Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

29 April, 2011

Apr 29, 2011- Hubungan Seks Hambar

Hubungan hambar


SAYA isteri berumur 30 tahun dan suami pula 42 tahun. Kami berkahwin enam tahun dan belum ada anak. Kitaran haid saya tidak tetap iaitu antara 30 hingga 40 hari, manakala suami pula perokok tegar.
Pada awal perkahwinan, hubungan seks kami berjalan seperti biasa iaitu tiga hingga empat kali seminggu. Namun, masuk tahun ketiga hubungan seks berkurang kepada seminggu sekali hinggalah tahun keenam dan akhirnya sebulan sekali.
Hubungan seks yang hambar membuatkan saya terfikir ia mungkin menjadi sebab mengapa kami belum mendapat zuriat.

Saya pernah menyarankan suami melakukan ujian kesuburan air mani tetapi reaksi yang diterima menghiris hati saya. Saya akui kitaran haid saya tidak tetap dan kerap mengalami senggugut ketika datang haid.


Sebelum ini saya tidak pernah mendapatkan rawatan moden dan hanya berurut serta meminum akar kayu. Sampai satu tahap saya menjalankan ujian kesuburan melalui darah.Begitupun, sehingga kini saya belum mampu mengandung. Dapatkah doktor membantu saya?

ISTERI RUNSING


Anda dan pasangan berkahwin pada abad serba moden tetapi anda masih mempunyai sikap dan minda lama.

Dalam masalah anda, suami mengelak apabila isu kesuburan diketengahkan dan dia juga enggan menjalani pemeriksaan. Bagaimanapun, jika anda saja yang menjalani pemeriksaan kesuburan ia tidak memberi apa-apa manfaat.

Apabila kekerapan hubungan kelamin kurang, kadar pencapaian kehamilan juga kurang, lebih-lebih lagi jika umur semakin meningkat.

Memandangkan tahap kesuburan warga Malaysia (Total Fertility Rate) menurun daripada 3.1 (Kadar TFR 2003 ) kepada 2.67 (Kadar TFR 2011), kadar ini akan menjunam jika banyak pasangan berkahwin berlengah-lengah mendapatkan cahaya mata atau mendapat rawatan.

Saya syorkan anda dan pasangan berjumpa doktor di mana-mana pusat kesuburan atau Jabatan Sakit Puan di klinik dan hospital kerajaan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan kesuburan.

Mencuba menggunakan ubat ‘subur’ untuk wanita tanpa pemeriksaan asas bukan cara bijak. Sebenarnya pemeriksaan kesuburan komprehensif membabitkan ujian air mani si suami, ujian penentuan pengeluaran telur untuk isteri melalui ujian hormon progesterone dan ujian kepastian keadaan rahim dan salur telur isteri melalui x-ray yang dikenali sebagai HSG atau pembedahan kecil laparoskopi.

Apr 29, 2011 - Quote of the Day -1

NEVER BLAME ANY DAY IN YOUR LIFE
GOOD DAY GIVE YOU HAPPINESS
BAD DAY GIVE YOU EXPERIENCE
WORST DAY GIVE YOU A LESSON

wanna get more motivation quotes ,
visit http : //nottydaddy.blogspot.com/

Apr 29, 2011 [AKHBAR] - CIKGU ` KHALWAT'

Pasangan guru dicekup khalwat

JITRA: Tindakannya melarikan diri dari rumah semata-mata untuk tinggal serumah dengan teman lelakinya, menyebabkan guru wanita dicekup kerana disyaki berkhalwat dengan pasangannya yang juga guru di rumah sewa di Kampung Telok Malek, dekat sini, malam kelmarin.
Guru wanita berusia 34 tahun itu dikatakan masih isteri orang dan mempunyai anak perempuan berusia 13 tahun, tetapi didakwa menjalinkan hubungan dengan pasangannya berusia 30-an sejak tiga tahun lalu.
Sumber berkata, pasangan berkenaan dicekup kira-kira jam 10.45 malam oleh sepasukan anggota Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP) selepas menerima aduan berhubung kegiatan maksiat di rumah sewa guru wanita itu.

Beliau berkata, wanita itu dikatakan merajuk selepas bergaduh dengan suaminya berusia 39 tahun lalu meninggalkan rumah dan menyewa rumah lain di Taman Siswa, dekat sini, sejak tiga tahun lalu.


“Anak tunggal pasangan itu dijaga suaminya dan wanita terbabit menyewa bersendirian dipercayai untuk memudahkan dia berjumpa dengan kekasihnya itu.

Apr 29, 2011 [AKHBAR] - Ayam China’ kebun sawit

Ayam China’ kebun sawit
MANJUNG: Walaupun kedudukan sebuah kedai makan jauh di dalam ladang kelapa sawit, kedai itu menjadi tumpuan orang ramai berikutan menyajikan ‘hidangan’ istimewa membabitkan pelacur dari China dan Vietnam.

Gadis pelayan terbabit yang memasuki negara ini dengan menyamar pelancong dikesan menawarkan khidmat seks kepada pekebun termasuk pekerja ladang yang singgah untuk makan sambil melampias nafsu.


Kegiatan tidak bermoral itu, bagaimanapun dibongkar selepas sepasukan anggota Pejabat Imigresen Daerah Manjung, di sini, melakukan operasi bagi membanteras kegiatan didalangi warga tempatan.

Difahamkan, operasi dikenali ‘Ops Sayang’ itu dilakukan kelmarin bagi mengesan kehadiran gadis warga asing yang menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk bekerja sebagai pelacur murahan di negeri ini.

Apr 29, 2011 [AKHBAR] - Pelakon khalwat bini orang

Nasib Razak 30 Jun
PETALING JAYA: Nasib pelakon dan penyanyi, Razak Ahmad sama ada perlu membela diri atas pertuduhan berkhalwat dengan seorang ahli perniagaan berstatus isteri orang lima tahun lalu, akan diketahui 30 Jun depan selepas hampir lima tahun dibicarakan.

Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad menetapkan tarikh itu selepas dimaklumkan Pendakwa Syarie dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Shafezan Rusli pihaknya baru menerima hujahan daripada pihak pembelaan.


Pada prosiding semalam, Wan Mahyuddin turut menasihatkan kedua-dua pihak supaya memberi kerjasama untuk mempercepatkan keputusan kes itu kerana ia sudah terlalu lama berjalan sejak 2006.


Sementara itu, Razak turut ditegur oleh Wan Mahyuddin apabila tidak dapat memberikan alasan berikutan ketidakhadiran peguam syarie Mohamad Azman Karim yang mewakilinya pada prosiding semalam.


“Sebagai peguam dia perlu bertanggungjawab. Kamu kena minta dia hadir pada tarikh akan datang, jangan biarkan dia lepas tangan.


