Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

11 April, 2011

Apr 11, 2011 [AKHBAR] - Wajib mandi

Wajib mandi

SAYA dan suami tinggal berjauhan atas desakan tugas dan jarang berjumpa. Hanya telefon menjadi hubungan kami.
Masalahnya, kami pernah berbual sehingga ke tahap seksual, seolah-olah kami melakukan hubungan seks sehingga saya sedari cecair putih keluar dari kemaluan saya. Saya musykil sama ada cecair air mani atau air mazi. Adakah saya perlu mandi wajib sebelum mengerjakan solat?

ILA
Johor Bahru

Tujuan sebenar perkahwinan dianjurkan dalam Islam adalah untuk memenuhi keperluan fitrah seksual manusia supaya tidak terjerumus pada perkara haram.

Air mani ialah air yang memancut keluar daripada faraj kerana rangsangan keinginan nafsu dan biasanya selepas keluar diri akan menjadi puas. Air itu berwarna putih dan mempunyai bau yang tersendiri.

Jika air mani yang dirasakan keluar, puan perlu mandi wajib mengikut syarat yang ditetapkan dalam Islam kerana antara perkara yang mewajibkan mandi ialah keluar air mani walaupun tidak berlaku persetubuhan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...