Tolong Klik kat iklan Nuffnang Tanda sokongan anda

visit me

Click Here To Show Yr Support

Berita Panas Je !!!!!!!

03 June, 2011

Jun 3, 2011 - Isteri tak hormat suami


DULU saya seorang yang bekerjaya, namun menamatkan perkhidmatan beberapa tahun yang lalu kerana ingin mencuba peluang dalam dunia perniagaan.
Malangnya perniagaan tidak berjaya dan kini saya membantu isteri menjalan�kan perniagaan makanan yang diusahakan hampir 10 tahun lalu.
Namun, saya tersentuh dengan cara pertuturan isteri yang sering mengungkit kegagalan saya. Saya merasakan dia tidak menghormati saya sebagai pemimpin dan ketua di dalam rumah tang�ga kerana segala sumber nafkah dia yang membantu.

Saya turut membantu melaksanakan tanggungjawab di dalam semua urusan perniagaan ini. Saya merasa tertekan dengan situasi itu terutama apabila membabitkan hubungan intim yang mulai dingin.


Bagaimanapun, saya tetap berprasangka baik terhadapnya supaya dia tidak berdosa di atas perbuatan yang dilakukan itu.

INSAN RESAH,
Selangor



HUBUNGAN suami isteri ada naik dan turun, baik dan buruk. Begitu juga hubungan sesama kawan dan dalam masyarakat.

Menyentuh hubungan antara suami isteri, Islam sudah menggariskan hak dan tanggungjawab antara mereka. Setiap pasangan� hendaklah berusaha melaksanakan hak dan tanggungjawab berkenaan. Hubungan suami isteri juga dibina atas asas kasih dan sayang.

Pasangan hendaklah saling pupuk memupuk perasaan itu. Antaranya membabitkan hubungan perasaan dan seksual.

Justeru bawalah berbincang dengan isteri berkenaan hal berkenaan secara baik dan berhikmah supaya tidak menyinggung perasaan antara satu sama lain.

Anda sememangnya menyedari tanggungjawab sebagai ketua keluarga termasuk sebagai pendidik kepada isteri. Al-Quran menerangkan penyelesaian kepada isu suami isteri, antara dalam Surah al-Nisa’, iaitu: “Kaum lelaki adalah pemimpin bagi wanita, kerana Allah melebihkan orang lelaki atas wanita dan juga kerana orang lelaki membelanjakan dari harta mereka. Maka wanita yang solehah itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya) dan yang memelihara dirinya ketika suami tidak hadir bersama dengan pemeliharaan Allah. Dan wanita-wanita yang kamu bimbang melakukan nusyuz hendaklah kamu menasihati mereka dan pulaukanlah mereka di tempat tidur dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka taatkanmu, maka janganlah kamu mencari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.” (Surah al-Nisa’ ayat 34)

Carilah jalan yang sebaiknya menyelesaikan kemelut perasaan anda dengan isteri. Luahkan secara baik dan ikatkan isteri dengan ajaran agama. Semoga ada perubahan dalam tingkah laku isteri nanti.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...