“Kalau tak dapat hadir, kena bagi alasan yang munasabah,” katanya.




Razak atau nama sebenarnya Abdul Razak Ahmad, 44, hadir berseorangan di mahkamah pada jam 10.15 pagi kelihatan terkejut apabila melihat kehadiran wartawan dan jurugambar yang sedia menanti kehadirannya. Bagaimanapun dia masih tersenyum ketika gambarnya diambil. Pada 14 September 2006, pelakon drama bersiri ‘Geng Surau’ itu mengaku tidak bersalah berkhalwat dengan Selamah Sahudin, 45, di sebuah rumah di Apartmen Blok A, Taman Serdang Perdana, di sini, jam 2.15 pagi pada 1 April 2006.


Bagaimanapun, Selamah yang hadir bersama suaminya pada prosiding itu mengaku salah dan dikenakan denda RM2,850 atau tujuh bulan penjara.



Kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 20 (1)(a) bagi lelaki dan (b) bagi perempuan, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.


Mengikut fakta kes, bertindak atas maklumat awam, sepasukan penguat kuasa Jais bersama beberapa anggota polis pergi ke rumah berkenaan untuk melakukan pemeriksaan.


Apabila tiba di lokasi, penguat kuasa Jais mendapati pintu utama dan jeriji berkunci manakala keadaan di dalam rumah agak gelap.


Selepas mengetuk pintu selama beberapa minit dan memberi salam, pintu berkenaan kemudian dibuka seorang wanita iaitu tertuduh perempuan dengan berpakaian lengkap.


Selepas memperkenalkan diri, penguat kuasa memperkenalkan diri dan meminta izin untuk melakukan pemeriksaan.


Pemeriksaan di bilik pertama rumah berkenaan mendapati, pelakon terbabit dipercayai sedang tidur dengan hanya berseluar jeans dan tidak berbaju.


Soal siasat mendapati pasangan terbabit tidak mempunyai hubungan suami isteri dan bukan mahram.


Pasangan itu dibawa ke Balai Polis Seri Kembangan untuk membuat laporan.


Seramai tiga saksi dipanggil memberi keterangan selepas pihak pendakwaan menutup kes pada 25 Mei 2010. Mahkamah turut menetapkan 26 Mei ini untuk pihak pendakwaan membalas hujahan terhadap hujahan yang dikemukakan Razak.

Apr 29, 2011 [AKHBAR] - TUBUH DIRATAH 3 LELAKI

Tiga diburu perkosa gadis bergilir-gilir


SEGAMAT: Seorang gadis sunti berumur 14 tahun yang ketakutan terpaksa membiarkan tubuhnya diratah tiga lelaki termasuk rakan karib abang iparnya sendiri di sebuah rumah di Kampung Kadut di sini.
Dalam kejadian antara jam 8.30 malam hingga 11.30 malam pada 16 April lalu, suspek dipaksa membuka pakaian sebelum dirogol di ruang tamu rumah seorang daripada suspek.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abd Majid Mohd Ali berkata, mangsa pada mulanya setuju mengikut seorang daripada suspek yang juga rakan baik abang iparnya.
“Suspek pertama memaklumkan kepada mangsa bahawa adik kandung lelaki berkenaan mahu bertemunya.

“Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa setuju dibawa ke rumah berkenaan dan setiba di sana, dua lagi rakan suspek pertama sudah sedia menunggu mereka,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat, semalam.

Menurut Majid, ahli keluarga suspek tiada di rumah ketika kejadian dan mangsa dipaksa membuka pakaian sebelum ketiga-tiga lelaki terbabit bergilir-gilir merogolnya.
Katanya, mangsa kemudiannya dihantar pulang dan dia diugut supaya merahsiakan kejadian itu dan gadis itu yang sudah tidak bersekolah hanya membuat laporan polis pada 24 April lalu.

“Polis berusaha mengesan suspek tetapi ketiga-tiga lelaki berkenaan gagal ditemui, dipercayai sudah melarikan diri ke luar daerah,” katanya.

Menurut beliau, pihaknya meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan tiga lelaki bagi membantu siasatan, suspek pertama dikenali sebagai Mohd Haziq Sulaiman, 20, nombor kad pengenalan 910131-01-5863 dengan alamat terakhir di Nombor 3, Jalan Jaya 3, Taman Sri Jaya, Pekan Jabi, Segamat.

Suspek kedua Mohd Rozali Zaliza, 20, memegang kad pengenalan 911122-10-5749 dan alamat terakhirnya di Nombor 82, Kampung Kadut, Simpang Jabi, Segamat.

Suspek ketiga Mohd Hanis Mohd Yasin, berumur 20 tahun dan beralamat terakhir di 3560 A, Jalan Kuari, Tahang Rimau, Segamat.

Maklumat berkaitan suspek boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat, Inspektor Hazaitul Akma Mohd Hanapiah di talian 07-9312222.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 (2) (a) Kanun Keseksaan kerana merogol, sabit kesalahan boleh dipenjara minimum lima tahun serta sebatan.

28 April, 2011

Apr 28, 2011 [AKHBAR] - Belasah kekasih dalam wad

Belasah kekasih dalam wad

AMPANG: Seorang lelaki sanggup membelasah teman wanitanya lebih 10 kali sejak menjalin hubungan cinta lima bulan lalu hanya kerana diminta mencari pekerjaan atau mahu memutuskan hubungan.
Dalam kejadian terbaru kira-kira jam 9.30 malam kelmarin, mangsa yang sebelum ini dirawat kira-kira seminggu di sebuah hospital di sini, kerana dibelasah teman lelakinya itu sekali lagi dibelasah hanya kerana mangsa mahu memutuskan hubungan mereka dengan alasan tidak tahan dengan sikap panas baran teman lelakinya itu.
Mangsa dibelasah di dalam wad ketika teman lelakinya itu datang melawatnya. Walaupun terdapat beberapa pesakit lain dalam wad berkenaan tetapi teman lelaki mangsa tidak menghiraukannya sebaliknya terus menumbuk muka mangsa hingga lebam di bibir.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Fiza, 36, berkata sebelum dimasukkan di hospital itu, dia dipukul, ditendang, diterajang dan dihentak dengan kepala oleh teman lelakinya di muka dan badan hingga cedera.


Katanya, pergaduhan tercetus apabila dia sudah tidak tahan dengan sikap panas baran teman lelakinya yang sering bertindak di luar batasan memukulnya lebih 30 minit.

Apr 28, 2011 [AKHBAR] - Datuk & Nenek Buat Projek


Datuk, nenek dicekup khalwat

KANGAR: Memalukan apabila sepasang warga emas mengaku bersekedudukan ketika dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam atas kesalahan berkhalwat pada awal tahun ini.
Tertuduh, Salleh Nyan, 66, duda dan pasangannya yang juga janda, Azizah Saad, 60, membuat pengakuan berkenaan apabila dihadapkan di depan Hakim Syarie Azeman Omar.

