KUALA LUMPUR: “Saya hanya menjalankan tugas kerana ia tanggungjawab saya sebagai pelakon...Saya memohon maaf kepada peminat dan tidak menyangka klip video Marilah Menari akan menimbulkan kontroversi yang begitu hebat,” kata pelakon klip video Marilah Menari, Shah Jaszle, 24, ketika diminta mengulas mengenai penghasilan klip video lakonannya yang dikatakan berbaur lucah.
Katanya, dia tidak menyangka lakonannya akan menjadi satu isu yang besar dan memohon maaf kepada seluruh masyarakat di negara ini terutama yang beragama Islam.
“Saya hanya menjalankan tanggungjawab sebagai pelakon dan semua keputusan dibuat adalah arahan daripada pengarah, iaitu Gambit Saifullah,” katanya.
Shah berkata, beliau berjanji akan lebih berhati-hati pada masa akan datang untuk melakonkan sebarang watak yang diberikan, malah melahirkan rasa kesal dengan perkara itu.
Shah berkata, beliau berjanji akan lebih berhati-hati pada masa akan datang untuk melakonkan sebarang watak yang diberikan, malah melahirkan rasa kesal dengan perkara itu.
“Ketika melakonkan watak sebagai suami, saya tidak merasakan ia berbaur lucah atau seks kerana saya tidak melakukan sebarang adegan menggairahkan...Itu semua hanyalah lakonan yang terkandung dalam skrip diberikan pengarah,” katanya.
No comments:
Post a Comment