Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

02 June, 2011

Jun 2, 2011 - Jel 8 tahun, 2 sebat

 

Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad
mriduwan@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
MELAKA: Seorang penarik beca dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini semalam, selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan merogol seorang remaja bawah umur.
Tertuduh, M Hararna Jeet Singh, 56, dari Jalan Tengkera Pantai 2, didakwa merogol remaja berusia 14 tahun tujuh bulan pada 27 April lalu, di sebuah bilik di Jalan Chan Koon Cheng, dekat sini, kira-kira jam 10.15 malam.

Dia dituduh mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan dikenakan sebatan.

Hakim Ahmad Sazali Omar dalam penghakimannya menetapkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh ditangkap pada 28 April lalu.

Hararna tidak diwakili peguam bela manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Mahadi Abdul Jumaat.

Dalam rayuannya, Hararna memberi alasan dia sudah tua dan insaf serta tidak akan mengulangi kesalahannya.


“Saya sudah berumur dan ini juga kesalahan pertama. Saya berjanji tidak akan melakukan kesalahan ini lagi,” katanya.

Mahadi bagaimanapun memohon mahkamah mengenakan hukuman berat kerana kesalahan itu serius.
“Tertuduh cukup matang untuk berfikir mengenai baik dan buruk sesuatu perkara dan bukan mengambil kesempatan terhadap mangsa masih di bawah umur.

“Saya juga memohon mahkamah menggunakan budi bicara peruntukan Seksyen 289 (c) Kanun Acara Jenayah dalam memberikan hukuman sebatan terhadap tertuduh melebihi usia 50 tahun,” katanya.

Mengikut fakta kes, mangsa ke rumah kakak angkatnya yang tinggal bersama tertuduh bagi meminjam RM300.

Kakak angkat mangsa bagaimanapun tidak mempunyai wang mencukupi meminjamkan kepada mangsa sebelum mangsa diperkenalkan kepada tertuduh.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...