Pendakwaan dilakukan Pendakwa Raya Syarie, Fakhrurrazi Mahdzir.

Mengikut pertuduhan, warga emas terbabit berkurung di dalam rumah di No 254, Kampung Permatang Pauh, Simpang Empat, dekat sini, kira-kira jam 2.25 pagi pada 17 Januari lalu.

Berdasarkan fakta kes, ketika serbuan dilakukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs), kedua-dua tertuduh enggan membuka pintu biarpun diketuk beberapa kali.

Tertuduh lelaki didakwa mengikut Seksyen 9(1) Enakmen Jenayah dalam Syarak Negeri Perlis 1991 manakala Azizah dituduh mengikut Seksyen 9(1)(2) enakmen sama yang boleh didenda RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya.


Fakhrurrazi dalam prosiding berkata, kedua-dua tertuduh orang berusia dan kelakuan berdua-duaan sehingga lewat pagi boleh menimbulkan syak dan mendorong kepada zina.

Katanya, mereka perlu dikenakan hukuman yang boleh memberi pengajaran termasuk sebagai ingatan kepada orang lain.“Justeru, saya mohon mahkamah mengenakan denda maksimum terhadap tertuduh,” katanya.

Salleh dalam rayuannya memohon mahkamah mengurangkan denda dengan alasan tidak mampu untuk bekerja, menghidap kencing manis, darah tinggi dan sudah bertaubat dengan tidak mengulangi perbuatan itu.

Azeman menjatuhkan hukuman denda kepada Salleh sebanyak RM2,200 atau penjara tiga bulan jika gagal membayar denda, manakala Azizah didenda RM2,000 atau penjara dua bulan jika gagal menjelaskan denda.

27 April, 2011

Apr 27, 2011 [AKHBAR] -USUP WILCHA : “KITA bako jelah umah Kak Limah,”

INTERAKSI: Masalah tiba-tiba popular

“KITA bako jelah umah Kak Limah,” itulah antara dialog popular Usop Wilcha dengan ‘trademark’ tangan melenggok serta berkerusi roda dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) arahan Mamat Khalid dan terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd.
Kerana dialog ‘berhantu’ itu jugalah nama Usop Wilcha lakonan Syed Mohamad Asri atau nama komersialnya, Shy8 bukan saja meniti di bibir peminat dewasa, malah di kalangan kanak-kanak.
Pada usia 46 tahun, Shy8, yang mula diperkenalkan Mamat menerusi filem genre komedi arahannya, Lang Buana, Man Laksa, Zombi Kampung Pisang dan HKLBR, mula mengecapi populariti mendadak di persada hiburan tanah air.

Hakikatnya, Shy8 mula menceburi dunia hiburan sebagai penyanyi menerusi album Terasing Di Bumi Sendiri yang diedarkan pada 1996.


Selepas HKLBR, ramai pengarah dan produser mula membuka mata dengan bakat yang dimilikinya. Tawaran berlakon tidak pernah putus diterimanya bukan saja tawaran berlakon filem, malah mendapat perhatian stesen radio yang ingin melamarnya menjadi DJ.Populariti Usop Wilcha semakin meniti kemuncaknya apabila muncul dengan Johan Raja Lawak melakonkan watak Abi Hurairah dan mendapat sorakan gamat daripada penonton ketika menjadi penyampai trofi Bintang Paling Popular sempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH 2010) yang berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands, baru-baru ini.

Kesan daripada percikan populariti ini, Shy8 meluahkan rasa terkilannya apabila ada pihak mengaitkan dirinya dengan kontroversi. Dia dikatakan mula ‘demand’ dan juga dikatakan menghina golongan orang kelainan upaya (OKU).

Bagaimanapun, semua itu tidak mematahkan semangat anak bongsu dari 13 beradik kelahiran Kuala Kangsar, Perak ini.

Malah, Pengurus Komunikasi Korporat di Tanjung Offshore Berhad ini juga bijak mengatur karier dan waktu sama tidak melupakan tanggungjawab kepada syarikat dan juga keluarga iaitu isteri, Noorafiza Abd Aziz, 28, dan satu-satunya cahaya mata lelaki, Syed Caliph Umar, sembilan bulan.

Ikuti temu bual bersama Ramlah Zainal (roses@hmetro.com.my) mengenai populariti yang dikecapinya, perkembangan karier seni, kehidupan peribadi serta isu Usop Wilcha dikatakan menghina golongan OKU.


RAP: Bagaimana Mamat melamar anda untuk watak Usop Wilcha dalam HKLBR?

SHY8:
Saya dan Mamat Khalid memang sudah kenal lama, tapi mungkin belum ada watak sesuai untuk ditawarkan pada saya sebelum ini.

Saya mula berlakon dengan Mamat menerusi watak panglima harimau berantai (babak imbas kembali) dan hanya dua babak saja dan satu babak dalam filem Man Laksa.
Menyusul selepas itu, barulah watak saya berkembang apabila ditawarkan menjayakan watak Usop yang juga bekas penari kebudayaan dalam filem Zombi Kampung Pisang membabitkan tujuh babak dalam filem itu. Memang sudah rezeki saya apabila Mamat tawarkan watak yang lebih besar sebagai Usop Wilcha dalam filem HKLBR selepas itu.


RAP: Kenapa anda hanya bekerja dengan Mamat dan tidak dengan pengarah lain?

SHY8:
Sebenarnya Mamat pernah mencadangkan nama saya kepada ramai produser dan pengarah lain selepas beraksi dalam filem Zombi Kampung Pisang.

Namun, mereka belum yakin dengan bakat saya dan tidak ingin mengambil risiko mengambil pelakon tidak dikenali seperti saya. Produser dan pengarah juga mengambil jalan mudah dengan menawarkan watak pada artis atau pelakon yang lebih ternama di luar sana. Sebenarnya, Mamat juga mengambil risiko kerana mengambil pelakon yang tidak dikenali seperti saya.


RAP: Benarkah anda tidak menang tangan menerima pelbagai tawaran berlakon filem selepas HKLBR?

SHY8:
Sebenarnya, saya buat berlakon untuk mengisi masa lapang. Saya juga tidak menyangka watak Usop Wilcha mencetuskan fenomena seperti ini dan saya berada pada tahap sekarang.

Memang saya banyak menerima tawaran berlakon drama, filem termasuk menjadi deejay radio selepas HKLBR, tetapi saya masih mempertimbangkan tawaran itu.

Saya baru selesai menjalani penggambaran sekuel filem Hantu Kak Limah Balik Rumah berjudul Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit.


