Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

12 April, 2011

Apr 12, 2011 [AKHBAR] - Babak panas Marsha, Sharnaaz

Babak panas Marsha, Sharnaaz


PANAS dan berani. Begitulah babak intim antara pelakon seksi Marsha Londoh dan aktor kacak, Sharnaaz dalam drama episod seram Kum Kum The Series.
Sebelum ini babak panas mereka itu pernah dipaparkan pengarah Michael Ang dalam telemovie Kum Kum dan kini ia kembali mengisi Kum Kum The Series yang akan mula ditayangkan di Astro Ria bermula malam ini, 12 April.

Dalam drama bersiri menarik ini, Marsha masih memegang watak utama sebagai Mawar tetapi dia bukan ditinggalkan kekasihnya sebaliknya digilai ramai selepas mengamalkan ilmu hitam yang dituntut daripada bomoh Mak Hitam lakonan Didie Alias.

Dalam rentetan kisah terbaru, Yusof (Sharnaaz) turut menggilai Mawar walaupun waktu sama sudah ada kekasih dan akan berkahwin.

Ditemui baru-baru ini, Marsha menjelaskan babak itu relevan dengan jalan cerita kerana Mawar seorang penggoda.

"Ia bagi menunjukkan amalan khurafat yang dilakukan mereka berniat jahat dengan menggadai tubuh dan kecantikan Apabila tiba masanya mereka akan menerima padah dan balasannya. "Saya faham kehendak pengarah yang mahu menunjukkan saya dan Sharnaaz dalam keadaan mesra dan intim. Secara simboliknya ia menunjukkan Yusof sebenarnya tidak sedar dengan perlakuannya sendiri kerana terpengaruh dengan kejelitaan palsu Mawar. "Mawar sendiri rasa puas apabila lelaki yang disukai selama ini berada di dalam pengaruhnya," jelas Marsha.


Marsha menolak dakwaan dia sendiri menjual kecantikan tubuh seksinya bagi dieksploitasikan Michael Ang dan Amor Rizan. Sebaliknya setiap babak panas itu dilaksanakan secara profesional.

"Bagaimanapun babak seksi itu hanya akan dapat ditonton penonton pada awal cerita saja. Selepas itu Mawar berada dalam keadaan hodoh dan hina," katanya lagi dengan teruja.Sementara itu bagi Sharnaaz, dia tidak berhadapan masalah untuk menjayakan babak berani itu kerana semua pihak yang menjayakan Kum Kum The Series sangat profesional di lokasi penggambaran.

"Tidak dinafikan sewaktu menjayakan telemovie Kum Kum sebelum ini saya dan Marsha tidak ada masalah bekerja kerana kami menghormati tugas masing-masing," ujarnya.

Begitupun Sharnaaz tidak menafikan kemungkinan besar ada pihak yang akan tersentak dengan babak sedemikian kerana ia mungkin jarang dipaparkan dalam produksi drama dan filem ketika ini. "Bukan saja-saja hendak beraksi begitu. Awal agak kekok tapi kemudian kami berjaya melakukannya. Sebagai pelakon saya harus memberikan persembahan terbaik. Tidak mahu aksi saya kaku saya banyak belajar daripada pelakon senior dan pengarah," katanya.

Jelasnya drama bersiri Kum Kum bukanlah sebuah cerita daripada sambungan telemovie Kum Kum, sebaliknya ia adalah rentetan cerita mengenai kejadian lebih awal berlaku sebelum daripada apa yang dipaparkan dalam telemovie sebelum ini. Dengan dijadikan drama bersiri, ia membolehkan Michael dan Amor menceritakan dengan lebih terperinci bagaimana kisah latar hantu Kum Kum ini yang tercetus sejak dari awal lagi. Ia turut menjawab persoalan bagaimana Yusof menjadi lumpuh dan terpaksa berkerusi roda.

Drama seram ini, Mawar terpaksa membunuh 21 perawan dalam masa 41 hari bagi mendapatkan ilmu kecantikan atas suruhan bomoh Mak Hitam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...