Fuyoo...seksi giler!
KALAU sebelum ini Metro Ahad memilih Fasha Sandha dan Rozita Che Wan sebagai dua artis paling seksi, nampaknya takhta itu dirampas Jue Aziz dan Faradhiya apabila paling menjadi tumpuan dengan gaya seksi mereka di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH2010) berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands, Ahad lalu.
Jika gaun labuh dengan potongan mewah, lazimnya menjadi pilihan selebriti untuk melaram di majlis anugerah dan itulah yang menjadi pilihan rata-rata selebriti yang memeriahkan acara permaidani merah di ABPBH2010.
Namun, dalam pada mata terpukau melihat gaun indah dengan perincian mewah tatkala artis-artis popular ini melintasi permaidani biru (sempena warna penaja Celcom), terdapat beberapa fesyen tidak kena gaya dan tidak menepati tema. Malah ada yang memilih pakaian mendedahkan walaupun keadaan cuaca yang sejuk di puncak.
Contohnya Faradhiya paling berani kerana memilih gaya berbeza dan bertentangan ‘style’ yang sering ditampilkan selebriti wanita di acara berprestij seperti ini. Baju rekaan Arif Syukor itu adalah hasil idea Faradhiya sendiri yang turut menentukan bentuk rekaan, potongan dan warna�nya.
“Saya pasti apabila menghadiri majlis anugerah seperti ini, mesti ramai artis wanita yang akan mengenakan gaun. Jadi, saya mahu tampil berbeza dan lebih selesa sebenarnya berseluar.
“Potongan ‘cat sut’ nampak lebih ‘trendy’ selain mempunyai elemen-elemen klasik. Saya tidak kisah jika penampilan saya dianggap pelik asalkan saya selesa memakainya,” katanya yang sememangnya menjadi perhatian lensa kamera pada hari itu.
Paling mencuri tumpuan mata tentunya Jue Aziz yang tampil dengan gaun singkat menyerlahkan pahanya yang montok begitu juga bahagian dada bersama perincian baju yang cukup sarat.
Didie Alias yang pernah dikritik kerana penampilannya dikatakan seperti badut di ABPBH2009 tahun lalu, kali ini tampak lebih menawan. Cuma, potongan bajunya yang mendedahkan bahagian dada.
Turut memilih gaun mendedahkan dada ialah Farhan dan Amanda Imani. Kalau ikutkan, mereka yang mempunyai potongan badan besar dan berisi, fesyen berkemban hanyalah menyerlahkan lagi ‘kelebihan’ tubuh mereka. Turut tampil berbeza, pelakon filem Ratu The Movie, Bkay dengan gaun kembang yang agak sarat.
Pujian harus diberikan kepada Maya Karin yang memilih kebaya labuh yang begitu anggun. Jika tema klasik menjadi pilihan, pelbagai busana Melayu klasik boleh digayakan terutama kebaya.

No comments:
Post a Comment