Dibelasah berebut kekasih
AMPANG: Seorang pelajar perempuan bukan saja ditumbuk dan diterajang, malah turut dipukul menggunakan sebatang kayu oleh tiga pelajar perempuan akibat berebut teman lelaki, kelmarin.
Difahamkan, walaupun pelajar perempuan tingkatan tiga itu lembik akibat ditumbuk dan diterajang di perutnya, kumpulan pelajar terbabit yang berlagak samseng terus memukul mangsa dengan kayu sehingga cedera.
Sumber berkata, ketika kejadian, mangsa berjalan keluar sekolahnya di daerah ini kira-kira jam 2 petang apabila tiga pelajar perempuan terbabit yang bersekolah di sekolah sama bertindak menunggunya di luar pagar sekolah.
“Sejurus melihat mangsa keluar, tiga pelajar itu mengajak mangsa mengikut mereka ke satu kawasan lain.
“Mangsa dipercayai tidak mengetahui perkara sebenar hanya mengekori kumpulan terbabit sebelum mereka berhenti di hadapan sekolah rendah berhampiran,” katanya.
Menurutnya, seorang memarahi mangsa kerana kononnya mangsa merampas teman lelakinya yang juga pelajar sekolah sama.“Bengang dengan tuduhan itu, mangsa dan pelajar terbabit dipercayai bertengkar. Ahli kumpulan lain turut masuk campur menyebabkan keadaan bertambah tegang.
“Kumpulan itu dikatakan ‘naik angin’ apabila mangsa tidak mengendahkan amaran mereka supaya memutuskan hubungan dengan teman lelakinya itu,” katanya. Berikutan itu, mereka mula menyerang mangsa dengan menumbuk muka dan perutnya beberapa kali.
Sumber berkata, mangsa cuba mempertahankan diri dengan melawan namun kumpulan itu bertindak lebih ‘ganas’ dengan menyepak dan memukul mangsa menggunakan kayu di kepala dan kaki.
Akibat pukulan itu, mangsa pengsan.
“Pelajar lain yang menyaksikan kejadian itu memberitahu guru sebelum menghantar mangsa ke hospital,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan

No comments:
Post a Comment