RAP: Ada segelintir pihak yang mendakwa anda mula ‘demand’ sekarang?

SHY8:
Bukannya saya jual mahal atau ‘demand’ tetapi saya nak pastikan tidak jatuh selepas naik mendadak ketika ini. Saya ingin tahu orang nak ambil saya berlakon kerana bakat atau ingin tumpang bakat saya? Saya tidak ada masalah jika orang nak ambil saya berlakon kerana bakat, tetapi mereka perlu akur kerana agenda seni saya padat.

Keutamaan saya tetap pada Mamat kerana ingin membalas budinya pada saya selama ini. Mengikut perancangan, Mamat ingin menghasilkan empat filem mengenai Usop Wilcha selepas ini, tetapi ia bergantung kepada kesesuaian masa saya.


RAP: Bagaimana anda membahagikan masa antara karier dan keluarga?

SHY8:
Ada tiga keutamaan saya dalam hidup iaitu keluarga, kerjaya dan minat. Apa yang penting, saya perlu bijak membahagikan masa untuk keluarga. Saya juga tidak mahu dicop merebut semua tawaran yang datang kerana saya adalah pelakon yang profesional dan buat kerja mengikut kemampuan.

Maklumlah, saya ada karier tetap sebagai pengurus komunikasi korporat syarikat.

Saya bertuah kerana bos faham dan merestui karier seni yang mendapat perhatian orang. Syarikat memang tempat saya berlindung pun selama ini. Apapun, selaku pengurus komunikasi korporat syarikat, saya perlu berhubung dengan orang ramai untuk memberitahu masyarakat syarikat kami memang wujud.


RAP: Bagaimana penerimaan keluarga dengan populariti mendadak dikecapi ketika ini?

SHY8:
Keluarga saya memang terkejut kerana saya daripada orang biasa kepada luar biasa.

Bukan senang saya hendak keluar bersama keluarga kerana ada peminat yang datang hendak bergambar. Saya juga akur sudah tiada privasi apabila keluar dengan anggota keluarga dan inilah harga yang perlu dibayar sebagai selebriti.


RAP: Ada segelintir pihak mendakwa watak Usop menghina golongan OKU?

SHY8:
Ia bergantung pada sudut mana yang kita lihat. Jika kita lihat ia adalah penghinaan kepada OKU, terpulanglah. Saya ingin anda beritahu di manakah watak Usop yang menghina OKU? Hakikatnya, watak Usop Wilcha ini mengangkat watak OKU jadi pelakon utama dalam filem. Malah, saya dapat maklum balas
positif apabila ramai orang yang berkerusi roda ingin berjumpa dengan saya kerana mereka suka dengan filem HKLBR.


RAP: Kenapa watak Usop Wilcha berkerusi roda dan tidak boleh berjalan?

SHY8:
Watak Usop berkerusi roda kerana kami ada sebab yang kukuh. Keadaan kesihatan saya yang baru menjalani pembedahan jantung dan skrip filem itu sudah siap lebih awal. Melihatkan keadaan saya yang tidak mengizinkan itu, Mamat mencadangkan supaya saya memakai kerusi roda untuk watak Usop Wicha. Tidak adil untuk orang menuduh saya menghina golongan OKU jika mereka tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya.

Mungkin pihak itu ada motif tertentu menyebarkan cerita negatif untuk kepentingan sendiri.


RAP: Tidak berminat buat cerita genre lain?

SHY8:
Sebenarnya, ramai orang yang salah faham kerana fikir saya seorang pelawak. Hakikatnya, saya lebih kepada seorang pelakon dan boleh bawa watak serius diserahkan. Saya juga tidak jangka orang terima watak Usop dan suka dengannya. Secara peribadi, memang saya mempunyai ‘sense of humor’ dan saya juga suka berjenaka dengan orang tapi belum sampai kepada ‘stand up comedian’ kerana masih ramai pelawak yang hebat di negara ini.

Namun, banyak watak ditawarkan pada saya adalah karakter komedi kerana kalau saya buat watak serius pun orang fikir saya melawak juga.


RAP: Bagaimana pula dengan karier nyanyian?

SHY8:
Saya juga dapat undangan persembahan iaitu menyanyi, mengacara dan melawak dari syarikat korporat pada Jun dan Julai nanti.

Dalam tempoh sebulan, pasti saya dapat dapat undangan persembahan dari pelbagai pihak. Album baru pula, saya serahkan kepada tawaran yang datang nanti kerana saya masih simpan lagu sendiri. Saya percaya ia bergantung kepada rezeki. Tapi saya tidak berani janji.


RAP: Perancangan anda pada masa depan?

SHY8:
Saya akan terus berlakon selagi ada tawaran dan kesihatan mengizinkan

Apr 27, 2011 [LAGU] - Koleksi lagu2 ROCK KAPAK

Buat semua followers yang teringin nak dengar lagu zaman2 rock kapak tp malas nk cari ngan download....tinggalkan komen kat sini ....nanti daddy akan post kan lagu2 tersebut kat followers sekelian ....

inilah hadiah istimewa daddy buat pengikut setia blog daddy ni....insyaallah daddy akan bagi banyak lagi hadiah2 misteri nanti .


Apr 27, 2011 [AKHBAR] - Lelaki mati ‘kali kedua’

Lelaki mati ‘kali kedua’

BUKIT MERTAJAM: Selepas 13 hari tidak sedarkan diri di unit rawatan rapi (ICU), seorang lelaki yang menggemparkan Unit Kecemasan Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini, apabila tiba-tiba hidup kembali selepas diisytiharkan meninggal dunia pada 14 April lalu, menghembuskan nafas terakhirnya semalam.
Ng Swee Hock, 65, meninggal dunia di hadapan isterinya, Lim Siew Hua, 56, serta anak lelakinya, Ng Kean Hooi, 27, dan Ng Kean Liong, 25, di rumah mereka di Kampung Tok Elong, Tanah Liat di sini, kira-kira jam 10.50 pagi semalam.

Mendiang dibawa pulang ke rumahnya semalam, menggunakan ambulans kira-kira jam 10.40 pagi dan selepas perbincangan, keluarganya meminta jururawat mencabut alat bantuan pernafasan walaupun mengetahui peluang untuk Swee Hock hidup tipis tanpa alat itu.

Upacara sembahyang yang dipercayai untuk memudahkan roh mendiang ‘pergi’ secara aman dilakukan keluarga sebelum jururawat menanggalkan alat pernafasan dan dia menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 10.50 pagi.

Siew Hua berkata, mendiang suaminya tidak sedarkan diri sepanjang menerima rawatan di HSJ dan doktor juga menyatakan peluang suaminya untuk hidup, tipis.

