yang dimaksudkan itu. “Kenal pun tidak. Saya memang tidak kenal anak lelaki dia (Raisuddin),” katanya.
Bagaimanapun, Siti Fatimah mengakui pernah mengenali anak doktor yang dikatakan Suberi sebagai calon menantu kedua untuk anaknya itu.
“Saya pernah berjumpa tetapi hubungan kami hanya sekadar sebagai kawan saja. Saya tidak pernah merancang untuk berkahwin dengan anak doktor terbabit,” katanya.
Perbicaraan di hadapan Hakim Syarie Zainor Rahid Hassin bersambung 23 Mei depan.

No comments:
Post a Comment