Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

02 June, 2011

Jun 2, 2011 - Bekas teman lelaki GRO dipenjara 15 tahun

PUTRAJAYA 1 Jun - Mahkamah Persekutuan hari ini memerintahkan seorang bekas penuntut kolej kekal menjalani hukuman penjara 15 tahun kerana menyebabkan kematian tanpa niat membunuh terhadap anak perempuan teman wanitanya yang ketika itu berusia dua tahun 10 bulan, hampir 10 tahun lalu.
Bagaimanapun, Megat Shahrizat Megat Shahrur, 32, akan dibebaskan Jumaat ini selepas hukuman pemenjaraan bermula tarikh tangkapan pada 4 Jun 2001, tamat dua hari lagi. Dia menangis teresak-esak sejurus keputusan diumumkan.
Responden disabitkan atas tuduhan menyebabkan kematian tanpa niat membunuh Nur Izzatul Shahira Rozilan yang laporan bedah siasat menunjukkan hati dan pankreas mangsa pecah.
Keterangan kes menyatakan, dia duduk di atas badan mangsa beralaskan kusyen di ruang dapur rumah yang diduduki pasangan itu di Kondominium Sri Suajaya, Jalan Kampung Bandar Dalam, Sentul di ibu negara di antara 10.45 malam, 3 Jun 2001 dan 1.30 pagi keesokannya.
Ketika kejadian, ibu kanak-kanak itu tiada di rumah kerana bertugas sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO) di sebuah kelab dangdut dan mangsa yang dipelihara oleh neneknya hanya datang dua kali seminggu.
Pada malam itu, kanak-kanak berkenaan menangis berterusan setelah ditinggalkan ibunya ketika sedang tidur menyebabkan Megat Shahrizat menampar mulut dan pipi sebelum duduk di atas tubuh mangsa beralaskan kusyen yang telah dilipat.
Panel tiga hakim diketuai oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum yang bersidang bersama Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan Datuk Seri Md. Raus Sharif mengekalkan hukuman itu selepas menolak rayuan Timbalan Pendakwa Raya (DPP), Ahmad Bache.
Beliau merayu setelah tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi meminda tuduhan dan menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun manakala Mahkamah Rayuan pula mengekalkan keputusan itu. Responden yang diwakili oleh peguam Ab. Kadir Ismail mengaku bersalah terhadap tuduhan pindaan.
Hakim Malanjum dalam keputusannya menyatakan, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur betul ketika meminda tuduhan daripada Seksyen 302 Kanun Keseksaan kepada Seksyen 304(a) kanun yang sama selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan wujudnya niat membunuh yang menjadi intipati pertuduhan.
Pada hemat beliau, walaupun keterangan saksi pendakwaan ketujuh (SP7) menyatakan dia melihat responden memukul sebelum duduk di atas badan kanak-kanak itu beralaskan kusyen, ia tidak membuktikan bahawa perbuatan itu secara langsung menjadi punca kematian mangsa.
Hakim Malanjum berpendapat, SP7 malah tidak mengetahui sama ada Megat Shahrizat duduk di atas mangsa dengan keseluruhan berat badannya atau sekadar duduk secara ringan ketika menghimpit tubuh kanak-kanak itu dengan kusyen.
Sehubungan itu, panel tersebut sebulat suara berpendapat, bukti keterangan yang diketengahkan oleh pendakwaan gagal menepati kehendak Seksyen 300 bagi membuktikan wujud niat membunuh (mens rea).
Namun demikian, Hakim Malanjum dalam keputusan itu menyifatkan, Megat Shahrizat 'tiada perasaan' kerana sanggup duduk di atas tubuh kanak-kanak yang belum pun mencecah usia tiga tahun.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...