Katanya, hospital membenarkan mendiang keluar hospital kelmarin tetapi disebabkan nasihat ketua agama, mereka membawanya pulang semalam.


“Saya dan ahli keluarga tidak sanggup melihatnya terus menderita, hari ini (semalam) selepas tiba di rumah kami meminta jururawat menanggalkan bantuan oksigen,” katanya.

Dalam kejadian 14 April lalu, Swee Hock dibawa ke HSJ selepas dia tiba-tiba berhenti bernafas di rumahnya dan pasukan perubatan melakukan ‘ardio pulmonary resuscitation’ selama 45 minit tetapi tidak pulih sebelum dia disahkan meninggal dunia.
Namun, selepas beberapa jam, Swee Hock menunjukkan tanda bernafas dan dimasukkan ke ICU

Apr 27, 2011 [AKHBAR] - Awas wanita! - serbuk perangsang seks

Awas wanita!

BERBAHAYA...Ejoe menunjukkan serbuk perangsang seks.
BERBAHAYA...Ejoe menunjukkan serbuk perangsang seks.
KUALA TERENGGANU: Caranya mudah. Cuma koyak, campurkan ke dalam minuman dan kacau hingga sebati, namun kesannya amat berbahaya kerana ia dikatakan mampu meningkatkan nafsu seks wanita secara mendadak hingga memudahkan mereka menjadi mangsa rogol.
Bungkusan serbuk perangsang seks yang berharga RM15 hingga RM50 sebungkus itu kini sering digunakan lelaki hidung belang sekitar bandar ini untuk memerangkap wanita yang baru dikenali hingga ke bilik tidur.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan meminta orang ramai terutama wanita lebih berhati-hati untuk mengelakkan mereka menjadi mangsa lelaki yang melakukan jenayah seks menggunakan serbuk perangsang seks terbabit.

Menurutnya, biarpun belum menerima laporan kes khususnya rogol yang menggunakan bahan perangsang seks terbabit, polis tidak menolak kemungkinan kejadian seperti itu boleh berlaku.

26 April, 2011

HARI NI TK BERAPA SIHAT !!!!!

Assalamualaikum warrahmatullah hiwabarakatuh ....buat semua follower
Hari ni just nk short update saja sbb tak berapa sihat ....

smlm daddy & mummy sama2 down  sbb demam ....mummy lagi teruk ...tk bangun terus

On weekend ...daddy dh full agenda....
hari sabtu ...sessi pagi kat umah mak ...sessi housekeeping rumah... oooo lupa nk bagi tau
adik daddy nk kahwin hujung bulan 5 ni .....tu yang kalut sikit buat persiapan ...
sessi tengahari pegi kenduri rumah sepupu  & sessi petang nya pula kn hantar barang kat KEDA kg leret di Serdang Kedah ...jauh la juga .....

Mlmnya layan bola dulu MU Vs Everton....nasib baik MU mng gak 1-0 ...berbaloi juga tunggu .....
Mlm tu kn balik juga sbb pagi2 ahad , hero daddy - IRFAN akan lawan bolasepak dlm pertandingan antara PASTI2 kawasan Padang Serai.....lebih kurang 24 buah pasti .....Ermmmm pncapaian tahun ni not bad ....rekod tanpa kalah dlm round robin 4 mng & 1 seri dan muncul juara kumpulan .....Irfan pun score 2 gol dari 10 gol yg dijaringkan dlm 5 perlawanan.

habis jer game terakhir prgkt round robin ....terus drive ke alor star pula ....bawa adik bongsu daddy jumpa doktor pakar kat Hosp Sultanah Bahiyah Alor Star..... Tk payah cakap la...punya tired...
mlam tu kul 9.....dh hanyut .......

ok lah ...byk lagi yg daddy nk share sbnrnya...tapi nanti la....









Apr 26, 2011 [PICTURES] - SEXY PIC of UMI NAZEERA.

Apr 26, 2011 [MOTIVASI] -Wahai suami! dengarlah isteri anda

Wahai suami! dengarlah isteri anda
Dr. di sini saya ingin minta pandangan/ nasihat daripada Dr. berkaitan masalah yang saya hadapi sekarang ini. Bukan tujuan saya memburukkan sesiapa, cuma saya mohon pandangan dan nasihat apa yang perlu saya lakukan untuk terus membina bahagia bersama suami. Dr., selalunya saya akan luahkan perasaan pada suami jika ada perkara yang saya tak puas hati atau terasa. Tapi yang musykilnya setiap kali saya luahkan, saya tak dapat respons yang begitu baik. Tidaklah suami memarahi saya, tapi seolah-olah dia tidak boleh terima apa yang saya luahkan. Setiap kali saya luahkan rasa tidak puas hati, suami berkata ia perkara remeh bagi dia tapi tidak bagi saya. Walaupun nampak remeh, pada saya, setiap masalah yang saya timbulkan haruslah ada penyelesaiannya. Suami saya tidak pernah berkongsi masalah atau apa yang mungkin tak menyenangkan dirinya sehinggalah bila saya bangkitkan isu, barulah suami bersuara.
Sebelum saya bersemuka dengan suami, biasanya saya luah rasa tak puas hati melalui e-mel, tapi tak pernah mendapat respons daripada suami. Perkara itu berlalu begitu sahaja, sehingga saya bersuara lagi.Tapi itulah, bila bersuara saja perkara remeh,jangan fikir sangat. Saya sudah tidak tahu bagaimana untuk mengatakannya. Saya tidak boleh memberi nasihat atau pandangan jika ada sebarang masalah melainkan orang lain yang lebih hampir dengan suami. Apa yang saya utarakan, susah untuk diterima suami seolah-olah saya mahu mengajarnya. Bukan begitu maksud sebenarnya, saya sekadar ingin berkongsi. Salahkah saya? Kadang-kadang saya tidak sengaja meninggikan suara dengan suami sebab terasa sangat. Jadi, apa lagi cara yang harus saya buat suami memahami apa yang hendak saya sampaikan. 
Sampai sekarang masih ada isu yang saya pendam walaupun hati ini sudah sakit sangat. Boleh katakan setiap malam saya menangis, saya mohon pada Allah agar diberi petunjuk dan hidayah, beri saya kekuatan untuk hadapi dugaan berumah tangga.Saya akui saya ada buat silap, tapi saya sedang usaha perbaiki. Tapi saya tidak dapat sokongan penuh dari suami. Dr. sekarang saya dah jadi seorang yang terlalu sensitif, pemarah, degil, keras hati. Saya tidak mahu jadi begitu. Minta jawapan segera daripada pihak Dr. Terima kasih. Wassalam.
Suami tidak beri respons 
Sekarang cubalah anda lihat, apakah sebenarnya masalah yang melanda wanita ini? Tidak jelas bukan? Masalah suami yang tak memberi respons, itu satu, tapi apa isu sebenarnya, seksualiti, layanan, kasih sayang, anak-anak, kewangan, mentua, orang ketiga, atau apa? Semuanya boleh bukan, masalahnya taklah semua pula. Tentu salah satu, tetapi andainya salah satu, yang mana satu? Kebanyakan kita samalah, apabila masalah melanda kita terlalu memikirkan masalah itu hingga tidak tahu apa sebenarnya yang menjadi akar kepada masalah. Orang kata, hendak membunuh lalang galilah lalang dan keluarkanlah akarnya. Selagi akar itu tidak dibakar ia akan tumbuh balik. Menebas lalang adalah penyelesaian jangka pendek sebab ia pasti tumbuh balik.
Sememangnya kebanyakan suami tidak pandai menunjukkan bahawa mereka kisah. Kebanyakannya lebih banyak diam apabila didepani satu-satu isu rumah tangga. Walaupun begitu sebenarnya mereka tetap memikirkannya, atau menganggapnya kecil lantaran ada yang lebih besar untuk diberikan perhatian. 
Kepada semua suami, renung-renunglah sabda Rasulullah S.A.W yang maksudnya, “Gambaran kehidupan orang yang beriman dari segi kasih sayang, saling bersimpati dan saling cinta mencintai samalah seperti anggota tubuh yang jika salah satu daripadanya mengadu kesakitan, ia melibatkan seluruh anggota lain yang tidak tidur malam dan demam.” (Ahmad dan Muslim) Sekurang-kurangnya berikanlah perhatian anda tatkala isteri bercakap sebab wanita memang mahukan begitu.

