Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

08 June, 2011

Jun 8, 2011 - Atuk Ulit Janda masa nenek sakit .....

ALOR SETAR: Isterinya sedang sakit di kampung, namun gelora nafsu memuncak menyebabkan seorang lelaki warga emas dan rakannya mengambil kesempatan membawa pulang seorang janda ke sebuah rumah di Kampung Melung, Jalan Datuk Kumbar di sini, untuk memuaskan nafsu mereka.
Warga emas berusia 60 tahun yang juga anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) yang mempunyai enam cucu, manakala rakannya lingkungan 50-an dikatakan mengenali wanita berusia 25 tahun itu ketika bersiar-siar di mini I-City berhampiran Dataran Paris dekat sini, kelmarin.
Bagaimanapun, perbuatan keji mereka terbongkar apabila dicekup kerana disyaki berkhalwat dalam bilik di sebuah rumah yang dipercayai didiami keluarga adik ipar lelaki berusia 50 tahun itu oleh sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik), kira-kira jam 1.30 pagi.

Ketika ditahan, anggota Rela terbabit memberi alasan isterinya sakit sejak 20 tahun lalu, malah anaknya langsung tidak menjenguk, manakala rakannya pula mendakwa baru kematian isteri yang juga orang kurang upaya (OKU) beberapa bulan lalu.


Kesempatan itu digunakan mereka untuk membawa pulang janda beranak dua itu bagi memuaskan nafsu walaupun wanita berkenaan baru dikenali tidak sampai beberapa jam sebelum diajak melakukan hubungan seks

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...