Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

20 April, 2011

Apr 20, 2011 [AKHBAR] -Bekas gitaris disyaki curi bateri jentera

Bekas gitaris disyaki curi bateri jentera


JITRA: Bekas gitaris yang pernah menganggotai sebuah kumpulan rock terkenal era 90-an ditahan polis kerana disyaki mencuri bateri jentera berat di ladang getah di Felda Bukit Tangga, dekat sini, Ahad lalu.
Suspek berusia 34 tahun pernah menganggotai kumpulan itu bersama lima rakannya dan merakamkan dua album yang menjadi kegilaan remaja.
Bagaimanapun, suspek yang kini menetap di Sintok, dekat sini, bertugas sebagai tenaga pengajar muzik di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri itu selepas berkahwin dengan isterinya berusia 30-an dan mempunyai enam anak.

Difahamkan, suspek yang mempunyai masalah kewangan ditahan polis di rumahnya kira-kira jam 4 petang kelmarin untuk siasatan kerana disyaki terbabit kegiatan mencuri bateri jentera berat berkenaan.


Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Deputi Superintendan Ibrahim Mohd Yusof ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu, berkata pihaknya kini menahan suspek untuk siasatan lanjut.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...