Apr 26, 2011 [TIPS RUMAHTANGGA] - Selaraskan fikiran dan suasana agar seks lebih bermakna

Selaraskan fikiran dan suasana agar seks lebih bermakna

Apa juga yang dilakukan perlukan perancangan dan strategi. Cara ini barulah apa yang diidamkan mendapat hasil yang memuaskan. Demikian jugalah halnya dengan seks. Setiap pasangan suami isteri perlu mengatur strateginya tersendiri sebelum ''beraksi'' dan bukannya main belasah saja. Sebelum melakukan hubungan intim, paling tidak ada dua perkara penting yang harus dipersiapkan, iaitu fikiran dan suasana. Vanessa Burton, terapi seks dan perkahwinan menyatakan, kepuasan seks sebahagian besar datangnya dari fikiran. Sebab itu adalah sangat penting untuk menyelaraskan fikiran sebelum melakukan aktiviti seksual untuk mendapatkan kepuasan. Masalahnya, bagaimana cara mengatur fikiran selaras dengan aktiviti seks? 

Ini tip yang perlu anda lakukan:-

Lepaskan halangan
Sejak daripada dulu masyarakat kita tidak biasa mengekspresikan banyak perkara berkaitan seks. Perkara ini jugalah yang membuat ramai pasangan suami isteri mengalami gangguan dalam kehidupan seks. Mereka tidak dapat mengekspresikan keperluan atau fantasi seks walau kepada pasangan sendiri. Padahal kehebatan seks akan tercapai bersama pasangan adalah bila masingmasing dapat menjayakan fantasi seks yang diingini. Justeru halangan ini perlu anda buang dari fikiran. Luahkan keinginan anda pada pasangan. Ingatlah bahawa anda hanya berdua saja dengan pasangan di dalam kamar. Oleh itu tidak ada alasan bagi anda untuk menyatakan apa saja kepadanya.

Mood romantis
Ketika mahu melakukan seks, mood yang diperlukan adalah yang bersifat romantis. Oleh itu anda perlu mencipta suasana romantis seperti kamar yang kemas dan berbau harum, pakaian yang seksi atau apa saja yang boleh mempengaruhi kejayaan aktiviti seks anda dan pasangan. Boleh juga mencipta suasana romantis ini dengan menonton filem cinta, memutarkan muzik perlahan yang sentimental selain penggunaan cahaya yang samar di dalam bilik agar dapat menambah ghairah untuk berhubungan intim.

Kucupan hangat
Tiada apa yang lebih membangkitkan ghairah dibandingkan ciuman mesra yang sensual dan lama, terutama untuk wanita. Kucupan merupakan ekspresi keintiman dan hasrat yang boleh dilakukan bila-bila dan di mana saja. Tetapi ciuman yang hangat untuk membangkitkan suasana romantis perlu dipelajari, baik oleh suami mahupun pasangan. Terlebih dahulu anda mungkin boleh melakukan ciuman pada wajah pasangan sebelum beralih ke dahi, pipi, hidung dan perlahan-lahan menuju bibir, leher dan anggota tubuh yang lainnya.

Saling menggoda
Ketika suasana romantis sudah terbentuk dalam fikiran, inilah masa yang paling tepat untuk saling menyentuh. Sentuhan-sentuhan menggoda dapat dilakukan semasa melakukan pemanasan. Sebenarnya sentuhan dan pemanasan memainkan peranan besar untuk mendorong seseorang melakukan hubungan seks. Oleh itu jangan sekali-sekali melakukan hubungan intim tanpa acara pemanasan yang memadai. Pemanasan adalah masa transisi fikiran, dari hal-hal sehari-hari dan rutin ke dalam dunia seksual. Selain itu, bisikan kata-kata yang menggambarkan fantasi anda di telinga pasangan juga akan membangkitkan ghairah anda berdua. Semakin baik teknik pemanasan anda, semakin sempurna hubungan intim anda dengan pasangan.

Jaga kecergasan 
Punya hasrat dan mood untuk hubungan intim saja tidak mencukupi jika tubuh anda tidak larat untuk melakukannya. Justeru, anda dan pasangan harus punya tenaga dan kesihatan yang baik. Sememangnya ada pasangan yang berpenyakit mampu melakukan hubungan seks malah punya ramai anak tapi bagaimana pula tahap kepuasan yang diperoleh oleh diri atau pasangan tersebut? Oleh itu anda harus menjaga pemakanan selain bersenam untuk mendapatkan kesihatan dan tenaga yang mantap. Anda sudah tentu tidak mahu persiapan yang diatur untuk melakukan seks akhirnya terbantut kerana tidak punya kudrat yang mencukupi!

Apr 26, 2011 [AKHBAR] - Amah jaja tubuh di rumah majikan

Amah jaja tubuh di rumah majikan

KUALA LUMPUR: Digaji untuk membuat kerja dan menjaga rumah majikannya, tetapi seorang amah warga Indonesia menawarkan khidmat seks ketika ketiadaan majikan di rumahnya, di Bukit Kiara, di sini.
Lebih keji, pembantu rumah terbabit yang berusia 24 tahun bekerja dengan majikannya sejak setahun lalu dan melakukan kerja kotornya itu bermula awal tahun ini, setiap kali bersendirian di rumah majikannya itu.

