‘Dia mahu cerai’
PASIR MAS: Hancur luluh hati seorang isteri apabila suami yang menghilangkan diri selama dua tahun mahu menceraikannya sebaik kisah kehilangannya disiarkan akhbar ini, Selasa lalu.
Lebih memilukan, Che Rohani Che Wail, 26, turut menerima khabar mengejutkan apabila diberitahu, suaminya sudah berkahwin lain dengan seorang warga Indonesia.
Menurut Che Rohani, suaminya, Andy Wahid, 30, ada menghubunginya selepas kisahnya disiarkan akhbar ini dan mahu menceraikannya.
“Saya terkejut suami menghubungi saya dalam keadaan marah dan mahu menceraikan saya. Dia juga mahu saya menarik balik kenyataan yang saya buat kerana jika tidak berbuat demikian, dia mahu menyaman saya.
“Saya juga menerima panggilan daripada seorang individu yang mendakwa mengenali suami, memberitahu, suami sebenarnya sudah berkahwin lain dengan seorang warga Indonesia,” katanya.
Selasa lalu, Harian Metro melaporkan, Che Rohani buntu mengenai kehilangan suaminya sejak Jun 2009 lalu, selepas dihantar ke sebuah stesen kereta api di Johor Bahru untuk pulang ke Kampung Binjai Jejawi, Pasir Mas, bagi melahirkan anak ketiga.
Che Rohani berdepan kehidupan sukar apabila hanya mampu mendiami sebuah rumah usang yang asalnya dijadikan pondok simpanan padi dan terpaksa membesarkan tiga anaknya, Ziziey Ezyanie, 7, Zahrul Mukhriz, 5, dan Zahra Balqis Ezyanie, 2, dengan mengharapkan simpati saudara mara.
Semalam, akhbar ini melaporkan kenyataan balas Andy yang menafikan dakwaan Che Rohani apabila mendakwa tidak menghilangkan diri dan mendakwa isterinya mengetahui di mana dia bekerja dan bagaimana untuk menghubunginya.Andy yang hadir di pejabat Harian Metro Johor, mendakwa isterinya berbohong kerana dia tidak mengabaikan tanggung jawab terhadap isteri dan anaknya kerana sudah beberapa kali menghantar wang perbelanjaan.
Che Rohani berkata, dia tidak menyangka Andy sanggup berbuat demikian dan menyifatkannya tidak berhati perut apabila sanggup mengambil keputusan menceraikannya.

No comments:
Post a Comment