3 kumpulan Maharaja Lawak tersingkir
Program Maharaja Lawak semakin mendapat sambutan. Setelah dua minggu dihidangkan secara percuma di saluran Prima, kini peminat program ini perlu melanggan pakej Mustika saluran 132 Warna untuk terus bergelak ketawa.
Setelah dua minggu tiada penyingkiran, minggu ketiga memperlihatkan tiga penyingkiran dilakukan pihak juri.
Kumpulan Wai dan XN3 tersingkir pada pusingan awal program realiti Maharaja Lawak. Setelah dua minggu terselamat, Wai dan XN3 diumumkan keluar sebelum saingan bermula.
Namun di akhir persembahan, tiga lagi kumpulan yang mendapat markah terendah dipanggil ke atas pentas. Mereka adalah Jihan, Amir dan kumpulan R2. Nasib tidak menyebelahi R2 apabila mereka diumumkan keluar.
R2 dianggotai dua beradik, Rahim Mat Ali (abang) dan Ridhuan Mat Ali (adik) menyatakan rasa sedih, namun mengakui konsep komedi muzikal bukanlah makanan mereka.
“Kami memang menjangkakan akan terkeluar minggu ini, memandangkan kami tidak boleh membawa konsep ini.
“Setelah tiga kali mencuba termasuk sewaktu Raja Lawak dulu, kami gagal dengan konsep nyanyian. Tapi, kami akan mencuba lagi selepas ini, cuma masih bekerja seperti biasa.
"Mungkin kalau ada rezeki dalam bidang seni ini, kami akan pertimbangkan,” kata Rahim mewakili R2.
Minggu lalu memperlihatkan kehebatan semua peserta Maharaja Lawak mengadakan persembahan mereka.
Juara Maharaja Lawak bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM300,000, sementara naib juara, RM200,000, manakala tempat ketiga, RM100,000.
Program realiti berkenaan mengumpulkan kesemua juara program Raja Lawak daripada musim pertama hingga kelima berserta semua finalis untuk menobatkan diri mereka sebagai Maharaja Lawak.
Semua peserta diadili tiga juri tetap, Mamat Khalid, Ahmad Idham dan Saiful Apek.
Undian dikira berdasarkan 50 peratus daripada pihak juri dan 50 peratus daripada penonton. Program berkenaan disiarkan secara langsung daripada pakej Mustika menerusi saluran Astro Warna.

No comments:
Post a Comment