Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

28 April, 2011

Apr 28, 2011 [AKHBAR] - Belasah kekasih dalam wad

Belasah kekasih dalam wad

AMPANG: Seorang lelaki sanggup membelasah teman wanitanya lebih 10 kali sejak menjalin hubungan cinta lima bulan lalu hanya kerana diminta mencari pekerjaan atau mahu memutuskan hubungan.
Dalam kejadian terbaru kira-kira jam 9.30 malam kelmarin, mangsa yang sebelum ini dirawat kira-kira seminggu di sebuah hospital di sini, kerana dibelasah teman lelakinya itu sekali lagi dibelasah hanya kerana mangsa mahu memutuskan hubungan mereka dengan alasan tidak tahan dengan sikap panas baran teman lelakinya itu.
Mangsa dibelasah di dalam wad ketika teman lelakinya itu datang melawatnya. Walaupun terdapat beberapa pesakit lain dalam wad berkenaan tetapi teman lelaki mangsa tidak menghiraukannya sebaliknya terus menumbuk muka mangsa hingga lebam di bibir.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Fiza, 36, berkata sebelum dimasukkan di hospital itu, dia dipukul, ditendang, diterajang dan dihentak dengan kepala oleh teman lelakinya di muka dan badan hingga cedera.


Katanya, pergaduhan tercetus apabila dia sudah tidak tahan dengan sikap panas baran teman lelakinya yang sering bertindak di luar batasan memukulnya lebih 30 minit.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...