Difahamkan, pembantu rumah terbabit menyasarkan lelaki hidung belang terutama penduduk di kawasan perumahan berkenaan dan mengenakan bayaran perkhidmatan RM50 hingga RM100.

Bagaimanapun, dalam kejadian terbaru kira-kira jam 9 pagi, Jumaat lalu, kebodohan pembantu rumah itu meminta pertolongan majikannya menuntut bayaran khidmat seksnya daripada seorang pengawal keselamatan membongkar rahsia pendapatan sampingannya itu.

Berang dengan pembantu rumah terbabit selain kesal dengan sikap pengawal keselamatan yang turut menjadi pelanggan, majikan amah itu membuat laporan di Balai Polis Travers, di sini, kerana bimbang kegiatan tidak bermoral itu berterusan di rumahnya.

Menurut sumber, mangsa yang berusia 56 tahun itu menyedari kegiatan jijik pembantu rumah terbabit selepas diakui sendiri wanita itu ketika dia bersarapan.


“Pembantu rumah itu resah dan selepas mangsa menanyakan apa yang berlaku, wanita itu menceritakan kepada mangsa.

“Dipercayai, pembantu rumah itu tidak pernah mendatangkan masalah sepanjang dia berkhidmat, malah cermat dalam menjalankan tugas mengemas serta menjaga rumah mangsa.“Oleh itu, apabila pembantu rumah terbabit menceritakan kejadian terbabit, majikan berkenaan terkejut dengan kegiatan sampingan pembantu rumahnya itu.

“Turut menghairankan mangsa ialah pembantu rumahnya itu dengan berani meminta pertolongannya menuntut bayaran daripada pengawal keselamatan terbabit selepas dia mengaku sudah lama menggunakan rumahnya sebagai ‘port’ melakukan perbuatan terkutuk.

“Mangsa berasa tertipu dengan tindakan wanita terbabit yang melakukan perbuatan terkutuk di rumahnya semata-mata mahu pendapatan lebih,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan siasatan dijalankan

Apr 26, 2011 [AKHBAR] - ROGOL SISWI DALAM ASRAMA ...

Jel 30 tahun, 16 sebatan

MELAKA: Seorang pemuda dihukum penjara 30 tahun dan 16 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas tiga kesalahan iaitu merogol dan merompak dengan mencederakan seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Melaka serta menceroboh kampus terbabit, 18 April lalu.
Hakim Abu Bakar Katar memutuskan demikian terhadap tertuduh, Mohd Karimi Kamal Arifin, 22, yang mengaku bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan itu selepas meneliti rayuannya serta hujah Timbalan Pendakwa Raya, Mahmoodah Abdul Latiff yang memohon hukuman berat.

Beliau menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun dan 10 sebatan bagi pertuduhan pertama iaitu merogol penuntut berusia 19 tahun tujuh bulan di Kolej Siswi Tun Mutakhir, Jalan Tun Mutakhir, dekat sini pada 18 April lalu.

Bagi tuduhan kedua iaitu menyamun telefon Blackberry dan wang tunai RM133 milik mangsa di tempat dan tarikh sama kira-kira jam 2.25 petang serta mendatangkan kecederaan kepadanya iaitu lebam di muka dan leher, tertuduh dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan enam sebatan.

Bagi kesalahan menceroboh ke asrama berkenaan pada tarikh dan di tempat sama kira-kira jam 2.15 petang, dia dihukum penjara dua tahun.

Bagi kesalahan rogol, Mohd Karimi dituduh mengikut Seksyen 376 (2) (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun serta sebatan, manakala bagi kesalahan menyamun, dia dituduh mengikut Seksyen 394 akta sama yang jika disabitkan boleh dipenjara 20 tahun dan sebatan.


Bagi kesalahan menceroboh, dia didakwa mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang jika disabitkan boleh dipenjara tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.

Tertuduh bagaimanapun bernasib baik apabila hakim menetapkan semua hukuman berjalan serentak bermula dari tarikh dia ditangkap.Dalam hujahnya, Mahmoodah berkata perbuatan tertuduh menceroboh asrama wanita pada waktu petang menunjukkan dia langsung tidak menghormati undang-undang “Kawasan itu dikawal rapi pengawal tapi dia berjaya menceroboh masuk, sekali gus menimbulkan ketakutan kepada semua pelajar dan ibu bapa mereka.

“Tertuduh hilang sifat kemanusiaan kerana menumbuk muka dan bibir serta mencekik mangsa, malah bernafsu binatang apabila merogol mangsa yang datang haid.

“Akibatnya, mangsa trauma dan terpaksa menangguhkan pengajiannya satu semester serta tidak dapat menduduki peperiksaan akhir.

“Saya merayu hukuman berat sebagai pengajaran kepada tertuduh dan orang lain supaya tidak memijak maruah wanita sesuka hati,” katanya.

Tertuduh yang berpakaian lokap hanya tenang dan merayu hukuman ringan dengan alasan sudah insaf.

Berdasarkan fakta dikemukakan Mahmoodah, tertuduh memanjat pagar di belakang kolej itu lalu masuk ke bilik ketika mangsa sedang tidur menyebabkan dia terjaga sebelum melihat tertuduh yang berbogel terus datang dan menindih badannya.

Walaupun mangsa melawan, tertuduh menghempap dan memeluknya serta cuba mencium menyebabkan dia meronta dan menjerit meminta tolong sambil mengucap dua kalimah syahadah. Pada masa sama mangsa terbau cecair peluntur cat dari tubuh tertuduh.

“Melihat mangsa menjerit, tertuduh mencekik kuat lehernya dengan kedua-dua tangan, menumbuk muka dan bibir serta menghentak kepalanya di dinding katil menyebabkan dia lemah lalu menanggalkan seluar sukan dan seluar dalamnya.

“Dia menarik kedua-dua tangan mangsa hingga jatuh ke lantai sebelum mangsa mencapai bateri komputer riba lalu mengetuk kepada tertuduh tiga kali, namun dihalangnya.

“Dalam ketakutan, mangsa berkata dia datang bulan, namun tertuduh tetap merogol serta mencabulnya,” katanya.

Katanya, selepas itu tertuduh mengambil telefon dan duit mangsa sebelum mangsa berlari meminta tolong kepada rakannya di bilik sebelah yang kemudian menjerit meminta bantuan pengawal keselamatan.

Tertuduh ditangkap pengawal keselamatan, Saiful Ambia pada jam 3 petang di tingkat tiga asrama itu.

Apr 26, 2011 [AKHBAR] - Air Mani Anwar ??????


Misteri air mani lelaki ‘Y’ terjawab

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, semalam, diberitahu air mani yang ditemui di dalam dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah sepadan dengan dengan profil DNA milik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden dalam hujahnya di akhir kes pendakwaan berkata, ia disahkan melalui perbandingan tiga sampel dari berus gigi, tuala Good Morning dan botol air mineral yang diambil dari lokap tempat Anwar ditahan pada 17 Julai 2008. “Kesimpulan ini dibuat berdasarkan analisis DNA yang dilakukan ahli kimia, Nor Aidora Saedon terhadap sampel diambil dari bilik lokap yang diguna secara tunggal hanya oleh Anwar saja serta sampel yang diambil oleh Dr Seah Lay Hong dari Mohd Saiful Bukhari.

“Melalui perbandingan itu ia mengesahkan penyumbang yang dikenali dan diletakkan sebagai ‘lelaki Y’ adalah Anwar. Ini secara jelas menunjukkan wujud kes prima facie oleh pihak pendakwaan,” katanya.

Mohamed Yusof berhujah, keterangan tiga pakar Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Mohd Razali Ibrahim, Dr Siew Sheue Feng dan Dr Khairul Nizam Hassan, mengesahkan bahawa berlaku kemasukan zakar seperti yang didakwa Mohd Saiful dan melalui calitan yang diambil daripada duburnya.

”Pihak pendakwaan sudah mengemukakan semua bukti dan ia mencukupi untuk menunjukkan bahawa terdapat kemasukan dalam dubur Mohd Saiful. Ini membolehkan tertuduh dipanggil membela diri, dan jika dia memilih untuk mendiamkan diri maka perlu disabitkan atas kesalahan seperti yang didakwa ke atasnya,” katanya.

Sementara itu berhubung kredibiliti Mohd Saiful sebagai saksi utama kes ini, Mohd Yusof berhujah bahawa kegagalan lelaki itu tidak melarikan diri atau membuat laporan polis selepas kejadian liwat berlaku, tidak bermakna kejadian liwat itu tidak berlaku.


“Terdapat beberapa penjelasan berhubung perkara itu iaitu Mohd Saiful mungkin berasa takut dan rasa hormat yang tinggi terhadap Anwar memandangkan beliau diberi layanan istimewa antaranya diberi bilik khas walaupun baru bekerja selama dua bulan malah diberi hadiah seperti seluar yang dipakai ketika kejadian.

“Berdasarkan kepada fakta dan situasi itu, kegagalan mangsa melarikan diri atau mengadu mengenai kejadian berkenaan adalah difahami dan ia tidak menjejaskan kredibiliti sehingga menyebabkan keterangan beliau tidak boleh diterima,” katanya.Mohd Yusof berkata, keterangan Mohd Saiful konsisten dan terdapat rentetan cerita lengkap yang diberikan daripada awal pertemuan pertama sehingga kejadian liwat didakwa berlaku.

Terdahulu dalam prosiding itu, Karpal Singh dalam hujahnya mendakwa Mohd Saiful Bukhari tidak konsisten dalam memberi keterangan malah patut dikenakan tuduhan berbohong apabila mendakwa dia diliwat majikannya, tiga tahun lalu.

“Kami memohon supaya pertuduhan digugurkan dan Mohd Saiful didakwa mengikut Seksyen 195 Kanun Keseksaan iaitu mereka-reka bukti dan ia juga menghantar mesej yang jelas bahawa kehakiman tidak akan bertolak ansur dengan tindakan salah guna proses iaitu menyebabkan mensabitkan kesalahan terhadap mereka tidak bersalah.

“Mohd Saiful bukan saksi yang berwibawa malah terlalu banyak elemen tidak konsisten. Ia jelas apabila Mohd Saiful berbohong apabila membuat laporan polis mendakwa perkara itu (liwat) berlaku tanpa kerelaan. Dia (Mohd Saiful) boleh melarikan diri ketika kejadian sebaliknya dia tidak berbuat demikian,” katanya Menurutnya, ini bukan bermakna Mohd Saiful melakukan perbuatan itu tetapi sebagai anak muda yang masih kuat, lelaki itu sepatutnya boleh melawan daripada melakukan perbuatan itu.

Prosiding di hadapan Hakim Datuk Mohamed Zabidin Mohd Diah bersambung hari ini

22 April, 2011

Apr 22, 2011 [FIKRAH] - Suami ‘perah’ duit isteri

Suami ‘perah’ duit isteri

SAYA seorang isteri berusia 33 tahun manakala suami awal 40-an. Masalah yang saya hadapi kini ialah suami tidak mementingkan hal berkaitan agama.
Dia juga seorang yang tidak mengambil berat mengenai peranannya dalam keluarga. Dengan pendapatannya yang cukup makan saya mengambil inisiatif membantu meringankan bebanan keluarga.
Pada mulanya saya masih boleh menerimanya, namun kini keadaannya bertambah teruk apabila bergantung dengan hasil pendapatan saya.

Dr, bagaimana caranya untuk memujuk suami supaya dia boleh menjadi contoh terbaik kepada anak-anaknya? Saya bimbang jika tersalah memberi teguran akan menyebabkan berlaku perselisihan faham atau ketegangan antara kami.


DALAM DILEMA
Pulau Pinang



MEMBERI nafkah kepada keluarga adalah tanggungjawab suami. Ini ditetapkan Islam. Apabila isteri bekerja dengan izin suami dan berniat untuk menampung keperluan keluarga ia dibenarkan.

Bagaimanapun, apabila suami mengabaikan tanggungjawabnya kemudian membebankan isteri dengan tanggungjawab itu, maka pelbagai masalah akan berlaku.

Suami perlu malu jika mereka berbuat perkara demikian. Sebagai isteri yang bertanggungjawab dan tidak mahu menghancurkan rumah tangga anda boleh menasihati suami sebaik mungkin.

Ini untuk kepentingan keluarga dan anak. Luangkan waktu sesuai untuk berbincang dari hati ke hati. Semoga ia dapat menyelesaikan masalah berkenaan.

Menurut Islam, perdamaian antara suami isteri adalah yang sebaiknya daripada bercerai-berai. Puan boleh bertolak-ansur dengan suami mengenai perbelanjaan keluarga.

Sifat terbaik adalah murah hati berbanding dengan bakhil. “Dan jika seorang perempuan bimbang akan timbul daripada suaminya nusyuz atau tidak melayaninya, maka tidak salah membuat perdamaian

di antara mereka berdua kerana perdamaian itu lebih baik, sedang sifat bakhil itu memang tabiat semula jadi manusia.

“Dan jika kamu berlaku baik dan mencegah diri (daripada kezaliman), sesungguhnya Allah adalah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya akan apa yang kamu lakukan.” (Surah an-Nisa’ ayat 128).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...